Mulai 1 Ogos 2025, Trump mengeluarkan kadar baharu bagi 70 buah negara ke atas produk yang akan memasuki Amerika Syarikat. Kadar tersebut sedikit rendah berbanding kadar yang dicadangkan selepas ditangguhkan pada bukan Julai lalu.

Daripada satu perspektif, tindakan Trump itu berjaya memberikan tekanan ke atas semua negara yang berhasrat memasuki pasaran Amerika Syarikat biarpun rakyatnya terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.

Ini dapat kita lihat apabila berlaku perundingan semula mengenai kadar tarif, negara-negara yang berhasrat menjadi kadar yang rendah terpaksa menerima hakikat, membeli produk Amerika dan membenarkan produk tersebut memasuki negara dengan tanpa tarif.

Salah satu pendekatan Amerika ialah “memaksa” pembelian pesawat Boeing. Boeing juga merupakan pembekal pesawat perang untuk Israel. Negara-negara yang menyatakan kesanggupan membeli pesawat Boeing dikenakan kadar yang rendah ialah Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Jepun dan Malaysia.

Malaysia sebelumnya menempah 30 buah pesawat Boeing dan kali ini ditambat 30 buah lagi. Ini bermakna Malaysia terpaksa mengeluarkan wang yang besar semata-mata untuk dapatkan kadar tarif yang rendah. Bulan lalu, ketika melawat Perancis, PMX bersetuju membeli sejumlah 50 buah pesawat Airbus.

Isu pembelian tambahan sebanyak 30 buah pesawat Boeing menjadi cukup kuat dieksploitasikan sebagai usaha menjatuhkan PMX. Walau bagaimanapun, tindakan itu tidak menjejaskan sokongan kepada PMX kerana ia adalah dalam rangka MAG untuk memperluaskan jangkauan perniagaan perniagaan pengangkutan antarabangsa. Sebahagian besar pesawat komersial yang dimiliki oleh MAG (Malaysian Aviation Group) sudahpun berusia dan berhadapan dengan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Pernah berlaku, pesawat mengalami masalah mendapatkan alat ganti sehingga berbulan-bulan, dan sebahagian daripada jurutera penyelanggaraan pesawat mendapat tawaran gaji yang lebih besar daripada syarikat penerbangan asing. (Rujuk:https://www.facebook.com/share/1EguyP1rP1/).

Pembelian pesawat Airbus tidak dipersoalkan kerana ia adalah di antara Air Asia. Tetapi pembelian tambahan pesawat Boeing yang melibatkan perbelanjaan sebanyak 9.5 bilion dolar (RM 41 bilion) cukup menyebabkan rakyat bercakap sinis.

MAG selepas mengalami kerugian sejak sekalian lama sudah mula menunjukkan peningkatan hasil dan mula membuat untung setelah menukarkan model perniagaannya. MAG cua menguasai sektor penerbangan antarabangsa, dan sudah tentu ia memerlukan pesawat yang lebih baharu dan lebih selesa. Tentunya, untuk meraih persaingan MAG perlu meningkatkan pelbagai kemudahan, tempat duduk yang selesa, dan meningkatkan semula perkhidmatan hospitaliti di dalam pesawat.

MAG pernah bercadang membeli lebih banyak pesawat baharu, namun atas situasi tertentu cadangan itu ditangguhkan. Ini bermakna, pembelian tambahan 30 pesawat Boeing yang dibuat ketika ini, bukanlah sesuatu yang baharu, ia adalah pembaharuan semula perjanjian sebelumnya. Dan, tentunya, proses mendapatkan pesawat menurut spesifikasi yang diperlukan (customs made) bukan semudah membeli ikan dan sayur di pasar. Ia memerlukan rundingan, dan menunggu proses penyiapannya.

Kalau Indonesia berjaya mendapat penurunan kadar tarif tanpa perlu di Washington, kenapa Malaysia menghantar wakil untuk berunding? Bukankah cukup sekadar menelefon? Pihak manakah yang akan membela sekitar 60 buah pesawat Boeing itu? Harganya bukan RM 80 juta tetapi mencecah RM 81 bilion?

China tidak takut dengan ugutan dan tekanan daripada Amerika Syarikat, sebaliknya cukup bersedia menjadikan BRICS lebih mencabar hagemoni adikuasa yang semakin tidak disukai oleh masyarakat dunia.

Namun, dalam ekosistem sekarang, nampaknya India semakin tersepit apabila menjadi negara yang mula melutut kepada Trump. Bagaimanapun, India turut terperangkap kerana banyak membeli gas dan minyak daripada Rusia.

Trump cuba menekan Rusia untuk menamatkan perang di Ukraine. Amaran Trump, perang itu mesti dihentikan selewat-lewatnya 8 Ogos 2025, iaitu genap tiga tahun (22 Ogos 2022).

Trump sudah pun mengarahkan dua buah kapal selam nuklear ke perairan Rusia sebagai provokasi. Rusia tidak gentar dengan amaran itu sebaliknya mendesak Amerika Syarikat supaya tidak menggunakan NATO bagi mempengaruhi Ukraine. Ukraine tetap kekal sebagai sebahagian daripada sejarah politik dan budaya Rusia.

Bagi Vladimir Putin dengan menarik Ukraine menganggotai NATO, ia menjadi jalan bagi Amerika Syarikat menguasai Rusia. Ia turut dilihat bakal memberi peluang untuk menguasai China. Ukraine dikatakan dijadikan “batu loncatan” menawan Rusia dan China sebelum boleh memaksa Korea Utara tunduk.

Masa kini, usaha China membasmi kemiskinan rakyatnya menjadi model yang sangat menarik. Pada tahun 1970-an, lebih 800 juta rakyatnya hidup dalam garis kemiskinan. Pada tahun 2024, jumlah rakyat miskin di China mendadak turun kepada 3 peratus, yakni sekitar 45 juta orang (populasi China 2024 ialah 1.0409 bilion orang).

Bagaimanapun, India kebingungan jika meneruskan keahliannya dalam BRICS, India bakal kehilangan peluangnya sebagai pengeluar produk teknologi Amerika Syarikat dan bakal dikenakan tarif yang lebih tinggi.india turut terjepit dengan China dan Rusia, kerana memerlukan import minyak daripada Rusia dan produk China. Dalam mesyuarat terakhir BRICS beberapa minggu lalu sikap dan pendirian India dipersoalkan walaupun India tidak memberikan reaksi sepatutnya.

India sedar, jika kekal berada dalam BRICS kadar tarif timbal balas akan ditingkatkan kepada 100 peratus. India turut merasa gegaran apabila semakin banyak negara sedang berusaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka pada bulan September nanti sedangkan negara itu mendokong Israel…

(Bersambung)

KAMARUN KH

_____________________________________________________________________________________________________

Perhatian sebentar…

Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.

Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.

Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.

Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.

Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)

Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.

 

Translate »