Beliau ialah Abu Raihan Mohd bin Ahmad Al Kuarizmi yang terkenal dengan gelaran Burhanul Haq (fakta tepat). Beliau seorang ahli sejarah, falsafah, kedoktoran, kimia, matematik, falak, dan dilahirkan di Khuarizm, Rusia dan meninggal dunia di Baghdad.

Beliau membesar di Khuarizam dan mempelajari ilmu tumbuhan-tumbuhan daripada guru berbangsa Greek. Dalam lingkungan usia 20-an, beliau berkelana ke pinggiran Laut Qazawin, dan berguru dengan Abu Shal Isa Al-Masihi.

Beliau kemudiannya meneruskan perjalanan dan hidup beberapa tahun di Parsi dan India sambil mempelajari falsafah bangsa tersebut sebagai tambahan daripada falsafah Greek yang dipelajarinya dahulu.

Gelaran Al-Biruni yang diberikan kepadanya membawa maksud pakaian sekarang. Beliau banyak mengadakan perbincangan dengan Ibn Sina (Avicenna). Hampir separuh daripada kitab beliau adalah berbahasa Arab.

Beliau tidak dikenali pada zaman sehinggalah kurun ke 13 H (19 M). Beliau lebih dahuku dikenali oleh orang Eropah. Rosen menyifatkan beliau sebagai seorang yang tiada tolok bandingnya dari sudut keilmuan pada zaman permulaan atau pada zaman pertengahan sama ada di Timur mahupun di Barat.

Banyak karya yang telah beliau hasilkan seperti buku-buku matematik, astronomi, sejarah, geografi, sosiologi, ubat-ubatan, alam semulajadi dan lain-lain ilmu lagi. Karya-karya beliau menjangkau ke angka 180 dalam bentuk risalah dan buku-buku. Oleh hal yang demkian itu, beliau dianggap sebagai ulama yang memiliki ensiklopedia terbesar di sepanjang zaman.

Antara karya beliau ialah Istikhraj al Autar fi al Daerah bi Khowasi al Khatti Al Munhani Al Waqi fiha. Beliau menetapkan panjang sendeng bulatan 1/10 lalu menentukan kosain dan seterusnya menjelaskan sendeng yang berbaki. Beliau juga mencipta kaedah untuk mengira ukur lilit bumi yang dinamakan kaedah Al-Biruni.
Antara karya beliau di dalam bidang astronomi ialah Al Amal bi al Asturlab dan Taqalidul Haiah. Beliau juga menulis 18 rencana yang dikumpulkan dalam kitabnya Al Pihris.

Beliau juga mengarang kitab Al Qanun al Masudi fi al Haiah wa al Nujum. Kitab ini disusun dengan didahulukan mukadimah dan ditulis dalam tiga juzuk. Di dalamnya terkandung 11 buah rencana dan dibahagikan kepada 135 bab. Diriwayatkan bahawa buku ini telah dihadiahkan kepada Sultan Al-Ghaznawi.

Selain itu, beliau juga menulis di dalam bidang geokimia dengan menghasilkan kitab Al Jamahir fi Marifatu al Jawahir. Beliau telah menentukan kadar berat pada 18 jenis galian dan batu-bata. Di antara kajiannya ialah menyentuh tentang pancutan air dan mata air yang naik ke atas dan juga tentang berkumpulnya air di perut bumi yang berapa telaga. Beliau juga membicarakan tentang cahaya yang keluar dari sesuatu yang dilihat ke mata.
Pembukaan negara Islam menjelaskan lagi keagungan tamadun umat Arab dari segi kebudayaan dan ilmu, sama ada di Timur mahupun Barat. Perkara ini jelas dipaparkan dalam karya Al-Biruni yang menyentuh mengenai kemajuan Hindi, khususnya dalam buku Tahqiq ma li al Hind min Maqulah Maqbulah fi al Aqli au Marzulah. Untuk menghasilkan buku ini, beliau telah mempelajari bahasa Hindi dan menjelajahi wilayah tersebut selama 40 tahun. Al-Biruni juga telah mengarang sebuah buku yang menyentuh tentang perayaan-perayaan umat di dunia yang dinamakan Al Asaru al Baqiah Ani al Kuruni al Khaliah.

Dalam teorinya mengenai kosmologi pula, Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama, beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman.
 
Beliau mendakwa bahawa,  Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis lurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.
 
Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan, terdapat empat rumusan yang berbeza, iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden, iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.
 
Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara matahari dengan bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam sehari. Perkiraan yang telah dibuat oleh Al-Biruni ini hampir sama dengan perangkaan moden, iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 hari. Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi.
 
Menurut beliau, sinaran yang membawa haba daripada matahari dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati waktu senja bermula atau berakhir apabila matahari berada di bawah kaki langit.
Di antara karya beliau yang lain adalah Kitabu al Sadliah fi al Tib. Di dalamnya terkandung khasiat-khasiat akar kayu, rumput rampai, haiwan-haiwan dan galian. Terdapat juga di dalamnya yang menyentuh keperluan dan cara menggunakan ubat-ubatan.

Translate »