15 Februari lepas berlangsung satu “tunjuk perasaan” yang bertujuan mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM meletakkan jawatan atas alasan mempunyai jumlah saham yang cukup besar dan bekas Menteri Ekonomi yang meletakkan jawatan, Rafizi Ramli semakin galak menyatakan “dari manakah Azam Baki peroleh wang untuk membeli saham tersebut?”

Tan Sri Azam Baki sudah pun menjelaskan bahawa sejak Julai tahun lalu, wang dalam akaun terbabit sudah kosong. Tetapi, pembenci beliau terus membuat pelbagai dakwaan, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dijelaskan oleh empunya badan.

Kita tahu siapa Rafizi Ramli. Beliau cukup dikenali sebagai “penghasut” dan mengakui kerjanya adalah menghasut pernah tersangkut dalam dakwaan fitnah, yang kemudiannya dibebaskan atas keputusan mahkamah. Beliau kini menjadi antagonis dalam kepimpinan PKR setelah kalah dalam perebutan jawatan setahun lalu. Sebagai bekas Timbalan Presiden PKR, dan anggota Parlimen, beliau sepatutnya boleh bertindak dengan kaedah yang betul, bukan turun ke jalan raya membuat kerja yang hampir sama pada awal pembabitannya dalam politik.

Rafizi sampai ke akhir usia akan dipanggil Raja Formula dan semasa bergelar Menteri Ekonomi, hukum keanjalan harga ayam cukup melucukan. Ertinya, ketika tidak berada dalam kerajaan, beliau dianggap hebat mengkritik. Tetapi setelah berada dalam kerajaan, Rafizi dilihat cukup gagal dalam membentuk dan melaksanakan formula yang dianggap cukup mudah, termasuklah perihal menurunkan harga minyak dengan mengambil keuntungan yang diraih oleh Petronas. Ia sesuatu yang cukup menarik di dengar tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Sebagai Menteri Ekonomi beliau hanya boleh berbangga dengan mesin jual nasi lemak, tetapi sejauh manakah mekanisme itu berjaya tidak ada berita yang menyusul. Jadi, apa yang Rafizi cakap tidaklah sesuatu yang boleh kita terima secara baik dan cukup praktik, pun, sukar dipercayai kebenaran.

Kali ini nampak sungguh kebodohannya. Apa yang dilaporkan oleh Bloomberg ialah pemilikan saham yang kini berjumlah jutaan ringgit, tetapi tidak menyatakan Azam Baki menerima rasuah atau diberikan saham percuma oleh syarikat terbabit. Azam dilaporkan memiliki saham, yang dibeli secara sah. Tidak juga dinyatakan bahawa saham itu dibeli dengan menggunakan wang rasuah. Jadi, ia tidak perlu didesak untuk ditubuhkan sebuah jawatankuasa penyiasat, kerana ia tertakluk kepada peraturan-peraturan penjawat awam, di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Isu sebenarnya ialah sama ada Azam Baki mengisytiharkan atau tidak pemilikan saham itu kepada JPA. Jika diisytiharkan, ia tidak menjadi masalah kerana penjawat awam dibenarkan untuk memiliki saham atau membeli aset. Jika tidak mengisytiharkan pemilikan saham atau aset tidak alih, itulah yang menjadi kesalahan di bawah peraturan penjawat awam.

Oleh itu, tentunya bila kepemilikan itu diisytiharkan, maka ia menjadi tanggungjawab JPA untuk bertanya bagaimana kepemilikan itu dibuat, sebelum diluluskan. Itu sahaja, tidaklah sebangang mendesak agar ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh lain-lain agensi selain JPA sendiri.

Berilah peluang JPA menyelesaikan masalah itu, kerana Azam Baki tetapi tertakluk kepada peraturan penjawat awam. Jika bersalah, terpulanglah kepada lembaga disiplin penjawat awam untuk tentukan keputusannya, bukan dalam bentuk “mahkamah jalanan”.

Satu lagi dakwaan ialah penjawat awam tidak dibenarkan bermain saham. Ia memang benar, konsep bermain saham ialah sentiasa meneliti aliran jual beli saham sehingga melupakan tanggungjawab hakiki. Dalam kes ini, Azam Baki telah membeli beberapa unit saham pada suatu ketika, dan saham itu berkembang. Tidak ada bukti bahawa Azam Baki “bermain saham”; apa yang ada ialah Azam Baki membeli saham pada suatu ketika. Saham itu dibeli oleh saudaranya, dengan menggunakan nama Azam Baki. Jadi, Azam Baki sudah jelaskan kedudukan itu sebelum ini, maka terpulanglah kepada JPA untuk tentukan sama ada saudaranya itu adalah proksi atau sebaliknya. Ertinya, Azam Baki boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak mengisytiharkan transaksi itu. Itu adalah kesalahan dalam peraturan penjawat awam.

Azam Baki sudah pun memberikan jawapan, tetapi masih ramai lagi yang bermusuh dengannya. Rafizi juga pernah menggertak Azam Baki tetapi bila dilantik sebagai Menteri Ekonomi, beliau tidak “cari Azam Baki”?. Rafizi harus menjawab; Rafizi wajib memetakan makna terhadap kenyataannya. Kenapa berubah? Kini kembali mempertikaikan Azam Baki.

Berilah ruang kepada pihak yang akan menyiasat tentang dakwaan itu, yang kembali dibuat oleh Bloomberg. Kita tahu apa natijah dan motif sebuah akhbar asing itu? Konglomerat media yang beribu pejabat di Manhattan, Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Michael Bloomberg. Beliau adalah cucu kepada pendatang Yahudi dari Poland, Alexander “Ellick” Bloomberg, seorang Rabi. Michael Bloomberg adalah seorang peniaga dan ahli politik Amerika Syarikat, serta menganggotai sebuah sinagog di Manhattan, Temple. Pernah menjawat sebagai Datuk Bandar New York selama tiga penggal.

Bloomberg LP ikut terbabit dalam bidang pemasaran, analisis perniagaan dan mempunyai pejabat di beberapa buah negara di luar Amerika Syarikat, termasuk Eropah. Analisis pasaran dan data ekonomi kendalian Bloomberg LP menjadi rujukan dalam kalangan peniaga, usahawan dan pembuat keputusan para pemimpin dunia. Jadi, jika sifatnya cuba memburuk-burukkan sesebuah negara, terutama negara membangun, ia adalah sesuatu yang lumrah. Ini kerana mereka berusaha untuk menjadi “penasihat” dan juga “pengawal” secara tidak langsung dalam bentuk khidmat rundingan pengurusan, pemasaran dan arah haluan ekonomi selari dengan kepentingan zionis.

Kisah perunding ekonomi yang menjerat negara-negara membangun pernah didedahkan oleh John Perkins dalam bukunya, Confession of an Economic Hit Man (2004), dan bukunya yang lain tentang kaedah pakar runding itu mengikat para pemimpin negara yang menerima nasihatnya, Hoodwinked: An Economic Hit Man Reveals Why the World Financial Markets Imploded (2009).

Sebahagian besar kakitangan pengurusan Bloomberg adalah pendokong zionis. Kadangkala mereka hadir sebagai “dermawan” dalam rangka untuk menguasai segelintir pemimpin sesebuah negara, dan menaja program yang dilaksanakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Michael R Bloomberg turut dikenali sebagai philanthropis.

Mereka mahukan negara sedang membangun kekal sebagai negara sedang membangun kerana ia akan mengekalkan supremasi Barat. Banyak halangan dan cubaan yang mereka lakukan. Dan, keadaannya makin keras apabila China sudah berjaya menyaingi Eropah dan dalam jangka masa kurang tiga puluh lagi akan bersedia mengambil kedudukan Amerika Syarikat. Atas sebab itulah Donald J Trump melancarkan perang perdagangan, yang kini diperluaskan dengan kadar tarif timbal balas ke atas hampir semua negara. Ia bertujuan untuk menyekat China yang cukup agresif meningkatkan pelaburan di seluruh dunia.

Tekanan yang dibuat sekarang ialah menguasai sumber tenaga bagi menyekat industri dan pengeluaran produk dari China. Trump merampas telaga minyak di Venezuela, yang banyak menjual minyak kepada China. Dalam pertimbangan seterusnya ialah menyerang Iran, kerana Iran menjual minyak kepada China. Eropah turut dikenakan halangan kerana negara-negara menjalin kerjasama dengan China, bahkan firma-firma China sudah menguasai beberapa industri yang asalnya milik Eropah, misalnya telekomunikasi, automotif dan teknologi. Isu yang paling ditakutkan oleh kapitalis Yahudi ialah kedudukan dolar, yang semakin hilang keupayaannya. Dolar semakin ditinggalkan sebagai matawang tunggal perdagangan, dan juga dalam urusniaga minyak, petrodolar.

Negara-negara yang membeli bon Amerika Syarikat semakin giat untuk melepaskan pegangannya. Kalau sebelumnya, dolar boleh dicetak sesuka hati, kini, dolar terpaksa melihat semula kedudukannya, keraja semakin tidak diterima sebagai mata wang “greenback”. Bahkan ada yang meramalkan, suatu hari nilai dolar akan menyamai nilai tisu tandas. Banyak negara sudah mula menggunakan matawang masing-masing dalam urusan pembayaran perdagangan. Sebab itulah banyak pemimpin yang cuba lupakan dolar dibunuh atau dijatuhkan.

Antaranya, Saddam Hussein yang bertekad untuk menjual minyak dalam kiraan matawang Euro. Muammar Gadafi mahu gunakan matawang yang lain daripada dolar. Kini, oleh kerana Cuba dibawah komunis, Trump cuba mengemaskan pintu belakang dan pintu sisi. Venezuela mula dikawal dan akan dikawal pula Cuba, kerana Cuba sudah lama tidak tunduk kepada Washington.

Dengan mengetahui latar belakang itu, sekurang-kurangnya kita dapat tahu apa tujuan tersembunyi media Amerika Syarikat yang dikuasai oleh kapitalis Yahudi. Mereka akan terus mencari mendedahkan apa sahaja yang boleh menjatuhkan sesebuah negara, dengan menyerang para pemimpinnya. Mereka akan terus membuat spekulasi dan dakwaan, walaupun dakwaan itu tidak mempunyai asas yang kukuh, hanya bersandarkan pada laporan-laporan tertentu yang kurang lengkap. Mereka menggunakan pelbagai kaedah, Pandora Papers, Eipstein File, Laporan Diplomatik dan sebagainya. Tujuannya ialah menimbulkan kacau bilau dan menjejaskan kestabilan politik.

Malangnya lagi, rakyat Malaysia ikut terseret dalam permainan politik mereka, kerana percayakan laporan sedemikian. Rakyat Malaysia mula melatah, bahkan ada yang termakan ledakan maklumat kapitalis. Apa yang menyedihkan, mereka yang didakwa terbabit itu dilihat “sudah bersalah” walaupun proses penyiasatan baru bermula. Mereka lupa prinsip, seseorang itu tidak bersalah selagi ia tidak dibuktikan bersalah. Mereka lakukan itu kerana ada niat tertentu, kerana yang didakwa itu dilihat sebagai musuh. Itulah yang berlaku, walhal jika kelompok mereka yang didakwa, akan dipertahankan seolah-olah orang kena tuduh dijadikan kambing hitam, atau satu bentuk konspirasi dan pembunuhan karakter.

Bahkan ramai juga peguam yang sanggup melakukan hal sedemikian. Lihatlah bagaimana peguam cuba berhujah tentang isu kuil haram. Mereka yang mendirikan rumah ibadat di tanah bukan milik mereka tidak boleh dianggap sebagai penceroboh, pemilik tanah tidak boleh mengambil tindakan sendiri, perlu lantik peguam. Kesemuanya itu menjadikan “yang haram” seolah-olah ingin “diputihkan” dengan cara memberikan solusi, ada tapak gantian mahupun diberikan pampasan. Sekali imbas, undang-undang yang bertujuan menjaga keadilan sudah berubah untuk menormalisasikan “kesalahan”.

Jadi, maknanya jika seseorang itu mencuri, ia tidak boleh dipanggil pencuri kenapa? Pencuri sudah menghampiri status pemilik, kerana ada pertimbangan yang patut dibuat. Mereka yang menceroboh tanah milik orang lain, perlu diberikan pertimbangan, dan tidak lagi boleh dipanggil penceroboh, walhal memasuki tanah tersebut secara haram. Kita belajar bagaimana kisah peneroka dan penanam durian di Pahang, walaupun dan menceroboh, tetap ada yang mahukan mereka diberikan peluang, kerana sudah berbelanja ribuan ringgit untuk menanamnya.

Kalaulah begini akhirnya, bolehkah keadilan itu benar-benar menepati maksudnya: meletakkan hak kepada pemiliknya, bukan meletakkan hak kepada yang bukan pemiliknya yang sebenar. Jika makna keadilan itu hendak diselewengkan, maka semakin jauhlah “jalan kebenaran” dan sukar untuk sampai ke situ.

Dalam kes Azam Baki, ada yang kata kenapa beliau ditentang? Jawabnya mudah, ia ibarat kucing mengejar tikus. Tikus memang banyak, tetapi kucing yang mahir memburu tikus tidak banyak. Azam Baki adalah salah seorang, yang cekap menjejaki laluan tikus dan money trail yang dilalui oleh tikus. Maka, tentunya perlu “bunuh kucing” itu. Sebabnya tikus-tikus semakin panas dan sukar untuk mencari lahan untuk mengumpul harta dan kekayaan. Jika kucing tidak “dibunuh” maka makin banyaklah tikus akan masuk perangkap atau berjaya ditangkap. Suatu analogi yang cukup baik; jadi untuk “membunuh kucing”, maka wajiblah melumpuhkan kuasa dan kecekapan memburu. Itu yang sedang dilakukan oleh tikus tanah, tikus mondok, sama-sama “mengejar kucing” agar seluruh urat nadinya kejang dan pembuluh darah tersumbat.

KAMARUN KH

Translate »