Agaknya situasi ekonomi yang buruk akan memberikan “kekesalan” berperang dan membunuh.

Akibat menyerang Iran, ekonomi Is-sewel dikatakan menguncup (rugi) dua bilion dolar seminggu.

Ketika ini ia mungkin lebih besar lagi apabila Iran belum ada keinginan untuk meredakan serangan balas, manakala USA semakin merasakan “panas”-nya padang pasir bila rudal dan dron Iran mampu menerjah sistem pertahanan canggih.

Kecanggihan yang sudah hilang kapasiti dan nilai. Sebahagiannya menjadi puing dan sisa, yang bakal berakhir di tong sampah perang.

USA semakin terdesak, bekalan senjata seperti peluru berpandu Tomahawk semakin menipis. Sistem radar canggih sudah bertukar kepada radar rosak, manakala dron hanya sekadar lampin pakai buang. Semuanya itu memerlukan bajet yang cukup besar yang bakal menyebabkan lebih banyak hutang dibuat.

Negara-negara yang pernah memegang bon dolar sudah enggan lagi membelinya, bahkan semakin banyak bon itu dijual..bila bon dijual dengan banyaknya, nilai dolar akan susut nilai..kalau dahulunya USA melakukan tekanan terhadap mata wang Iran,.kini mungkin dolar akan berhadapan dengan tekanan yang sama.

Ia berlaku dalam situasi ‘”penyah-dolaran / de-dolarization” dan sentimen tidak sukakan USA yang semakin membuak-buak di negara Teluk ahli BRICS dan penyokongnya, jika perang dengan Iran berlarutan dalam hitungan bulanan, USA akan terus menderita parah, ekonominya akan terus bermasalah.

Dalam hubungan ini, Trump dijangka akan memanggil semua pengeluar senjata dan peralatan ketenteraan untuk mempercepatkan proses pengeluaran, akibat stok untuk kegunaan angkatan tentera semakin berkurangan. Dalam perang dengan Iran pun Trump sudah mula bermain propaganda, awalnya menginginkan rundingan damai tetapi setelah Iran menolak, Trump pula mengatakan Iran terdesak untuk berbincang tentang pelan damai.

Itulah wayang politik dan perang psikologi yang boleh kita baca, dengar dan perhatikan dalam setiap kali perang meletus.

Kerana merasai sendiri perang cukup menyakitkan, dan potensi kalah cukup besar, Amerika kini sedang menaja kelompok pemberontak dalam kalangan Kurdish untuk menjadi “tangan kiri” menumbangkan kerajaan Iran. Selepas ini, Amerika akan hadir sebagai “pengawal” dan melakukan “finishing’ sebagaimana mereka berjaya lakukan di Libya serta membunuh Muammar Gaddafi.

Kali ini, oleh kerana Trump sudah benar-benar kuda tunggangan Netanyahu, maka USA benar-benar terjerumus perang yang boleh menyebabkan imejnya tercalar teruk dan persepsi masyarakat antarabangsa hilang kepercayaan.

Adikuasa benar-benar gila kuasa, mabuk kuasa dan dalam masa yang sama hilang maruah dan kehormatan. Dalam kes menyerang Iran, adikuasa bertukar menjadi Adi-kerdil, kerana

Adikuasa sebenar ialah sebuah negara kecil yang ditubuhkan secara haram, kerana Amerika berperang bagi pihak Israel, seperti askar upahan dalam Perang Dunia II. Di Malaysia, askar upahan itu dikenali sebagai Askar Gurkha.

KAMARUN KH

Translate »