Negara-negara yang sebelumnya menyokong Israel mula beralih pendirian ialah Sepanyol, Perancis, Kanada, Netherlands, Itali dan juga Britain. Ini menunjukkan secara tidak langsung mereka menolak sikap dan pendirian Amerika Syarikat yang terlalu baik dan menghalalkan apa sahaja tindakan Israel.
Negara-negara Skandinavia juga semakin tidak boleh menerima tindakan Israel dan ini ada kaitannya dengan cadangan Trump untuk memiliki Greenland.
Kanada melakukan itu kerana marahkan Trump bercadang negara itu menjadi anggota Amerika Syarikat ke-51 dan bagi mengelakkan dikenakan tarif timbal balas yang tinggi. Jepun juga ikut bengang dengan tindakan Trump, tetapi Jepun setakat ini cukup berstrategi dalam menentukan pendiriannya.
Jepun yang merasakan tidak selamanya perlu menunduk kepada Amerika Syarikat, mula merintis kerjasama dengan BRICS, sebabnya BRIC mewakili 40 peratus kuasa ekonomi dunia.
BRICS mewakili jumlah penduduk terbesar, makna pasaran adalah besar buat Jepun jika mahu terus kekal sebagai sebuah negara industri maju walaupun tidak mampu merampas kembali kedudukannya sebagai ekonomi kedua terbesar.
Jepun dan China sedang berhadapan kekurangan golongan muda ekoran kejatuhan kadar pertambahan penduduk semulajadi akibat tekanan ekonomi dan kerjaya. Lagipun, rakyatnya cenderung hidup membujang. Jika berkahwin pun, enggan mempunyai anak.
Jepun, China dan Korea Selatan menjadi contoh negara kedua yang terbesar (ekonomi), tetapi, China dan Jepun tidak berputus asa. Mereka masih boleh mengekalkan ekonominya menerusi peningkatan pelaburan di negara-negara yang mempunyai tenaga kerja ramai, yang tentunya negara pilihannya ialah anggota BRICS.
Setakat ini, Brazil dan China cukup tegas menangkis apa yang Amerika Syarikat kenakan ke atas mereka. Suara-suara membantah dalam skala sederhana turut muncul di Eropah terutama Perancis, Britain, Itali, Sepanyol, Portugal dan Jerman.
China sudahpun mengeluarkan kenyataan, dunia akan terus makmur dan maju tanpa Amerika Syarikat Brazil menegaskan, negara itu tidak perlulah Kaisar (Donald Trump) sebaliknya apa yang diperlukan ialah satu bentuk perdagangan bebas yang adil dan saksama, bukan sebuah perdagangan yang mengikat dan hegemoni.
Suara-suara itu menunjukkan kebencian dan menyanggah Amerika Syarikat yang tidak meletakkan peluang yang saksama dan adil kepada semua negara. Bagi masyarakat dunia, jika sikap dan dasar Amerika Syarikat terus begitu, pada suatu ketika budaya dan peradaban Amerika Syarikat akan hancur sebagaimana kolonialisme British lenyap dan kekuatan ekonomi Jepun tercabar.
Bagi masyarakat dunia, jika Amerika Syarikat ingin kekal sebagai adikuasa, bukan lagi dunia satu paksi (single polar), Rumah Putih wajib menghormati negara lain dan dunia pelbagai paksi (multi polar).
Amerika Syarikat semakin menghampiri Banana Republic di mana Trump akan mengherdik sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengannya, termasuk para pegawai kanan yang menguruskan ekonomi. Baginya, setia orang mesti mengikut kehendaknya.
Setelah Jeremy Powell (Federal Reserve) menjadi “punching bag” kini Ketua Biro Statistik Buruh, Dr Erika McEntarfer sedang dibelasah akibat mendedahkan data kadar pengangguran dalam negara semakin meningkat.
Jeremy Powell yang dilantik oleh Trump tahun 2017 didesak meletakkan jawatan kerana enggan menurunkan kadar faedah manakala Dr Erika diarahkan dipecat.
Calon Datuk Bandar New York dari Parti’ Demokrat, Zohran Mamdani turut diugut bakal diusir (dilucutkan kerakyatan) dan sebelumnya, Trump meminta Elon Musk balik ke Afrika Selatan, atau tidak lagi berniaga di Amerika Syarikat.
Zohran dalam kempennya berikrar untuk menangkap Benjamin Netanyahu sekiranya PM Israel itu menjejak kaki di New York. Sekiranya beliau terpilih pada pemilihan nanti, beliau akan menjadi Muslim pertama sebagai Datuk Bandar New York.
Zohran adalah anak pasangan India (ibu beragama Hindu, berasal dari Odisha dan bapa, beragama Islam berasal dari Gujerat), lahir di Kampala (1991) dan berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1998. Beliau kemudiannya mendapat taraf warganegara pada tahun 2019 dan memenangi kerusi Daerah 36, Negeri New York pada tahun 2021. Beliau adalah calon Parti Demokrat.
Elon Musk mengkritik Trump berkaitan keputusan eksekutif yang kemudiannya diluluskan sebagai undang-undang ICE – Immigration and Customs Enforcement.
Jika kedua situasi ini bergabung, kebencian domestik dan kecaman dari negara liar, Amerika Syarikat bukan sahaja akan kehilangan sahabat, juga akan meruntuhkan peradabannya sendiri.
Dalam teori kitaran peradaban, kebencian atau masalah dalaman yang paling besar membawa keruntuhan manakala faktor luaran adalah pemangkinnya.
Secara jelasnya, China dibenci Amerika Syarikat kerana China semakin banyak kelebihan dan keupayaannya untuk mengambilalih peranan sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia. Amerika Syarikat dibenci kerana tidak menghormati hak jiran dan rakan-rakan yang bekerjasama dengannya, kecuali kekal memenuhi impian Zionisme.
Bahkan, dalam masa yang sama, Amerika Syarikat mencari jalan untuk memperluaskan imperialismanya, selain berusaha menjatuhkan mana-mana sistem dan kuasa pemerintahan yang dilihat boleh menghakiskan imejnya sebagai polis dunia.
Itulah sebabnya, semakin banyak negara mula bersetuju dengan kenyataan Presiden Brazil, dunia tidak memerlukan kaisar, sebaliknya dunia perlu kepada persaingan bebas dan dinamik politik berdasarkan kebijaksanaan lokal, bukan manipulasi dan hipokrasi.
Manipulasi dan hipokrasi menjadi ciri terbesar demokrasi dan Amerikanisasi, dan kerana itu, rasa benci dan memperluaskan jarak semakin menjadi strategi untuk membina sebuah tata dunia baharu yang lebih harmoni dan bukan hidup dalam cengkaman hagemoni atau dominasi.
KAMARUN KH
_____________________________________________________________________________________________________
Perhatian sebentar…
Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.
Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.
Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.
Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.
Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)
Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.
Recent Comments