(Kerana hadis ini khusus untuk mereka)
Imam Nawawi berpandangan Hadis Akhir Zaman adalah lafaz syariat/zahir, manakala ada berpandangan ia lafaz hakikat/tamsilan.
CONTOH HADIS KETAMAKAN
Dari Ibnu ‘Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Seandainya anak Adam memiliki satu lembah emas, niscaya ia akan menginginkan dua lembah lagi. Tidak akan memenuhi mulutnya kecuali tanah, dan Allah menerima taubat siapa yang bertaubat.”
(Sahih al-Bukhari No. 5958, Sahih Muslim)
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Kiamat tidak akan terjadi sehingga Sungai Eufrat mengering & menyingkapkan sebuah gunung emas. Manusia akan berperang untuk memperebutkannya. Dari setiap 100 orang, 99 akan terbunuh, dan setiap orang berkata: ‘Mungkin aku yang akan selamat.”
(Hadis Riwayat: al-Bukhari & Muslim)
Sebahagian ulamak menafsirkan hadis ini sebagai harta, dan perkara yang bernilai ketika akhir zaman ini adalah minyak (Emas Hitam).
Barang siapa ambil bahagian dalam perebutan ini akan berhadapan dengan kematian yang tinggi. Jika 100juta yang hidup yang selamat hanya 1juta orang.
Saya berpandangan Dajjal telah lama muncul & kita semua duduk dalam sihir-sihirnya, setiap ilmunya (teknologi/inovasi) adalah diciptakan atas dasar kelalaian, membuka lembah dosa-dosa besar, seperti lembah zina (mata) membuka pintu dosa ghibah, syirik (lakaran yang terlalu realistik sehingga memuji ia bagai mirip dengan benda hidup), bangkitnya golongan fitnah/saksi dusta, sangka buruk & lafaz kesat berleluasa, laungan yang melalaikan (muzik), judi dihujung jari (game), riba & perniagaan haram & halal bercampur baur, terlalu banyak wanita rosak dengan kemudahan yang ditawarkan Dajjal, & hari ini orang islam boleh baca perkataan KAFIR dalam jawi/arab pada dahi mereka (tentera Dajjal laknatullah)
Semuanya sudah jelas benarlah Rasulullah ﷺ bersabda ketika Dajjal keluar bukan semua orang boleh beza kebenarannya.
Masa perang Gaza, puak laknatullah ditentang hebat di media social, dalam masa yang sama kemudahan Ai di lancarkan, tapi manusia tak nampak kenapa ia di lancarkan, hari ini berlaku perang umat semakin keliru bezakan mana visual benar & palsu, phone, muzik, filem, hiburan, bank, game/judi, saluran perniagaan, makanan segera yang subhah, perubatan yang bercampur dengan hal haram & subhah ini semua hanya untuk melemahkan iman orang beriman, ia hanyalah usaha menutup penerimaan doa orang beriman kepada Allah. Hiburan yang ada hanya membuatkan umat ini lemah dalam kelalaian, kemewahan & kemudahan yang ada hanya mencabut sifat qana’ah, sifat syukur, sifat sabar manusia. Punca umat islam cinta dunia & takut mati.
Zina berleluasa, zina ada dimana-mana, bukan semua orang tahu wangian wanita itu merupakan zina.
Rasulullah ﷺ bersabda “ia adalah dosa zina” apatah lagi gambar/video aurat & suara yang membangkitkan syahwat lelaki, harini wanita lihat wanita lain pun boleh naik syahwat tapi mereka tak sedar mereka ingat mereka suka lihat kerana kecantikan, mereka sangka itu hanya perasaan bersaing, tapi hakikatnya itulah cabang syahwat (keterujaan/keasyikan)
Keinginan yang menebalkan nafsu kita, melemahkan iman, hilangnya sifat-sifat baik dalam diri.
Persediaan akhir zaman hanyalah perkukuhkan iman & amal,
Sungguh islam itu tak cukup sekadar TAHU & FAHAM.
Kerana Firaun juga TAHU & FAHAM apa yang cuba disampaikan oleh Nabi Musa عليه السلام
Sungguh islam itu mengajar kita untuk YAKIN & AMAL, barang siapa beramal sekali pun dia masih tak dapat natijah daripada amal, Allah tetap kira.
Kita baca Al Kahfi hari hari tapi tak dapat natijah daripada pengisian Al Kahfi Allah tetap lindungi diri kita dari fitnah Dajjal, inshaAllah kita tak akan mudah terkesan dengan kelalaiannya, tak akan tertakluk hati kita untuk takjub/taksub dengan keindahannya, kita jauh daripada angan angan besar nak bermewah & cinta akan dunia.
Dalam surah Al Kahfi itu pengisiannya hanya sebut 4 jenis Fitnah:
* Fitnah Agama
* Fitnah Harta
* Fitnah Ilmu
* Fitnah Kuasa
Ke empat-empat inilah pintu mengeluarkan diri kita daripada fitnah Dajjal (kelalaian, selesa dengan dosa besar, cinta dunia, takut mati, pertengkaran sia-sia, perpecahan, kekeliruan, tak amanah, terikat dengan hal haram (zina,game,ghibah,dll)
FITNAH AGAMA
Macam mana nak selamatkan agama kita? Kita kena keluar jalan Allah bergerak dalam bentuk jemaah sama macam Ashabul Kahfi, jika Ashabul Kahfi iktikaf di Gua kita Iktikaf di Masjid sebab zaman dulu Masjid tak ada semua Para Nabi & Rasul Allah Iktikaf dalam Gua.
Kita kena bergerak jumpa manusia dakwahkan mereka pada usaha keatas Iman & Amal, ia sama macam sedekah jika kita memberi Allah akan berkahkan, begitu juga dakwah lebih banyak kita sampaikan lebih kuat iman & amalan kita. InshaAllah
FITNAH HARTA
Dalam surah ini Allah cukup benci manusia yang angkuh dengan hartanya, rasa besar, rasa megah, bila Allah beri kita macam macam bukan bermakna kita ni wali Allah.
Setiap rezeki yang Allah kurniakan pada kita ada hak orang lain, keluarkan sifat tamak & cinta dunia dari hati kita, kita capai sifat qana’ah & zuhud supaya kita tidak rosak dengan fitnah harta akhir zaman.
FITNAH ILMU
Akhir zaman ni semua masing masing dengan pandangan & ijtihad masing masing berbalah sehingga rasa diri masing masing jauh lebih benar, lebih betul, lebih baik.
Allah beri contoh Kisah Nabi Musa عليه السلام & Nabi Khidir عليه السلام
Nabi Musa عليه السلام manusia yang sangat alim, sangat tinggi ilmu pengetahuan dalam syariat,
Manakala Nabi Khidir pula Allah kurniakan ia Ilmu Hakikat & Makrifat. Nabi Khidir bukan sahaja mendalami ilmu tersebut bahkan Allah kurniakan ia ilmu mengenali manusia, mengenali keadaan semasa, geopolitic, hal semasa, tempat & bermacam-macam lagi dengan lebih teliti & terperinci, bahkan Allah telah kurniakan dia panjang usia asbab itu ia lebih faham & mahir akan hal itu dengan lebih terperinci (fokus) & sangat terperinci.
Kerana itu hukum & fatwa itu tidak boleh diguna pakai pada seluruh tempat kerana lain tempat lain cara umatnya berfikir, mukmin di India tak sama cara fikir mukmin di Malaysia. (Contoh)
FITNAH KUASA/AMANAH
Kisah Dzul-Qarnain (ayat 83-98) merupakan cara untuk umat ini bangkit, fitnah yang paling besar apabila kita diberi amanah & kepercayaan.
Tak kira kita sebagai Ulamak, Ustaz, Penguasa, Pemerintah, Ketua (Amir), mahupun Imam dalam sesuatu perkara yang melibatkan diri & umat, pergantungan kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى semata-mata sangatlah penting, adil (berilmu) serta mengamalkannya (tawajuh & tawaduk)
Tiada bantuan Allah untuk mereka yang jauh dari Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى
Tak kira seberapa besar mana pun ujian yang melintang, orang yang sedia bangkit kerana Allah,
Walau ujian itu sebesar alam,
Sebesar alam juga bantuan Allah bersamanya.
InshaAllah
Wallahua’lam
Aki Naszeri
Recent Comments