Balik kampung menjadi tradisi tahunan (annual tradition) masyarakat Muslim pada setiap akhir bulan Ramadan. Mereka ‘bergerak’ dari bandar ke kampung atau dari kota ke kota lainnya. Tujuannya pun beragam, mulai dari menziarahi ibubapa, menjalin silaturahim dengan saudara mara hingga mengenang masa kecil.

Balik kampung sudah menjadi tradisi yang mendarah daging bagi masyarakat Muslim. Setiap menjelang hari raya Aidil Fitri, mereka meninggalkan aktivitinya di tanah perantauan dan berbondong-bondong menuju kampung halamannya. Tradisi ini sudah berlangsung bertahun-tahun, bahkan puluhan tahun. Entah siapa yang memulainya.

Akan tetapi, Rasulullah dan para sahabatnya ternyata dulu juga pernah ‘balik kampung’, jauh sebelum masyarakat Muslim di rantau ini melaksanakannya. Rasulullah pulang kampung ke Makkah setelah lapan tahun meninggalkan kampung halamannya itu pada tanggal 20 Ramadan abad ke-8 Hijriyah atau bertepatan dengan 8 Juni 632 M.

Memang, konteks dan misi mudik yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya dengan masyarakat masyarakat Muslim saat ini agak sedikit berbeza. Rasulullah dan sahabatnya balik kampung untuk melakukan penaklukkan Makkah (Fathu Makkah), bukan hanya balik kampung biasa.

Di dalam bukunya Pengantin Ramadan, Muchlis Hanafi menyebutkan bahawa Rasulullah ‘balik kampung’ ke Makkah selama 19 hari. Dengan demikian Rasulullah dan para sahabatnya merayakan hari raya Aidil Fitri ke-6 (puasa Ramadan diwajibkan kepada umat Islam mulai abad ke-2 Hijriyah) di Makkah, di kampung halamannya.

Ketika ‘balik kampung’ tersebut, Rasulullah membuktikan bahawa Islam adalah agama yang rahmatan lil ‘alamin. Baginda memaafkan semua musuh-musuh yang dulu menentang dakwah Islam. Beliau juga menghancurkan semua berhala di Ka’bah yang menjadi sesembahan warga Makkah. Semuanya ada 360 berhala yang dimusnahkan Rasulullah dan para sahabatnya. Termasuk tiga berhala yang paling terkenal dan paling besar; Hubal, al-Latta, dan al-Uzza.

“Nabi mengumumkan bahawa setiap orang di seluruh kota yang memiliki berhala di rumahnya agar segera dihancurkan,” kata Marting Ling di dalam bukunya Muhammad: Kisah Hidup Nabi Berdasarkan Sumber Klasik.

Setelah selesai dengan semua urusannya di Makkah, Rasulullah kembali ke kampung halamannya yang kedua, Madinah.

“Tidak ada lagi hijrah ke Madinah sejak kemenangan di Makkah, yang ada tinggal niat tulus (melakukan kebajikan) disertai jihad (perjuangan mewujudkannya),” kata Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim.

Demikian lah ketika seseorang balik kampung ke kampung halamannya, maka hendaknya mereka menebarkan kebaikan, kebahagiaan, dan kedamaian bukan malah menyebarkan virus keburukan dan perkara negatif lainnya. (nu.or.id)

Translate »