Sepanyol enggan membenarkan ruang udaranya digunakan oleh USA untuk melancarkan serangan ke atas Iran walaupun terdapat pengkalan tentera di sana. Beberapa pengkalan tentera USA di tujuh negara teluk sudah berjaya diperkemaskan, dan ada yang tidak dapat digunakan lagi kesan serangan balas Iran.
Dengan kelumpuhan sistem radar utama yang menjadi pusat komunikasi (CENTCOM) di Qatar, sistem pertahanan Patriot dan THAAD melemah. Kehebatan yang digambarkan sedang dalam proses penguncupan kelopak lebih awal. Ia akan menjadi titik awal yang cukup mengaibkan Amerika Syarikat sebagai adikuasa.
Sebelum perang meletus Iran sudah pun memberi amaran akan menyerang kesemua aset dan kepentingan Amerika Syarikat yang berada di Asia Barat. Sebabnya mudah, jika aset-aset ini terus dibiarkan, ia akan menjadi medan pelinciran pelajar berpandu milik Amerika ke Iran, selain menggunakan “pengkalan laut terapung” yang dikatakan cukup canggih sistem keselamatannya. Semuanya sudah berjaya dirosakkan, dan Amerika Syarikat mula mengharapkan pengkalan tentera di Sepanyol untuk diaktifkan bagi meneruskan serangan ke atas Iran.
Ekoran keputusan tersebut, Trump memberikan amaran keras terhadap Sepanyol, yakni memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan. Sepanyol tegas dengan pendirian tersebut, atas alasan walaupun USA mempunyai kemudahan pengkalan tentera di negara itu, ia tidak bermakna kedaulatan Sepanyol boleh dibuat sesuka hati. Sepanyol masih ada hak untuk mengawal ruang udaranya. Ia adalah hak mutlak Sepanyol bukan menjadi tiket USA menggunakannya secara sah walaupun ada pengkalan tentera di situ.
Lantaran itu, ugutan Trump menjadi lebih menarik kerana Sepanyol adalah salah sebuah entiti dalam Kesatuan Eropah. Jika Trump benar-benar melakukan perkara tersebut, ia membawa babak permulaan sengketa yang lebih besar dengan Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah akan terus mempertahankan Sepanyol.
Sepanyol pula mengambil keputusan awal akan meninggalkan NATO sekiranya Washington terus membuat ancaman. NATO pernah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai alat untuk menjajah mana-mana negara termasuk menghantar tentera ketika permulaan Perang Ukraine, walaupun kemudiannya ditarik balik setelah tidak sanggup menanggung kos perang yang berpanjangan.
Rusia tidak berganjak dengan keputusan tidak membenarkan Ukraine menganggotai NATO, yang bakal menjadi titik penjajahan dan pintu masuk Amerika ke Rusia. Ukraine mahu dikekalkan sebagai wilayah Rusia, walaupun mempunyai autonomi atau kerajaannya sendiri (yakni merdeka). Ukraine akan dipertahankan agar sentiasa kekal berada dalam wilayah kekuasaan Kremlin (Moscow). Itulah penegasan Vladimir Putin.
Ia menambahkan senarai retorik gila Trump, dari tindakan menamatkan perang Gaza, Ukraine, memiliki Greenland, membeli Kanada, menyiapkan rumah belakang rumah (Amerika Selatan), menamakan Terusan Panama dengan Terusan Amerika, Teluk Mexico dengan Teluk Amerika, arahkan Elon Musk kembali ke Afrika Selatan, Reviera Timur dan Board of Peace.
Kini semuanya tergambar imej yang cukup sinis, Trump sedang ditunggang seperti seekor keldai atau oleh Netanyahu. Sebelumnya Trump seperti seekor anjing yang tali leher dipegang oleh Netanyahu. Ada juga visual sinikal yang sangat pedih bagi dirinya apabila belakangnya dirogol. Trump meraung sakit, tetapi Netanyahu tersenyum lebar keseronokan dalam proses perogolan itu. Ia bukan lagi hadir dalam bentuk lelucon, parodi, sindiran tetapi suatu bentuk pengajaran politik dan juga propaganda. Ia membawa makna dua persimpangan pilihan: kebodohan dan kebaculan yang disengajakan.
NATO juga menjadi alat utama Amerika Syarikat ketika Perang Teluk, untuk menghantam Irak. Namun, ketika ini, Amerika Syarikat seperti tidak lagi mampu menggunakan kekuatan NATO yang sebahagian besarnya dianggotai oleh anggota Kesatuan Eropah, Skandinavia dan Kanada.
Ia dilihat menjadi “seteru Washington” dalam kes percubaan Trump menjajah Greenland dan menekan Kanada. Solidariti NATO tentunya untuk menjaga kepentingan Kesatuan Eropah lebih utama, kerana kebanyakan ahlinya adalah negara Eropah.
Ini bermakna hubungan Eropah dan USA dalam perkongsian strategik mengenai keselamatan akan menjadi sejarah yang semakin melukakan. Ianya dilukai oleh seorang “pemimpi besar” yang menganggap “dirinya yang menjadi penentu perdamaian dunia” dan sekali gus pemusnah “peradaban moden”. Seorang yang cukup tidak menghormati adab kerana adab dan moral sendiri menjadi bingkai perilaku dalam keserakahan dan niat yang cukup jahat. Sebuah tabiat yang bukan sahaja jahat, ia juga membunuh martabat manusia.
Bak rumusan masyarakat awam seluruh dunia, Trump adalah Presiden Amerika bukan Raja yang memerintah dunia (King of the World). Trump tidak ada hak untuk menentukan apa yang patut dilakukan oleh sesebuah negara, beliau hanya boleh menjadi diktator (emperor) di Amerika, sesuatu yang sedang dilakukannya. Kerana itu Trump dilihat sebagai anjing suruhan yang sudah hilang akal sihat, terperangkap dalam zionisme ganas, mengamin dan terlalu wala’ dengan kebuasan Benjamin Netanyahu.
Seharusnya, Trump mengawal Israel, tetapi ketika iniz Washington benar-benar dikawal oleh Israel. Trump sudah dikawal “butang rasionaliti” oleh Benjamin Netanyahu. Beliau adalah ‘Anjing suruhan”, yang sudah dikawal oleh Tel Aviv dengan hanya menggunakan remote control.
Namun, prosesnya tidak mudah. Mungkin dengan kegilaannya menyerang Iran akan menjadi titik penolakan terhadapnya yang terbesar dan beberapa percubaan untuk menyekat gerak ghairahnya menjadi khadam Is-sewel sedang dimulai.
Mahkamah sudah membuat keputusan, Perintah Eksekutif mengenai Tarif Timbal Balas tidak sah. Dan kini, Kongres pula berbahas untuk mengehadkan kuasa Presiden. Jika Kongres memperoleh keputusan mencukupi, Trump akan didakwa sekiranya masih kekal meneruskan serangan ke atas Iran.
Trump sudah pun melanggar ketetapan undang-undang Amerika, yakni Presiden sepatutnya mendapat mandat Kongres terlebih dahulu sebelum membabitkan diri dalam mana-mana peperangan di luar negara, bukan keputusan sendiri. Ini kerana belanja perang, obligasi sosial dan politik cukup besar. Ia bukan sahaja melihatkan wang pembayar cukai bahkan memberikan lakaran imej terhadap negara kemudiannya.
Dalam sejarah politik Amerika Syarikat, Trump digambarkan sebagai Presiden yang paling narsis atau gila kuasa. Trump benar-benar khadam Israel sehingga sanggup menghabiskan wang demi Israel. Tahap sokongannya ke atas Israel melampaui kepercayaan terhadap agama yang dianutinya, Kristian. Agama hanya dijadikan selimut ketika “terkerar-ketar’ takut dikejar bayangan sendiri atau hantu yang bertuan.
Pada hari pertama serangan, Trump dikatakan sudah menghabiskan lebih US 2 bilion dolar dan keseluruhan pembaziran wang pembayar cukai demi “memuaskan nafsu Israel”. Kini, seluruh perbelanjaan dianggarkan sudah melepasi US 3 trilion. Ia belum lagi dilihat secara mendalam anggaran kerosakan yang dialami oleh USS Abraham Lincoln, kos armada laut yang berjaya ditenggelamkan oleh peluru berpandu balistik Iran, kerosakan pengkalan tentera di hampir seluruh negara Timur Tengah ekoran serangan balas Iran untuk memaksa Amerika Syarikat “faham erti rasa hormat ke atas negara lain”, dan paling memilukan ialah kehilangan nyawa. Demi sebuah ego, terlalu banyak nyawa terpaksa dikorbankan.
Berbeza dengan Iran. Walaupun banyak nyawa terkorban, ia adalah tindakan yang cukup mulia kerana mempertahankan negara daripada dijajah oleh “orang gila” yang bukan sahaja “gila kuasa” bahkan “haus darah”. Mempertahankan negara dan tanah air adalah perlakuan mulia, apatah lagi jika ia membabitkan keyakinan beragama. Iran sentiasa berada dalam semangat jihad, bukan semangat sebagai “penjilat”.
Sebab itulah, walaupun pemimpin tertingginya berjaya dibunuh, ia tidak akan membuatkan semangat juang, ia akan membakar lebih semangat untuk tidak membenarkan tanah leluhur dijajah biarpun terpaksa “bertongkat paruh’. Pemimpin baharu yang lebih berani akan terus muncul, bukan munculnya pemimpin pengecut yang sanggup melarikan diri apabila dijangka kedudukan sendiri dan keluarga tidak selamat.
Seperti wasiat Ali Khameini, kematian saya tidak penting kerana saya sentiasa bersiap sedia untuk mati. Kematian adalah proses hidup akhir setiap makhluk. Tetapi, yang lebih penting ialah menentukan Islam tidak akan mati. Perjuangan tidak akan berhenti selagi ada nyawa, dan diteruskan oleh generasi selanjutnya, sampai kiamat.
Walaupun Amerika dan Israel tidak mengumumkan jumlah kematian di pihak mereka, imej satelit yang menunjukkan kerosakan dan kemusnahan tidak lagi dapat dibohongi. Pilu sudah menyelimuti masyarakat awam yang kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal dan seruan-seruan agar Iran segera hentikan peperangan. Bahkan kedengaran laungan masyarakat awam di Tel Aviv agar Iran segera berhenti menyerang, dalam pujukan antaranya, “Iran sudah menang”. Seharusnya masyarakat awam Israel melakukan kudeta terhadap Benjamin Netanyahu, kerana beliaulah yang menjadi punca kemusnahan yang sudah dan sedang berlaku. Kemusnahan beberapa bulan lalu masih belum terpadam. Kini memasuki kemusnahan yang lebih besar dan parah. Kepiluan bertambah berat, tetapi Netanyahu semakin ego dan “amat iseng”. Ia benar-benar membawa makna pelanduk mari di tengah-tengah ego pemimpin.
Netanyahu dikatakan “kabur”, dan ada imej menunjukkan sebuah pesawat rasmi perdana menteri membuat pusingan u sebanyak 37 kali sebelum meneruskan perjalanan ke Berlin. Apakah Berlin akan menjadi tempat perlindungan Netanyahu kerana Tel Aviv sedang diraikan dengan hentaman peluru berpandu dan dron tanpa henti oleh tentera IRGC yang tidak mahu tertipu lagi dengan helah damai USA. Titik rundingan sudah berakhir; rundingan sebenar ialah setelah Israel benar-benar menyerah kalah dan meninggalkan bumi Palestin. Itu suara yang kedengaran cukup konsisten di pihak kepimpinan tertinggi IRGC. Kini, hanya tinggal Iran yang kenyal mendokong Palestin sedangkan yang lainnya sudah dicabut taring oleh USA dan Israel.
Perang akan terhenti bila Israel keluar dari bumi Palestin, kerana selagi ada Israel, selagi itulah kestabilan politik dan sosial Timur Tengah tidak akan hadir. Zionis adalah pengamal ajaran dajal, menghasut dan pecahbelahkan masyarakat atas kepentingan di luar susila dan kendali agama. Agama hanya sebagai topeng, topeng yang sengaja dicipta untuk memberikan imej ‘kebaikan palsu”. Itu adalah sebuah hakikat daripada kemunculan zionisme, dan penipuan pembentukan negara Yahudi untuk orang Yahudi. Akhirnya menjadi negara zionis, yang anti umat Islam, etnik Arab dan umat Kristian. Jumlah penganut Kristian yang dibunuh cukup ramai di Palestin. (Gary M Burge, Whose Land? Whose Promised?, 2003).
Hariz apa kaitannya Iran dan Palestin? Iran muncul sebagai negara yang paling konsisten mendokong pembebasan Palestin. Iran bukan sahaja kekal dengan prinsip bahkan bertindak untuk membantu perjuangan pembebasan Palestin. Ia berbeza dengan sebahagian negara Arab, sejak diajarkan oleh Israel oleh kekalahan Perang Enam Hari (1967) tindakan negara-negara Arab bersifat retorik, kerana ingin membina kemewahan material dan tunduk dengan muslihat barat (terutama Amerika Syarikat, pembela totok Israel)
USA dikatakan sedang berada di titik yang lemah kerana bekalan senjata canggih semakin susut. Ia disebabkan salah perhitungan serangan dengan menggunakan peluru dan dron canggih ke atas beberapa “lukisan pesawat dan helikopter di tanah” yang disangka sebagai pusat logistik IRGC. Ini bermakna dengan kos puluhan dolar untuk melukiskan rupa pesawat di tanah seperti asli memaksa USA menjatuhkan peluru berpandu canggih berharga jutaan dolar seunit.
Ancaman peluru dan dron Iran cuba dipertahankan atau diserang dengan peralatan paling canggih, sedangkan sistem keselamatan yang mengawal ruang udara Israel cukup mudah ditembusi. Iran lebih terkedepan dalam strategi memecahkan sistem pertahanan canggih sehingga Iron Dome, dan sistem kawalan laser Israel tidak benar-benar kenal. Iran menggunakan senjata balistik dan masih menunggu ruang untuk menghentam menggunakan peluru supersonik dan hipersonik.
Strategi serangan Iran itulah yang membuatkan model sistem pertahanan Amerika Syarikat dan Israel dilihat kurang berkesan walaupun dikawal oleh teknologi terhebat, yang didakwa sebagai paling selamat dan canggih setakat ini. Ia memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat, kecanggihan teknologi belum boleh menentukan kemenangan dalam pertempuran, kerana strategi yang paling efektif ialah bagaimana semangat pejuangnya sendiri untuk apa sebenarnya mereka berperang. Pejuang Iran tidak takut mati, kerana mereka memburu syahid mempertahankan tanah air dan dalam masa yang sama mempertahankan agama.
Itulah perbezaannya. Sebab itulah pejuang IRGC tidak gentar sedangkan sudah kedengaran di pihak tentera Amerika untuk segera berhenti berperang, dan ada juga dakwaan untuk segera dihantar pulang. Jika diberikan pilihan, mereka akan segera meninggalkan kerjaya sebagai tentera, mereka sebenarnya dipaksa (kerahan tenaga). Biarpun di Iran ada syarat wajib yang sama, semangat tentera tidak banyak dipersoalkan kerana mereka benar-benar berjuang untuk tanah air dan agama.
Tentera Amerika Syarikat hadir di Timur Tengah bukan untuk Amerika Syarikat (mempertahankan negara) tetapi untuk kepentingan orang lain, iaitu Israel dan memuaskan ego Benjamin Netanyahu. Tujuan kerana yang salah dan niat yang tidak suci. Sebuah perangkap politik zionisme, yang tidak mahukan ada orang lain yang berkuasa, hanya kerana ingin memerintah dunia dalam doktrin New World Order. Tidak boleh ada pelbagai sistem pemerintahan menurut keperluan dan kepentingan sebuah negara. Ia hanya perlu dikawal oleh satu sistem yang dikatakan sistem dajal dikawal oleh ketua mafia bermata satu.
Berapa banyakkah peluru berpandu itu dibazirkan? Salah sebuah pusat pengendalian arahan dan komunikasi USA yang dilengkapkan peralatan berbilion dolar berjaya dimusnahkan oleh peluru berpandu Iran yang berharga murah. Kenapa Iran menggunakan senjata lamanya sebelum melepaskan senjata canggih dan teknologi termoden? Jawapannya cukup jelas, senjata lamanya masih banyak dan belum digunakan sepenuhnya, tetapi tidak bermakna ia tidak berupaya menepati sasaran. Inilah masanya untuk melupuskan senjata lama, tetapi senjata lama tetapi mematikan: akal (strategi) dan fizikal (infrastruktur dan pusat logistik).
Ia menjadi ketakutan yang tidak sepadan dengan dakwaan kehebatan strategi perang dan sistem pertahanan canggih yang dibanggakan oleh Amerika Syarikat, negara pengeksport senjata terbesar dunia. Kini, dunia lebih tertumpu kepada China dan Rusia, atas beberapa kegagalan sistem selain kecanggihan teknologi terbaharu. China dan Rusia yang menyokong Iran secara langsungnya ikut mempamer dan membuktikan teknologi senjata mereka juga hebat kalaupun tidak yang terhebat.
Cukup untuk menyaingi senjata yang terhebat ciptaan Amerika dan Israel. Apa yang menariknya, harganya jauh lebih murah dan kesannya cukup berbaloi. China dan Rusia tidak mengenakan pelbagai sekatan (diskriminasi), sedangkan Amerika Syarikat menjualnya secara terpilih, hanya kepada negara-negara yang “tunduk dengan dasar’ yang diputuskan oleh Rumah Putih.
Strategi itu memancing USA menggunakan senjata canggih mereka yang tentunya berharga paling mahal. Dari situlah USA dikatakan terpaksa berhabis lebih awal, sedangkan kekuatan Iran semakin melaju dengan “pukulan akhir’ yang lebih dahsyat. Sebab itulah Iran tidak akan tunduk kepada rayuan USA dan Israel untuk kembali ke meja rundingan, kerana ia adalah muslihat dua negara penjenayah untuk mengumpuk semula kekuatan bermuslihat seterusnya. Iran sudah lama mengerti strategi itu, sejak negara itu dikenakan pelbagai tindakan dan sekatan. Iran pasca revolusi cukup masak dengan helah dan lobi barat, juga perangkap zionis yang tidak pernah berhenti melobi dan menipu.
Iran sudah tahu melihat “ikan di air”, maka Iran tidak lagi mahu tertipu dengan pujuk rayu yang tidak pernah membawa harapan benar-benar hadir sebuah perdamaian sejati. Riak menipu kerana “musuh’ sedang dalam kesakitan, seumpama singa tertusuk duri. Sebaik duri tercabut, singa akan menerkam lagi.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Iran, walaupun berbeza mazhab, Iran kini menjadi kuasa yang benar-benar ingin mempertahankan Islam, bukan untuk diinjak-injak oleh pihak yang memakai topeng dajal.
KAMARUN KH
Recent Comments