MENGUCAP panjang dan sedih bila melihat satu video yang viral di Jalan TAR terhadap layanan penguat kuasa DBKL kepada seorang peniaga yang menjual belon.

Adakah DBKL sudah berubah menjadi “serigala”? Membaham mangsa tanpa ada belas kasihan. Peniaga dan penjaja-penjaja kecil ibarat “kambing biri-biri”.

Seminggu yang lepas viral seorang penjaja yang hanya menjual air mineral dan tisu di Dataran Merdeka juga dirampas barangan jualannya.

Nak tanya sikit adakah ini SOP baru DBKL? atau Arahan Datuk Bandar atau YB Menteri yang kebetulan kedua-duanya adalah seorang wanita.

Adakah tiada sebarang perasan sebagai seorang wanita yang ALLAH SWT ciptakan dengan sifat lembut, mempunyai ciri-ciri kasih sayang dan nilai keibuaan bila melihat perkara yang sebegini berlaku di lapangan.

Adakah ini cara terbaik untuk menyelesaikan masalah, bertindak seperti serigala. Mana pertimbangan, tahap empati dan nilai budi bicara yang selama ini ada di dalam jiwa DBKL.

Mungkin terdapat dikalangan kakitangan DBKL merasa bangga dan ingin menunjuk kepada Datuk Bandar atau YB Menteri, mereka laksanakan arahan.

Menindas si “kambing biri-biri” yang tidak terdaya untuk lawan dengan “kuasa yang diberikan tetapi digunakan secara songsang”.

Masih terngiang-ngiang di telinga bila YAB PMX berbicara soal penjaja dan perniaga kecil di WP yang pernah berkata-berkata dicelah-celah bangunan pencakar langit atau gedung besar pastikan peniaga dan penjaja kecil juga terbela nasibnya yang sebenarnya “indah khabar dari rupa”.

Akhir kata, belon, tisu, air mineral, air balang, semua bahan-bahan ini telah dianggap “bahaya” oleh DBKL. Ada perkara yang “lebih bahaya” yang tidak perlu saya jelaskan mereka tidak bertindak, yang pasti baru-baru ini ada isu yang haram telah menjadi halal.

Syabas dan Tahniah diucapkan kerana menjadi serigala jadian.

Oleh Gulam Muszaffar

Penulis ialah Ketua UMNO Bahagian Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP

(Surat ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Sumber: bebasnews.my

Translate »