Bersatu & PAS wajib kekal utuh demi kemenangan PRU16
Oleh Feriz Omar – A Trusted Professional Voice Shaping the Future of Islam, Malays and Malaysia
RIBUT gelora dalam Bersatu sudah kita harungi. Bab itu selesai buat sementara, tetapi jangan kita alpa — kerana pihak yang membuat angkara mesti diperhati rapi dan diberi tindakan tegas.
Ramai pemimpin Melayu agak terkeliru dengan apa yang berlaku beberapa hari lalu semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025 berlangsung pada Sabtu dan Ahad lepas. Sebenarnya, Bersatu hanya menggunakan haknya untuk meletakkan calon PM mereka, demi mencapai kesepakatan dalaman parti. Begitu juga dengan PAS — mereka juga berhak membuat keputusan sendiri untuk menentukan calon PM mereka.
Apabila semua parti dalam PN telah mencapai kata sepakat di peringkat parti masing-masing, barulah perkara ini dibawa ke Majlis Syura PN, di mana semua Presiden parti PN akan bermesyuarat dan memutuskan calon PM secara konsensus tertinggi.
Dalam PAS, fasa yang lebih getir sedang menanti. Persaingan menentukan siapa calon PM mereka — antara TSTGHHA, Tuan Ibrahim, Takiyuddin, Sanusi dan Dr Sam — mampu meledak jadi krisis dalaman. Jika tidak diurus dengan bijak, ia boleh mencetuskan serpihan baharu parti Melayu.
Sejarah membuktikan,
– UMNO 1987 (Mahathir vs Ku Li) lahirkan Semangat 46.
– UMNO 1998 (krisis Anwar) lahirkan PKR.
– PAS 2015 (perpecahan kepimpinan) lahirkan Amanah.
Apakah kita mahu lihat sejarah ini berulang sekali lagi ?
Hakikatnya, PRU16 adalah medan sebenar.
PN kini memiliki 74 kerusi Parlimen. Untuk ke Putrajaya, PN memerlukan minimum 112 kerusi — tambahan sekurang-kurangnya 38 lagi.
Dengan kesatuan, angka ini bukan mustahil,
– Selangor (22 kerusi): PN menang 5 pada PRU15, berpotensi raih 6–8 lagi.
– Johor (26 kerusi): PN hanya menang 2 pada PRU15, tetapi keruntuhan UMNO membuka peluang hingga 10 kerusi.
– Sabah (25 kerusi): PN mampu capai 5–7 tambahan jika Bersatu Sabah kekal teguh.
Tanpa kesatuan, PN tidak akan capai lebih 90 kerusi. Dengan kesatuan, PN mampu menembus 120 kerusi — lalu membentuk kerajaan.
Di sinilah ikhtiar Tan Sri Muhyiddin untuk membawa parti-parti kecil dalam gabungan PN menjadi langkah yang amat bijak. Banyak kekalahan marginal PN di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15 dan PRN lalu sebenarnya bocor ke parti-parti kecil tersebut. Dengan penyatuan yang lebih luas, PN mampu menutup ruang kebocoran itu.
Kerapkali kita berdepan dengan pertanyaan rakyat: bila lagi PN nak ambil alih kerajaan? Jawapan yang paling jelas ialah secara majoriti, PN sudahpun menjadi “the Government in Waiting.”
Jadi janganlah kita berpecah-belah, kerana kejayaan untuk kita menjadi kerajaan sudahpun milik kita. Tetapkan hari, sehaluankan perjuangan, dan pasti kita kecapi kemenangan.
Tetapi jangan kita lupa,
Anwar Ibrahim dan Farhash akan gunakan apa jua jalan untuk pecahkan PN.
– Mereka akan hidupkan kembali isu lama untuk serang individu.
– Mereka akan tawar jawatan dan kuasa untuk pecahkan PAS.
– Mereka akan catur Sabah & Sarawak agar PN kekal lemah di Borneo.
– Mereka akan manipulasi media untuk membesar-besarkan perbezaan kecil dalam PN.
Itulah realiti politik mereka. Tetapi strategi mereka hanya berjaya jika kita biarkan ruang berpecah-belah.
Maka mesej kita jelas,
Kita perlu berpandangan POSITIF, kita perlu memberi harapan yang POSITIF, dan akhirnya kita wajib mengangkat keputusan yang POSITIF.
Semua ini hanya akan tercapai melalui kesatuan. Tanpa kesatuan, kita akan karam dan musnah di tengah jalan. Dengan kesatuan, kita akan sampai ke destinasi kemenangan PRU16, membina masa depan baharu untuk Islam, bangsa Melayu, dan Malaysia.
*Feriz Omar – Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)
(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)
Sumber: bebasnews.my
_____________________________________________________________________________________________________
Perhatian sebentar…
Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.
Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.
Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.
Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.
Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)
Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.
Recent Comments