Suatu tamparan buat negara-negara Arab yang membeli senjata dan membenarkan USA menempatkan pengkalan tentera di negara masing-masing.
Berbilion dolar dibelanjakan untuk membeli senjata, tetapi apabila pengkalan tentera diserang, negara terbabit diminta untuk menggunakan. Senjata bagi mempertahankan aset yang dimiliki oleh USA.
USA cukup licik, tidak menepati janjinya semasa menegosiasi membina pengkalan tentera sebagai tindakan mempertahankan negara terbabit apabila diserang.
USA mengalihkan semua aset-asetnya untuk menyelamatkan Israel sedangkan Israel sekian lama bermusuh dengan negara-negara Arab. Israel juga bukan sekadar musuh, bahkan ikut mahukan negara-negara Arab berada di bawah gabungan besar yang dipanggil The Greater Israel, selain menguasai minyak yang dimiliki.
Israel dan USA yakin, apabila mereka dapat mengawal pengeluaran, pengedaran dan penjualan minyak, banyak negara yang tidak mempunyai sumber itu (juga gas) akan tunduk kepada “ketamakan” oligarki Yahudi.
Aneh bukan? Hasil minyak untuk memudahkan USA dan Israel membina hegemoni, dan ia sudah dimulakan sejak tahun 1974 dengan petrodolar. Kini, petrodolar sedang di ambang percanggahan apabila Iran melakukan tindakan tegas, urusniaga minyak dan gas yang menggunakan laluan Selat Hormuz wajib dilakukan dalam matawang yuan (China).
Selat Hormuz menjadi laluan eksport minyak dan gas utama negara Teluk, dan ini bermakna, 20 peratus urusniaga minyak tidak lagi berlangsung dalam kiraan dolar. Kesannya, jika enggan menggunakan yuan, jumlah bekalan minyak dunia akan merosot selain harganya meningkat.
Iran sedar bahawa krisis itu memaksa banyak negara mencari alternatif, tetapi ia tidak mudah terutama dalam kalangan negara-negara Eropah, China dan India. India semakin lemas dengan tindakan tersebut, kerana sebelumnya cukup kuat membodek USA dan sekutunya, menjadi penyokong Israel. Bahkan, India pernah menjelaskan, mereka akan membantu Israel, maknanya, minyak yang diangkut menggunakan Selat Hormuz tidak akan sampai. Itulah yang dilaporkan PM India sedang merayu Iran agar membebaskan kapal tangkinya.
India yang dikatakan sebagai negara yang semakin kuat ekonominya, akan menyusut teruk sekiranya tidak mendapat bekalan minyak dan gas. Rusia mungkin menjadi pilihan, tetapi Rusia turut disekat oleh USA kerana hubungannya dengan. Iran. India dalam dilema, dan India nampaknya semakin berusaha untuk berbaik-baik dengan Iran hanya kerana memerlukan minyak dan gas.
Iran yang dikenakan tekanan dan sekatan, tidak takut dengan ancaman USA. Bahkan Iran cukup tegas dengan tindakannya. Akhirnya, Trump terpaksa menjimat kisahnya sendiri, apabila harga minyak dan gas dunia melambung, ia akan menjejaskan ekonomi domestiknya. Industri akan berhadapan masalah, kerana Kanada juga tidak lagi menjadi pembekal tenaga elektrik utama. Kanada merancang untuk mengeksport gas yang dimilikinya sebagai pilihan setelah memutuskan tidak akan menjual tenaga elektrik kepada USA.
Industri USA berhadapan masalah besar, dan tentunya kos pengeluaran akan meningkat. Ini bermakna, USA akan kehilangan pasaran yang cukup besar manakala China bersedia menjadi galang ganti dengan produknya, yang sangat ditakuti dan diancam dengan tarif timbal balas yang tinggi.
China bersedia berhadapan dengan situasi “diskriminatif” USA, bahkan China enggan berdiplomasi lagi. USA sedang bingung memikirkan bagaimana untuk membayar balik tarif timbal balas yang dikenakan terhadap barangan import setelah mahkamah memutuskan dasar tersebut adalah tidak sah. Bukan sedikit, berbilion dolar sudah dipungut. Dan, itu akan menjadikan jumlah hutang naik lagi. Setakat ini, jumlah hutang USA telah mencecah 39 trilion dolar.
China dan beberapa buah negara yang memegang bon USA semakin berusaha untuk menguragkan Pegangannya. Inilah gangguan terbesar Trump sehingga beliau menggunakan strategi perang perdagangan. Tetapi, strategi itu memakan diri. Kemudian, digunakan. Strategi menyerang Iran, kerana Iran merupakan pembekal utama minyak dan gas kepada China.
Iran bijak membaca muslihat itu akhirnya, USA terpaksa mengendurkan tekanan dengan membenarkan Iran menjual minyak dan gas (tanpa sekatan) untuk tempoh sebulan. Trump sedar, jika tindakan itu tidak dilakukan, harga minyak mungkin mencanak sehingga 200 dolar setong, yang naik sekali ganda daripada harga masa kini, pada harga 110 dolar setong. USA cemas, apatah lagi jika benar-benar mencecah 200 dolar.
Trump hilang kuasa untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden, dan undian separuh penggal yang akan berlangsung dalam masa terdekat akan menentukan. Ketika ibu, lebih 13 perwakilan Republik tidak lagi sehaluan dengan Trump. Mereka mula bergabung dengan Demokrat untuk memaksa Trump, yakni mendesaknya meletakkan jawatan sebagaimana pernah dialami oleh Richard Nixon yang terbabit dengan Skandal Watergate.
Ketika Bill Clinton tindakan yang sama dibuat, tetapi, ia kurang menjadi walaupun skandal seks dengan Monica Lewinsky bergema. Ia tidak membawa kepada tekanan, hanya sekadar riak-riak politik. Bill Clinton terlepas, hanya sekadar tercemar moral peribadi.
Kali ini, Trump lebih dahsyat kerana hutang negara melonjak deras, imej USA tercemar dan pengundi mula mempersoalkan apakah untungnya wang rakyat diberikan kepada Israel, dan membelanjakan wang pembayar cukai untuk pertahankan Israel, bukan untuk USA. Iran tidak pernah ada niat untuk menyerang USA walaupun sejak tahun 1979 disabotaj ekonominya, dihalang aset-aset dikembalikan.
Iran tidak lemah, sebaliknya bangkit melawan dengan kekuatan yang cukup tidak dapat dijangka. Iran bangkit dengan teknologi senjata yang murah, tetapi berjaya mencekik belanja USA. Strategi perang Iran ialah melumpuhkan ekonomi USA, bukan melumpuhkan kekuatan senjata. USA terpaksa berbelanja berlipat kali ganda , walaupun hanya untuk memusnahkan “senjata tiruan”.
Iran belajar dari sejarah Perang Iran-Irak, di mana USA mempamerkan kehebatan perang, tetapi negara-negara Arab terpaksa menanggung biaya. Iran tidak mempunyai pesawat penyerang yang terbaik, tetapi Iran belajar bagaimana strategi untuk melumpuhkan kekuatan musuh, yang dikenali sebagai strategi perang asimetri.
Ketika ini,.seluruh dunia sedang menoreh sinis Trump, kerana beliau belum merancang bagaimana untuk menamatkan perang. Iran tidak menyukainya, tetapi Iran semakin kuat untuk menentang kekuatan USA yang dilihat semakin tidak bermaya dan sedang membina alasan baharu.
Trump semakin dianggap lemah dan ego besarnya hilang dalam kata-katanya sendiri yang semakin tidak dipercayai. Beberapa negara tidak lagi “menurut kehendak. Washington”, terbaharu ialah mengawal Selat Hormuz sebagai tekanan kepada Iran. Tidak ada negara yang sanggup menyahut panggilan, bahkan banyak sekutu membantah. Trump yang malu cuba mengancam untuk menarik diri daripada NATO.
Kedengaran sesuatu yang tegas, NATO walaupun ditubuhkan oleh USA, ia bukan bermakna untuk mempertahankan USA. Trump membalasnya dengan kenyataan seperti “mengungkit balik” atas perbelanjaan yang besar dilakukan oleh USA bagi menguruskan perjalanan NATO. Pada negara-negara tersebut, apa yang dilihat sebagai punca serangan oleh Rusia ke atas Ukraine adalah kerana reaksi balas USA membawa masuk NATO, yang dilihat sebagai titik utama USA berusaha mengembangkan pengaruhnya di Rusia dan China.
Dengan meletakkan pengkalan tentera NATO, dan kemudian disusuli oleh USA, maka jalan “menceroboh” Rusia dapat dimulakan. Bagi Rusia, dengan keahlian NATO, Ukraine dapat melenyapkan asas budaya dan warisan Rusia di tanah yang pernah menjadi jajahannya.
Trump juga bukan mudah untuk menguasai Iran sebagaimana dilakukan ke atas Venezuela. Trump dikatakan selepas menamatkan perang dengan Iran, akan “menyerang” Cuba, yang memang diketahui sangat cenderung kepada Rusia dan China. Trump tidak menyenanginya, kerana China adalah ancaman sebenar buat USA. China semakin diterima sebagai kuasa ekonomi baharu dan juga kuasa politik, yang bakal mengambil alih peranan atau memecahkan hegemoni USA.
Senjata China yang kuat ialah kekuatan ekonominya, kerana dalam tempoh kurang tiga dekad lagi, China dijangka menguasai ekonomi dunia, menjadikan USA ke tangga ketiga selepas India. Mungkin, Brazil akan dapat merampas kedudukan USA pada tahun 2050, sekiranya beberapa langkah BRICS tidak disekat. Tarif timbal balas Trump dilakukan dengan harapan dapat merencatkan penguasaan China yang agresif dalam pelbagai bidang.
Operasi yang dilancarkan bersama Israel turut membuatkan banyak negara mula berfikir, teknologi senjata dan sistem pertahanan termaju yang dibangunkan oleh USA sudah boleh dicabar, bahkan banyak kali Trump terngadah bila kawalan David Sling, Arrow, Iron Dome berjaya diterobos oleh senjata Iran. Senjata Iran dibangunkan dengan kepakaran tempatan dan dilatih oleh Rusia dan China.
Setelah memasuki 23 hari serangan balas Iran, USA dan Israel belum boleh berbangga, walaupun mengisytiharkan kemenangan secara syok sendiri, Iran belum dilumpuhkan sepenuhnya. Kini, USA mula tersedak dengan motif yang diubah, daripada menakluki kepada “REGIME CHANGE”. Sebabnya, Iran sekarang benar-benar melaksanakan konsep open leadership, selepas pemimpin utama dibunuh. Setiap unit yang dibentuk secara organik boleh bertindak dan memimpin secara organik. Dan, kerana itulah Iran boleh terus mengeluarkan lebih 400 dron sehari di seluruh negara, ia tidak akan lumpuh walaupun ramai saintisnya telah dibunuh.
Iran telah membangunkan kapasiti dan kemahiran secara menyeluruh, bahkan sebahagian besar adalah saintis dan jurutera wanita. Mereka ini cukup berdedikasi dan mengharapkan syahid, sedangkan di USA mereka bekerja kerana gaji.
Iran tidak akan tandus dengan pemimpin baharu, yang akan hadir dalam semangat dan strategi yang tidak mudah dibaca oleh USA dan Israel. Mereka bekerja dan berjuang atas semangat patriotisme yang sangat tinggi, sedangkan tentera USA dan Israel, semakin kerdil semangat dan patriotisme.
KAMARUN KH
Recent Comments