Persoalannya, apakah Raja Trump mampu menaikkan semangat angkatan tentera daratnya untuk berperang dengan Iran? Trump sebenarnya ingin menjadikan sambutan ulang tahun tentera darat itu sebagai titik permulaan untuk membabitkan diri dalam perang selepas trauma perang yang pernah disertai Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat terpaksa menyerah kalah di Vietnam. Tentera Amerika Syarikat juga hilang moral bila menyerahkan bumi Afghanistan kepada Taliban.

Amerika Syarikat sebenarnya tidak sanggup berperang secara terbuka dan langsung dengan Iran. Jika Amerika Syarikat terbabit dalam perang kali ini, MAGA yang diimpikan oleh Trump akan bertukar menjadi igauan ngeri. Tidak ada lagi negara yang akan menghormatinya walaupun kekal sebagai adikuasa tunggal untuk beberapa ketika.

Menyedari hal itu, Trump hanya sekadar bersedia memberikan kerjasama dan menghulurkan bantuan kepada Israel. Ertinya, Amerika Syarikat tidak mahu rakyatnya mati, tetapi bersedia memberikan laluan kepada Israel menempah maut.

Seorang bekas anggota tentera Amerika Syarikat memberikan komentar tajam terhadap peluang Israel jika perang semakin memuncak. Iran berhak menang kerana banyak negara menunjukkan simpati dan berhak untuk menang kerana yang melakukan keganasan itu ialah Israel.

Dalam analisisnya, Iran mendapat sokongan moral masyarakat antarabangsa dan Amerika Syarikat semakin bimbang dengan amaran Iran. Iran bersedia untuk menghancurkan pengkalan tentera Amerika Syarikat yang ada di Timur Tengah, jika masuk campur membantu Israel.

Vladimir Putin sudah pun berpesan kepada Iran agar berhati-hati dan menurutnya, Trump seolah-olah menggambarkan Iran dalam bahaya. Walaupun Perancis menolak cadangan Trump agar Putin menjadi mediator gencatan senjata Iran-Israel, ia sudah menggambarkan apa sebenarnya sikap Trump terhadap Rusia.

Pada Trump jika Rusia diterima sebagai mediator dan berjaya menyelesaikan konflik, Trump dapat mengukuhkan hubungannya dengan Rusia, selain dapat mengelak konflik. Rusia mungkin dapat membantu mengekang dedolarization memandangkan Putin adalah rakan yang aktif dalam BRICS.

Korea Utara ikut menyatakan solidariti kepada Iran dan bersedia membantu dari segi peralatan senjata mahupun bantuan tentera. Ini bermakna, jika Amerika Syarikat terus membabitkan diri dalam perang ini, Korea Utara dan China akan ikut campur.

Pada pandangan sesetengah geostrategik, Israel sebenarnya berusaha memancing Amerika Syarikat untuk ikut sama berperang kerana moral tenteranya sudah semakin letih dan kacau. Amerika Syarikat sepatutnya mengambil alih tanggungjawab tersebut, bukan lagi tanggungjawab Israel semata-mata, sebabnya Timur Tengah sudah lama kacau.

Itulah agaknya suntikan moral Raja Trump untuk tentera darat Amerika Syarikat, kerana tentera darat Israel semakin hilang semangat setelah memasuki dua puluh bulan berperang dengan Hamas.

Walaupun bumi Gaza setiap hari dibom dan orang awam terkorban, Hamas belum mampu dihapuskan sama sekali oleh Israel. Realitinya, Israel dilihat sebagai pelaku genosid terbesar di era moden, dan sedia mengganas tanpa batas.

Tindakan itu telah menyebabkan semakin banyak negara mula menjarakkan diri dengan Israel, bahkan beberapa sekutunya mula menukar pendiriannya. Palestin semakin menjadi pilihan untuk diberikan status sebagai sebuah negara merdeka.

Walaupun Amerika Syarikat membantahnya, Trump terus membuli mana-mana negara yang menyokong kewujudan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, ia akan mencabar keupayaan Rumah Putih menyanggahnya.

Biarpun Trump berusaha menggunakan kuasa vetonya, keadaan akan menjadi bertambah parah selagi Israel diberikan perlindungan oleh Rumah Putih. Jika ketika hadir pada Sambutan Ulangtahun Tentera Darat, Trump membalas tabik hormat, tidak bererti emosi tentera tidak terguris kerana terpaksa berperang hanya kerana ego dan keras kepada manusia yang bernama Donald Trump.

Suntikan moral yang cuba dilakukan oleh Donald Trump dilihat kurang berjaya. Sebabnya, ada dalam kalangan Teheran menilainya sebagai sesuatu yang tidak wajar jika tentera campur tangan dalam perang Iran-Israel.

Mereka sedar, jika disabitkan dalam perang itu, ia bukanlah satu tindakan yang wajar. Sepatutnya tentera dan kelengkapan senjata digunakan untuk mempertahankan negara sendiri bukan menceroboh negara lain.

(Bersambung)

KAMARUN KH

Translate »