Oleh: Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Amini Amir Abdullah ialah Pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
Sekitar tahun 2009, saya masih ingat saya menyaksikan beberapa video klip yang memaparkan beberapa puak Islam di Amerika Syarikat dan United Kingdom yang melaungkan slogan tuntutan pembentukan negara Islam di US dan United Kingdom. Saya tersenyum kerana puak-puak ini tidak sedar status di negara mana mereka tinggal, sementelahan pula majoriti penduduknya bukan Islam. Puak-puak ini sedikitpun tidak ambil kisah perasaan orang bukan Islam di sekitar mereka yang rata-ratanya beragama Kristian. Dan para pembacapun tahu istilah negara Islam sekiranya diterjemahkan ke bahasa Inggeris ialah Islamic State. Sejak dari itu, lahir pula istilah Daish (singkatan kepada Al-Dawlah Al-Islamiyyah fi Al-‘Iraq wa Al-Sham) yang merujuk kepada Negara Islam, bukan sebagai satu istilah yang positif dan baik, tetapi satu istilah yang telah mendapat imej yang buruk dan negatif kerana aktiviti radikalisme dan terrorisme. Angkara siapakah ini hingga Islamic State menjadi satu konotasi yang digeruni dan ditakuti kerana aktiviti keganasannya (Daish atau ISIS) sedangkan “negara Islam” (Islamic State) adalah perjuangan suci kebanyakan gerakan Islam yang sah di dunia.
Keganasan global telah mengalami perubahan besar-besaran dengan kebangkitan kumpulan pengganas baharu. Sama ada ia agenda Yahudi, salah faham terhadap konsep jihad atau konspirasi negara-negara Barat, kita masih belum pasti. Sejak tahun 2011, Arab Spring dan Perang Saudara Syria telah memberikan nafas baharu kepada militan jihad dan melahirkan gelombang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam konteks paradigma latihan pengganas muda generasi pasca 9/11. Hari ini dunia menghadapi beberapa ancaman terrorisme daripada Negara Islam Iraq dan Syria (Daish, IS, ISIS atau ISIL), siri-siri keganasan di Timur Tengah, Daish dan Jemaah Islamiah (JI) di Asia Tenggara, militia pengganas di Libya, aktiviti pengganas oleh Boko Haram di Nigeria, Al-Shabab di Somalia, Taliban dan Al-Qaeda di Afghanistan dan Pakistan serta gerakan Daish (IS atau (ISIS) yang sedang berkembang dan mewabak di Eropah Barat.
Timur Tengah – pusat tamadun dan tempat kelahiran tiga agama monoteistik utama telah menjadi zon persengketaan pelampau agama dan fasisme. Orang ramai terutamanya pihak Barat sering mengaitkan radikalisme dengan Islam hingga ke satu tahap timbulnya persepsi bahawa agama Islam adalah agama yang membajai kecemerlangan ekstremisme. Namun penilaian tersebut secara amnya gagal untuk mengambil kira trend radikalisme yang sama-sama berbahaya yang telah berlaku di rantau Timur Tengah selama beberapa dekad iaitu Zionisme. Agenda Zionisme kekal sebagai satu realiti yang mengancam umat Islam sama ada pada jangka masa pendek atau jangka masa pendek kerana ideologinya melibatkan dan mengesahkan penghapusan seluruh orang-orang Islam. Ini bertepatan dengan pernyataan Rabbi Meir Hirsh, ahli Neturei Karta, berkaitan usaha Yahudi untuk mendapatkan semula dan mengekalkan kononnya tanah air mereka sendiri iaitu “Land of Israel.” Menyedari bahawa kebangkitan Zionisme bukan sahaja melibatkan isu Palestin, Rabbi Meir Hirsh memberi amaran bahawa penyerapan dan pendudukan Zionis di Palestin adalah langkah pertama ke arah kebangkitan “Greater Israel.” Hal ini tidak menghairankan di mana pihak Google Inc. baru-baru ini telah menghilangkan negara yang sah iaitu Palestin daripada peta dunia.
Dari segi sokongan dan sumber kewangan, Zionis mendapat bantuan terus daripada Amerika Syarikat, sekutu dan proksinya, manakala Daish kemungkinan pernah mendapat bantuan latihan ketenteraan daripada Amerika Syarikat atau Rusia dan sumber kewangan daripada penjualan minyak dalam pasaran gelap. Sumber kewangan Daish semakin meningkat yang bersumberkan daripada pengeluaran minyak, penyeludupan barangan melalui Turki dan gandum yang tumbuh di kawasan yang luas di Syria. Daish telah menggunakan sumber-sumber ini untuk mendapatkan sokongan sosial dan ekonomi serta menyediakan bantuan kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Pendapatan Daish dianggarkan berjumlah kira-kira USD3.000.000 sehari pada tahun 2014 manakala asetnya dianggarkan antara USD1.3 hingga USD2 bilion. Daish di Syria telah menyediakan pendidikan percuma, perumahan percuma, perkhidmatan penjagaan kesihatan percuma, air percuma, elektrik percuma, roti percuma, petrol percuma, minyak yang sangat murah, perkhidmatan penjagaan anak dan bantuan penjagaan hidup untuk isteri dan anak-anak orang yang kononnya mati “syahid” itu. Dalam konteks inisiatif ini, Daish mengendalikan tiga empangan dan dua loji janakuasa di Raqqa dan Aleppo dan menggerakkan sekurang-kurangnya lima kilang roti berskala industri besar. Daish juga telah melabur dalam infrastruktur dan pembangunan fasiliti rakyatnya. Mereka membina saluran air dan paip kumbahan dan merekrut tenaga kerja untuk mengendalikan mesin berat dan melaksanakan perkara-perkara teknikal.
Kritikan terhadap Israel telah menjadi pantang larang sosial dan politik yang menyebabkan ramai orang telah buta dengan kebenaran atau dituduh sebagai anti Semitisme. Ramai orang tidak lagi boleh melihat bahawa Israel dan Daish sebagai dua entiti yang sama radikal, tidak bertoleransi dan melampau. Daish sebenarnya membawa ciri-ciri Zionis yang membimbangkan, bukan sahaja dalam ideologi radikalismenya bahkan dasar-dasarnya, walaupun ia mendakwa berusaha untuk menghancurkan Israel. Hakikatnya Daish tidak pernah “menyentuh” Israel atau kepentingan-kepentingannya.
Walau bagaimanapun, dunia Islam menjadi terkejut apabila WikiLeaks mendedahkan bahawa Daish (ISIS) dilatih oleh Mossad. Maklumat ini dikatakan dibocorkan oleh bekas perisik CIA, Edward Snowden. Edward Joseph Snowden adalah seorang pakar komputer dan pernah bekerja sebagai perisik dengan Central Intelligence Agency (CIA) dan sebagai kontraktor dengan kerajaan Amerika. Beliau menjadi terkenal selepas membelot terhadap CIA. Pada tahun 2013, beliau telah menyalin dan membocorkan rahsia rasmi maklumat yang diperolehi daripada National Security Agency (NSA), agensi keselamatan nasional Amerika. Agensi Keselamatan Negara (NSA) adalah sebuah organisasi perisikan kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk memantau sehingga ke peringkat global pengumpulan dan pemprosesan maklumat serta data untuk tujuan perisikan dan counter-intelligence negara asing, disiplin yang dikenali sebagai isyarat perisikan (SIGINT). Pendedahan beliau melibatkan pelbagai program pemantauan global yang dikendalikan oleh NSA dan Kerjasama Perisikan 5 Negara (Five Eyes Intelligence Alliance) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi dan beberapa negara Eropah. Dokumen-dokumen rahsia NSA dibocorkan kepada beberapa pemberita seperti Glenn Greenwald, Laura Poitras dan Ewen MacAskill. Glenn Greenwald merupakan penyebar maklumat rahsia yang paling aktif dan diterbitkan oleh The Guardian, The Washington Post, Der Spiegel dan The New York Times. Pada 23 Jun 2013 Snowden bertolak ke Moscow dan beberapa bulan selepas itu pihak berkuasa Rusia memberikannya suaka politik selama setahun, yang kemudiannya dilanjutkan kepada tiga tahun. Pada 2015, dia masih tinggal di lokasi yang tidak didedahkan di Rusia.
Edward Snowden sering memuji WikiLeaks sebagai satu organisasi yang benar-benar tidak mengenal erti takut dalam meletakkan prinsip-prinsip politik dalam usaha mereka untuk membina budaya yang merentas sempadan dalam konteks ketelusan dan perlindungan data yang penting. Mereka mencari risiko ketika semua orang cuba mengelakkan diri. WikiLeaks melaporkan dalam tweetnya, “#Snowden mendedahkan #ISIS dilatih oleh Mossad” (pada 8 Ogos 2014) yang kemudiannya mendapat 478 retweets dalam tempoh beberapa jam siaran beritanya. Sungguhpun laporan WikiLeaks ini diragui, kita perlu sentiasa berwaspada. Adakah benar pemimpin Daish, Abu Bakr Al-Baghdadi dilatih oleh Mossad dan Operasi Hornet Nest benar-benar wujud?
Majalah Time pada 19 Julai 2014 dalam satu artikelnya menyangkal berita bahawa Daish (ISIS) dilatih oleh Mossad seperti yang dilaporkan oleh banyak sumber dari Iran termasuk Agensi Berita Iran (IRNA). Majalah Time menyatakan bahawa ia adalah satu teori konspirasi dari Iran dan bahawa berita itu tidak benar. Walau bagaimanapun, Snowden tidak pernah menolak atau menafikan berita IRNA itu. Hal ini agak menarik kerana dalam kerangka disiplin intelektual, apa yang dilaporkan oleh IRNA boleh dianggap sebagai benar selagimana ia tidak disangkal oleh Snowden atau dibuktikan sebagai palsu.
Sebelum itu pada 6 Julai 2014, laman sesawang IRNA melaporkan berita bertajuk: “Snowden: Abu Bakr Al-Baghdadi, Natijah Daripada Kerjasama Agensi Perisikan Tiga Negara.” Pada pertengahan Julai 2014, Majalah Time cuba campur tangan dan menolak berita yang melibatkan Edward Snowden. Tajuk artikel dalam Majalah Time berbunyi: “Mengapa Iran Percaya Kumpulan Militan ISIS Adalah Satu Plot Amerika” dalam cubaan untuk menolak berita yang disiarkan oleh IRNA. Perlu diingatkan, teori konspirasi bukanlah perkara baharu di Timur Tengah. Majalah Time mendakwa bahawa berita ini hanyalah khabar angin dengan merujuk kepada beberapa pautan dan postings dalam laman sesawang dan internet. Majalah Time juga menuduh bahawa artikel tersebut bertujuan untuk menarik perhatian para pengganas di seluruh dunia untuk memporak-perandakan rantau Timur Tengah dan mengucar-kacirkan Israel sebagai musuh umat Islam. IRNA bertindak balas dengan segera untuk menolak hujah Majalah Time dengan menyatakan bahawa Time gagal untuk merujuk kepada sumber asal berita tersebut dalam The Intercept, portal dokumen dan penerbitan dalam talian milik jutawan dan pengasas E-Bay, Pierre Omidyar yang dilancarkan pada Februari 2014 oleh First Look Media. Apa yang menarik ialah portal ini bertindak sebagai platform untuk melaporkan dan menerbitkan dokumen yang dibocorkan oleh Edward Snowden dalam jangka masa pendek dan untuk menghasilkan secara agresif pemberitaan yang bertentangan dalam pelbagai isu-isu dalam jangka masa panjang. Apakah benar terdapat rujukan mengenai perkara ini dalam The Intercept? Semua dokumen yang dimuatnaik daripada dokumen rahsia yang diperolehi oleh Snowden terdapat dalam laman sesawang http://cryptome.org/2013/11/snowden-tally.htm#The%20Intercept. The Washington Post melaporkan sekurang-kurangnya terdapat 250,000 muka surat dalam fail Snowden, tetapi kurang daripada 1% telah dibocorkan. Pada 13 September 2014, Glenn Greenwald mendakwa Snowden mempunyai beratus-ratus ribu dokumen. Kebanyakannya disiarkan dalam The Intercept dan boleh dicapai menerusi laman sesawang https://theintercept.com/.
Mari kita bandingkan perjuangan Zionisme dengan Daish (ISIS, ISIL atau IS). Negara Yahudi Israel dan Levant (JSIL) dan Daish (ISIS, ISIL atau IS) mempunyai persamaan dari satu segi iaitu ideologi kedua-duanya berpunca dari eksklusivisme keagamaan. Pada masa yang sama kumpulan Islam radikal Daish (ISIS, ISIL atau IS) banyak yang berpegang kepada prisip Takfirisme (mengkafirkan orang lain) dan Zionis berkongsi ciri-ciri yang sama iaitu manusia Yahudi adalah masyarakat yang dipilih oleh Tuhan (The choosen people of God) dan manusia yang lain sebagai goyem (binatang).
Takfirisme merupakan ideologi yang berabad-abad lamanya berlegar dalam kalangan pentakfir dan ditandai dengan amalan menggunakan kanta dogmatik yang keras untuk menghakimi orang lain sebagai kafir dan mereka sahaja yang betul-betul Muslim. Mereka menyeru kepada para pengikut untuk menetap bersama-sama dalam masyarakat yang terpencil dan memerangi orang-orang kafir yang dianggap sebagai musuh. Pada tafsiran mereka tiada orang kafir yang baik. Mereka tidak mahu memandang kepada pengertian toleransi, muhibah, muafakat, kesatuan dan dialog serta interaksi sosial dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi mereka, orang kafir mesti dibunuh.
Zionisme mengalami kebangkitan semula pada tahun 1967 apabila Mesir tiba-tiba berhadapan dengan kekuatan dan keunggulan tentera Israel sehingga beberapa daerah dalam negara Arab jatuh ke bawah penguasaan Israel. Daish (ISIS, ISIL atau IS) dan Zionis, bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi pandangan mereka yang radikal tetapi juga kepercayaan yang berakar umbi bahawa ideologi selain daripada mereka adalah salah dan perlu diperangi. Kedua-duanya juga menyokong prinsip perluasan wilayah dan penyerapan kuasa politik mereka dengan apa cara sekalipun.
Daish (ISIS, ISIL atau IS) bukan sahaja telah terbukti melakukan pembunuhan terhadap orang awam yang tidak bersalah bahkan melakukan hukuman mati di tempat awam secara mengerikan, Israel juga boleh dikatakan sama. Apa tidaknya, Ariel Sharon, ketika menjadi Menteri Pertahanan Israel, telah mengarahkan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Sabra dan Shatila, di mana ribuan penduduk awam Palestin terbunuh? Pihak Zionis Israel mensasarkan kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak bersenjata.
Walaupun ramai yang mencari persamaan di antara Daish dan Zionis, mereka akan gagal sekiranya mereka tidak mengkaji nilai-nilai dan ideologi yang menjadi telah menjadi tema utama perjuangan keduanya. Israel Shahak dan Michel Chossudovsky mengakui bahawa Daish dan Zionis tidak ada banyak bezanya dari segi nilai yang dijunjung dan ideologi yang dipegang. Kita mengandaikan bahawa Daish tidak lebih daripada satu ciptaan Zionis untuk merealisasikan agenda hegemoni Zionis terutamanya dalam lapangan dan realiti politik yang akhirnya menjurus ke arah Greater Israel. Ini bertepatan pula dengan teori konspirasi Snowden. James Henry Fetzer juga mempunyai pandangan yang hampir serupa. Baginya, Daish adalah operasi Barat untuk mewujudkan Israel yang lebih besar (Greater Israel). Nafeez Ahmed dalam artikel yang diterbitkan semula oleh MintPress bertajuk “Bagaimana Barat Mencipta ISIS,” menyatakan bahawa sejak 2003, Amerika Syarikat telah secara diam-diam dan terang-terangan menyatakan sokongan secara langsung dan tidak langsung kepada kumpulan pengganas Islam yang dikaitkan dengan al-Qaeda di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara. Ini adalah gabungan teras geostrategik yang didorong oleh cita-cita lama untuk menguasai sumber minyak serantau, mempertahankan perluasan kuasa Israel dan merobah peta Timur Tengah.
Apa yang Israel inginkan ialah penguasaan Israel dan Greater Israel (“Israel Raya”). Israel tidak mencari sesuatu yang ada dalam keluhuran agama Yahudi. Bahkan Tel Aviv telah melemahkan kepercayaan Yahudi. Nilai Zionisme arus perdana yang diuar-uarkan oleh Theodor Herzl adalah berdasarkan pemisahan orang-orang Yahudi dari kepercayaan Yahudi atau dalam erti kata lain, menjadikan orang-orang Yahudi tidak beriman dan tidak percaya kepada Elohim. Menurut Theodor Herzl, Zionisme sebagai sebuah gerakan politik-agama yang bermula pada abad ke-19 mahukan penubuhan negara Yahudi yang terbentang dari sungai Mesir hingga Efrat. Rabbi Fischmann, membuat perisytiharan yang sama dalam keterangannya kepada Jawatankuasa Khas Inkuiri PBB pada 9 Julai 1947 bahawa The Promised Land (Tanah yang Dijanjikan) bermula dari Sungai Mesir sehingga ke Efrat; ia termasuk sebahagian Syria dan Lubnan. Sejak Zionisme muncul sebagai satu entiti politik di Eropah pada abad ke-19, para penyokong gerakan ini telah melobi untuk mewujudkan semula dengan apa yang mereka anggap sebagai warisan politik dan agama mereka dan menubuhkan sebuah negara Yahudi, eksklusif kepada orang-orang Yahudi dalam wilayah yang ditakrifkan oleh Kitab Suci Yahudi sebagai Tanah Perjanjian Israel. Projek Greater Israel (“Israel Raya”) Zionis menyokong gerakan penempatan semula Yahudi di Timur Tengah di mana akhirnya kedua-dua Tebing Barat dan Gaza jatuh ke tangan Israel. Greater Israel juga termasuk sebahagian Lebanon, Jordan, Syria, Sinai, serta sebahagian Iraq dan Arab Saudi.
Idea “Israel Raya”, hanya dapat dibina di atas runtuhan dunia Arab-Islam. Ia telah didokumentasikan pada tahun 1980 oleh Livia Rokach. Rokach telah menceritakan dengan panjang lebar bagaimana Zionis pada pertengahan tahun 1950-an merancang untuk menggunakan Lubnan sebagai tapak untuk merealisasikan Greater Israel. Hujah Rokach juga adalah berasaskan kepada memoir dan manifesto politik salah seorang pengasas Israel yang juga bekas Perdana Menteri Israel, Moshe Sharett. Serangan Israel ke atas Lubnan pada tahun 1978 dan 1982 boleh difahami sebagai pelaksanaan sebahagian kecil Pelan Yinon Israel dan satu satu strategi untuk memecah-belahkan dan melemahkan negara-negara jiran untuk memastikan keunggulan serantau Israel. Usaha Israel pada tahun 1982 adalah untuk memecah-belahkan bukan sahaja Lebanon, tetapi juga Syria dan Jordan, adalah juga sebagai batu loncatan untuk dasar pecah-belah Zionis di Timur Tengah. Israel juga mengukuhkan sektarianisme yang sudah wujud dalam etnik mereka dengan menyokong kepentingan etnosentrik di negeri-negeri jiran. Inilah sebabnya mengapa Israel mahu melihat Lebanon, Syria dan Iraq dibahagikan kepada entiti politik bagi orang Arab dan Kurd; pada peringkat etnik, dan bagi orang Kristian; Druze, Syiah Dua Belas, Alawi, dan umat Islam Sunni, pada peringkat agama.
Israel bercadang untuk memperluaskan wilayahnya dengan bukan hanya sekadar Palestin manakala Daish juga mempunyai matlamat memperluaskan wilayah kepada semua negara Islam. Walaupun Daish pernah bersumpah bahawa mereka tidak akan berehat sehingga Israel dikalahkan dan hak kedaulatan Palestin dikembalikan, sekali gus meletakkan diri mereka sebagai musuh-musuh Israel, adakah Daish pernah menyerang Israel? Pada musim panas 2013, Daish telah mewujudkan satu unit khas yang bertujuan untuk menghapuskan Israel dan menguasai semula Palestin. Pasukan itu dinamakan Unit Al-Quds; yang berusaha untuk meluaskan pengaruhnya di lebih 60 kem pelarian Palestin. Memandangkan pemimpin terkenal Daish, Abu Bakr Al-Baghdadi telah membuat beberapa deklarasi anti-Semitik yang menyatakan kebencian terhadap Israel, apakah gunanya kita membuat perbandingan antara Zionis dan Israel? Deklarasi Al-Baghdadi itu sebenarnya hanyalah cakap kosong yang bertujuan mendapatkan simpati umat Islam kerana mereka tidak pernah merancang menyerang Israel. Bahkan saya juga tidak fikir Unit Al-Quds akan menyerang Israel. Apatah lagi, prinsip Takfirisme yang didokong oleh Daish memang merupakan ekspresi dan kehendak Zionis, sebagai alat dan wahana Israel untuk memusnahkan struktur sosio-agama di Timur Tengah. Apabila umat Islam saling kafir-mengafir, mereka kemudiannya akan berpecah dan berperang. Inilah yang diinginkan oleh pihak Zionis. Hal ini telahpun berlaku bertahun-tahun. Tidak syak lagi Israel telah berkomplot melawan negara-negara Arab di rantau ini dengan memainkan isu kafir mengafir, ketegangan dan konflik antara mazhab dan isu etnik untuk menjana ketidakstabilan dalam rantau Arab demi melanjutkan dan memperluaskan agenda hegemoninya.
Kaedah Daish memperluaskan wilayah-wilayahnya adalah mencurigakan. Dengan melihat peta Timur Tengah, adalah jelas bahawa kedudukan militan Daish tepat dengan gambaran di mana Zionis mahu lahirkan Greater Israel. Adakah kita percaya bahawa kempen keganasan Daish di Iraq dan Syria menuju ke arah Mesir dan Jordan hanyalah satu kebetulan? Bukankah tindakan Daish ini selaras dengan kepentingan Israel dan mendokong aspirasi dan agenda Israel? Perkara ini juga telah diperakui oleh Brian Whitaker, bekas editor Guardian di Timur Tengah.
Sebagai kesimpulan, kita telah berbahas mengenai strategi Daish dan Israel yang mempunyai persamaan yang mengejutkan tentang keadaan huru-hara yang berlaku di tengah-tengah semangat Daish untuk menubuhkan negara Islam. Israel telah membentuk persekitaran yang strategik dengan terlebih dahulu mengusahakan penyingkiran Saddam Hussein. Jordan dan Turki akan bersama-sama dengan Israel untuk melemahkan Syria dan cuba memulihkan Syria. Tindakan ini juga akan melemahkan pengaruh Lebanon, Syria dan Iran ke atas puak-puak Syiah. Untuk berjaya, Israel perlu mendapatkan sokongan Amerika Syarikat. Akhirnya Daish tercipta!
Recent Comments