Zionisme sentiasa melihat dirinya yang paling betul, benar dan berhak, sedangkan emosi dan tindakannya penuh kekejaman. Tidak ada keadilan, bukan Yahudi terus didiskriminasi dan dituduh pengganas walaupun bertindak untuk mempertahankan haknya yang telah dirampas.
Itulah yang terjadi, Israel kekal melakukan pembunuhan massa, tidak terkecuali kanak-kanak, wanita dan orang tua. Ia menepati dengan istilah genosid, pembersihan etnik.
(5) Sejak tahun 1948, etnik Arab Palestin secara sukarela meninggalkan tanah air mereka. Apa yang sebenarnya berlaku, etnik Palestin dihalau daripada kampung-kampung mereka dengan tindakan ganas oleh peneroka haram dan dibantu oleh tentera ganas. Etnik Arab Palestin dipaksa hidup sebagai pelarian dan berada dalam kem pelarian yang padat dan serba kekurangan hingga kini.
Keperluan asas mereka disekat, bahkan dibiarkan kanak-kanak membesar tanpa zat makanan (malnutrition) dan pesakit dibiarkan mati tanpa rawatan, bekalan ubat-ubatan tidak dibenarkan di bawa masuk walaupun datang daripada organisasi sukarela antarabangsa dan pihak berkuasa antarabangsa.
Terbaharu, UNRWA yang ditubuhkan oleh PBB sebagai badan menguruskan rakyat Palestin tidak lagi dibenarkan beroperasi di Palestin dan mendapat keputusan Knesset. Rakyat Palestin, khususnya dibiarkan hidup dalam kebuluran, hospital dibom manakala pekerja perubahan dibunuh kejam.
(6) Perang Arab-Israel 1967, atau dikenali Perang Enam Hari adalah “Perang Tanpa Pilihan”. Apa yang berlaku, Israel menyerang Semenanjung Sinai setelah maklumat risikan mendapati Mesir sedang bersiap sedia untuk menyerang Israel, setelah muncul apa yang dinamakan “kebangkitan semangat Arab”, ekoran sosialisme Gamal Abdel Nasser, yang kemudiannya dikenali sebagai Nasserisme.
(7) Israel merupakan satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah. Demokrasi Israel hanyalah pada tahap memilih pemimpin (pilihan raya) atau mendapatkan kuasa, selepasnya ia menghampiri kepada totalitarian, tidak lagi mempedulikan keresahan rakyat.
Tidak ada demokrasi terhadap rakyat Palestin walaupun sebahagian kecil diberikan kerakyatan Israel. Mereka dipisahkan oleh warna kad pengenalan diri, dan jika ditangkap, tidak ada ruang pembelaan dan keadilan diberikan.
Sebaliknya, apa sahaja masalah Palestin dianggap sebagai kewajaran untuk tidak diselesaikan, menjadikan solusi dua negara sebagai helah untuk menyerang Palestin berkali-kali. Syarat gencatan senjata tidak pernah dipatuhi, dilanggar seolah-olah mereka tidak bersalah, yang bersalah adalah etnik Palestin.
Rakyat Palestin menjadi warganegara “kelas kambing”, akan ditentukan segala-galanya oleh Israel, diskriminasi dalam pelbagai ruang dan bidang, dihadkan setiap pergerakan keluar masuk.
Israel boleh melakukan apa sahaja, mengadakan sekatan dan menyelongkar setiap rumah dan membawa pergi sesiapa sahaja yang disyaki melakukan bantahan walaupun salah daripada peraturan, dipenjara di luar kawasan milik Palestin, dibawa ke kawasan jajahan Israel (Konvensyen Geneva).
Israel menggunakan rakyatnya hanya dijadikan alasan untuk mendapat sokongan moral untuk membunuh rakyat Palestin. Hak-hak rakyat Palestin tidak dihormati, sentiasa berlaku pencerobohan dan penipuan. Dalam Taufan al-Aqsa, Israel menyekat rakyatnya keluar, atas alasan mereka perlukan sokongan moral.
Rakyat Israel mula rasa terancam setelah peluru berpandu balistik hipersonik Iran berjaya menembusi sistem pertahanan Iron Dome, David Sling dan Arrow Israel dalam serangan balas sejak 13 Jun 2025.
Misalnya, hingga kini tidak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka seperti terkandung dalam syarat Perjanjian Oslo (1993 dan 1995). Hanya yang dibentuk ialah PA (Palestin Authority), yang dikawal ketat oleh Israel.
Terbaharu, Netanyahu berkata, Palestin tidak sepatutnya diberikan kemerdekaan penuh. Sebabnya, Palestin akan terus mengancam Israel jika kedaulatan itu diberikan ekoran desakan masyarakat antarabangsa bagi menyelesaikan Taufan al-Aqsa. Ertinya, Palestin boleh merdeka tetapi tidak ada kedaulatan.
(9) Mitologi Oslo. Tinggal sebagai perjanjian yang cantik di atas kertas, Israel terus mengongkong hak-hak rakyat Palestin untuk bernegara, hak untuk hidup secara aman dan lebih baik.
Israel sentiasa melakukan provokasi ke atas Baitul Maqdis bagi menaikkan kemarahan rakyat Palestin, yang akhirnya menjadi kaedah merampas tanah milik mereka, dengan membunuh dan mengusir penduduk. Berperang adalah kaedah terbaik “merampas tanah milik orang-orang Palestin”.
Mitologi Gaza: apabila PLO menjadi “tangan kiri Israel”, PA mempamerkan aksi ganas sebagaimana diminta oleh Israel, Gaza muncul sebagai lokasi kekuatan baharu rakyat Palestin. Gaza sebenarnya adalah satu kawasan yang dibina sebagai “penjara terbuka” buat Arab Palestin yang diusir daripada Tebing Barat sejak tahun 1948 dan memuncak setelah Perang Enam Hati (1967).
Di sinilah muncul sekumpulan “pelarian” bangkit melawan Israel dan tidak lagi mendokong PA. Hamas adalah sebuah pertubuhan yang berasal daripada cawangan Ikhwanul Muslimin di Gaza dan ditubuhkan pada tahun 1987.
Selepas menyedari perjuangan PLO semakin hilang arah, terutamanya selepas Perjanjian Oslo, Hamas berubah menjadi pertubuhan pembebasan Palestin, mengisi kekosongan dan kecelaruan arah PLO.
Kini, Gaza menjadi sasaran keganasan Israel sejak tahun 2007, apabila Hamas memenangi Pilihan Raya Palestin yang ditaja oleh Israel dan disokong oleh negara barat. Ertinya, Barat yang menyanjung tinggi demokrasi semakin tidak demokratik bila tidak boleh menerima kemenangan Hamas.
Demokrasi semakin membentuk kepura-puraan: dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat. Demokrasi adalah “baik” bila kemenangan berada di pihak yang menajanya dan “buruk” bila kemenangan dimiliki oleh pihak yang dibenci.
Kekalahan Fatah yang mewakili PA membawa tragedi kepada penduduk Gaza. Kemenangan Hamas tidak diiktiraf sedangkan semasa pilihan raya berlangsung, para pemerhati melihatnya sebagai sempurna dan bebas.
Negara-negara bersandiwara, Amerika Syarikat mula memancing helah untuk merasionalkan tindakan tidak mengiktiraf kemenangan Hamas. Dengan restu Barat, Israel menyerang Gaza dengan bahan kimia posforus, dan membumihanguskan Gaza.
Gaza tidak hancur sebelumnya, Gaza bangkit sekali lagi dengan kekuatan baharu. Hamas membuka langkah paling berani, memulakan serangan ke atas Israel.
Sehingga kini, Israel telah gagal menghapuskan Hamas kerana semangat mengusir penjajah terus membuak-buak dalam sanubari setiap penduduk Gaza.
Mereka tidak bersedia menyerahkan tanah mereka kepada peneroka haram dan warganegara negara haram, dan tentunya, cahaya kemenangan sudah mula menunjukkan ada sinarnya. Israel kebingungan, menembak semberono dan dalam masa yang sama, Israel selain hilang sahabat di peringkat antarabangsa. Ada askarnya menembak sesama sendiri.
Mitos demokrasi Barat tercabar kerana Hamas bukanlah parti yang ditaja dan diharap mendapat kemenangan. Hamas kini muncul sebagai episod perlawanan settler-colonialism yang paling mematikan Israel dan mencalar imej Amerika Syarikat sebagai kuasa besar.
Kisahnya masih membakar, semangat juang Hamas tidak pernah hancur walaupun beberapa orang pemimpin berjaya dihancurkan. China dilihat semakin bijak mengatur strategi, dan Amerika semakin hilang dalam kabut gila berperang.
(10)Penyelesaian dua negara: bagaimana mahu dilaksanakan, Palestin tidak diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka walaupun telah lama dibincangkan. Penyelesaian dua negara hanyalah teknik untuk membelasah Arab Palestin secara berpanjangan dan berterusan.
Pihak Berkuasa Palestin tidak lagi dilihat mewakili Palestin, sebabnya mereka turut membantu Israel “membunuh kebangkitan” pembebasan Palestin.
Israel sentiasa mencari helah untuk melanggar setiap ketetapan yang dibuat, kerana Palestin sendiri tidak ada sebuah pemerintahan yang benar-benar mutlak mewakili rakyat Palestin.
Hamas tidak bersedia menerima PA, dan PA tidak boleh menerima Hamas. Itulah yang berlaku, pemimpin Hamas tidak boleh menerima PA, kerana PA menjadi alat Israel untuk mengawal Palestin.
Ertinya, Israel akan menggunakan mitos yang sama untuk menguasai Cyprus. Ketika ini, para rabi yang tidak sepenuhnya mengamalkan Judaisme sudah membuat dakwaan bahawa Cyprus adalah “Tanah Yang Dijanjikan” sejak 3,500 tahun dahulu. Apakah dakwaan itu benar?
Mereka sedang mencari hujah, memetik apa yang ada dalam kitab suci agama, tetapi tidak sepenuhnya. Ia digunakan sebagai mesej propaganda dan kebenarannya disembunyikan sebagaimana mereka lakukan ke atas Palestin.
Tuhan telah membatalkan tawaran “Tanah Yang Dijanjikan” kerana mereka enggan melakukan apa yang Tuhan perintahkan. Mereka hanya menggunakan Tuhan untuk menyahkan erti penjajahan.
Di Cyprus Zionis telah membina koloninya. Mereka membeli tanah dan membangunkan kawasan petempatan, sinagog dan sekolah Yahudi. Mereka sedang mengumpul kekayaan dan kekuatan untuk merampas Cyprus seperti mana mereka lakukan ke atas Palestin sejak muncul idea Negara Yahudi.
Di Timur Tengah, Israel sedang membina mitos baharu, kononnya Timur Tengah akan runtuh tanpa Israel. Sebenarnya, Timur Tengah akan menjadi lebih aman dan rakyatnya hidup bahagia tanpa Israel dan pengacau tahap adikuasa, Amerika Syarikat serta sekutunya.
KAMARUN KH
Recent Comments