Kebanyakan negara sudah tidak tahan lagi dengan karenah dan kelentong Rumah Putih yang tidak menghormati perdagangan bebas dan kesaksamaan walaupun pernah menjual demokrasi (Wilsonisme).
Demokrasi di Amerika Syarikat adalah demokrasi yang sangat buruk kerana dikawal oleh oligarki dan kapitalis Yahudi. Sebab itulah semakin banyak negara mula bersuara, walaupun India bersikap hipokrasi (kenyataan terbaharu dalam Sidang Kemuncak BRICS), Amerika Syarikat sedang menuju ke negara pariah, selagi tidak melihat setiap negara ada hal dan kedaulatannya.
Amerika Syarikat juga akan terus terpasong dalam kendalian politik yang gagal selagi tidak menghentak Israel untuk meninggalkan bumi Palestin, dan mengakui kejahatannya secara terbuka.
Semakin banyak negara bersedia menjarakkan diri dengan Israel, bererti cuba memisahkan diri dengan Amerika Syarikat selagi terus menjadi pendokong genosid dan pengacau geopolitik antarabangsa.
China tidak melakukan itu semua, seperti kata Jeffrey Sachs, pakar ekonomi dan pernah menjadi penasihat Rumah Putih dan ekonomi PBB, China belum pernah menyerang mana-mana negara, sedangkan Amerika Syarikat mempunyai sejarahnya yang panjang, dari Afrika, Timur Tengah hinggalah ke Asia. Amerika Syarikat dikatakan menjadi pengacau untuk menukarkan pemerintah sebanyak 70 kali di seluruh dunia.
Kekacauan di Libya sehingga tumpasnya Muammar Gadafi merupakan tindakan CIA dan Pentagon, dengan memberikan bantuan kewangan dan senjata kepada puak pemberontak. Benarkah, Amerika Syarikat dibenci, kerana sikapnya yang “gila perang” dan “gila kuasa”; semuanya mahu dikuasai walhal setiap negara ada hak dan kedaulatannya yang tidak boleh dicabuli secara membuta tuli. Kebencian membuak-buak kerana Trump melihat kaedah pentadbiran dan pengurusan negara seumpama program realitinya, The Apprentice, semuanya “YOU’RE FIRED”.
Lagak itulah yang sedang berlaku sekarang, yakni sebaik sahaja Donald Trump berkuasa semula untuk penggal kedua selepas terputus selama empat tahun (sepenggal, 2020-2024).
Sebaik sahaja menduduki Rumah Putih pada 20 Januari 2025, Trump membawa harapan baharu kepada Israel di tengah-tengah desakan masyarakat antarabangsa untuk menanyakan genosid ke atas rakyat Palestin.
Trump mengumumkan bantuan segera untuk Israel di mana sebahagian besar bekalan senjata disekat oleh Joe Biden tatkala Israel menyerang balas Hamas. Bekalan yang tertangguh itu dihantar oleh Trump sebagai reaksinya ke atas keputusan ICJ mengeluarkan waran tangkap ke atas dua orang pemimpin Israel, PM Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant pada bulan November 2024.
Trump turut memansuhkan USAID yang sejak ditubuhkan menjadi saluran untuk menguasai negara-negara tertentu dan membantu kumpulan pemberontak menentang pemerintahan yang tidak disenangi oleh Rumah Putih. Trump juga turut mengeluarkan sekatan ke atas beberapa pegawai PBB yang membuat keputusan mengeluarkan waran tangkap (hakim) dan seorang ketua jurulapor PBB, warganegara Itali, Francesca Albanese yang menyediakan laporan genosid di Palestin.
Lebih membingungkan ialah tindakan Trump keluar daripada keanggotaan beberapa pertubuhan di bawah PBB, dan hal itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya jika Amerika Syarikat benar-benar ingin kekal sebagai sebuah adikuasa. Pada penggal pertama, Trump membawa Amerika Syarikat keluar daripada UNESCO dan kali ini, keluar daripada WHO.
Trump bukan sahaja dibenci oleh masyarakat antarabangsa, bahkan dalam kalangan rakyatnya sendiri. Bantahan demi bantahan, sama ada hadir dalam bentuk tunjuk perasaan, atau sanggahan terhadap pendekatan dasarnya semakin mempengaruhi persepsi masyarakat dunia.
Ketika ini, Amerika Syarikat menggunakan sekatan perdagangan untuk menekan hampir semua negara yang mengeksport produknya menerusi kadar tarif timbal balas. Awalnya (2017) ia sekadar menekan China, tetapi kaki ini ia cukup meluas sebagai tindakan untuk melumpuhkan BRICS….
(Bersambung)
KAMARUN KH
_____________________________________________________________________________________________________
Perhatian sebentar…
Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.
Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.
Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.
Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.
Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)
Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.
Recent Comments