Ketegangan antara Israel dan Iran makin panas. Amerika Serikat ikut terseret. Negara-negara teluk ikut serta.

Amerika Syarikat telah mengesahkan penglibatan langsung dalam operasi ketenteraan ke atas Iran.

Presiden Donald Trump menyatakan Amerika Syarikat telah memulakan “operasi tempur besar-besaran” di republik itu.

Beliau juga menuduh Iran meneruskan pembangunan nuklear serta merancang menghasilkan peluru berpandu jarak jauh.

Israel pula menyifatkan tindakan ketenteraan tersebut sebagai satu operasi bersama yang bertujuan “menghapuskan ancaman wujud” yang didakwa datang dari Iran.

Beberapa pangkalan utama di Asia Barat termasuk Manama, Doha, Abu Dhabi, Dubai, Riyadh, dan Amman melaporkan kejadian letupan selepas Pengawal Revolusi Iran mengesahkan menyerang kemudahan tentera milik Amerika Syarikat (AS) di rantau tersebut sebagai tindakan balas dendam, lapor akhbar Hindustan Times hari ini.

Berikut adalah senarai lokasi di Asia Barat yang menjadi sasaran dalam konflik berterusan antara AS dan Iran:

Bahrain

Utusan negara itu ke AS, Abdalla Al-Khalifa mengesahkan serangan terhadap ‘tapak-tapak dalam kerajaan tersebut’ tanpa memberikan butiran lanjut.

Serangan dipercayai dilakukan oleh Iran terhadap Armada ke-5 AS di Bahrain sebagai tindak balas kepada serangan AS-Israel di Tehran.

Diplomat Bahrain itu berkata, Manama ‘mempunyai hak untuk bertindak balas’ terhadap serangan di wilayahnya.

Abu Dhabi

Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu, pihaknya memintas peluru berpandu Iran dan berhak bertindak balas terhadap serangan tersebut.

Penduduk Abu Dhabi melaporkan bunyi letupan kuat di ibu negara UAE itu yang menempatkan pangkalan tentera AS.

Beberapa penduduk juga menerima amaran telefon mengarahkan mereka berlindung di bangunan selamat terdekat dan menjauhi tingkap berikutan ancaman peluru berpandu.

Qatar

Beberapa pusingan letupan kedengaran di ibu negara Qatar, Doha, yang mengundang kecaman kerajaan Qatar.

Doha menempatkan salah satu pangkalan tentera Amerika terbesar di Asia Barat. Pangkalan di Qatar juga pernah menjadi sasaran serangan Iran pada Jun tahun lalu.

Riyadh beberapa letupan kuat dilaporkan di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, sejurus selepas Qatar dan pangkalan AS di Bahrain diserang, demikian menurut AFP.

Kuwait

Tentera Kuwait memaklumkan bahawa mereka telah memusnahkan peluru berpandu di ruang udara Kuwait.

Jordan

Jordan menyatakan bahawa pihaknya telah menembak jatuh dua peluru berpandu balistik Iran.

Iraq

Beberapa roket dipintas di ruang udara Konsulat AS di Erbil, Iraq, demikian menurut laporan Reuters yang memetik agensi keselamatan.

Dengan keberkatan bulan Ramadan ini semoga Allah beri kemenangan kepada Iran dan mengalahkan Amerika Syarikat bersama sekutunya Israel dengan cara yang paling memalukan, Aamin.

– Dhomir.com

Translate »