Mudah saja formulanya jika tidak mahu PN tumbang dan diambil kesempatan pecah-belahkan kesepakatan yang semakin retak. retaknya hanya menunggu belah dan Bersatu pula kian hampir bersepai.
1. PN perkukuhkan kedudukan dalaman; hindarkan budaya politik
saling berebut untuk mendominasi.
2. Musnahkan rasa kuat sendiri akibat mempunyai kedudukan kerusi yang besar dan merendahkan parti lain yang memiliki kerusi lebih kecil.
3. Bergerak dalam satu pasukan, bukan politik cari makan dan saling menikam belakang serta suka bermain di banyak kolam.
4. PAS sendiri bukan sahaja bercakap perihal wala’ dan istiqomah tetapi dalam budaya kepimpinan berakar modal emosi (emotional capital), personality-cult (sokongan buta kepada seseorang) dan boleh terima pandangan secara konstruktif, bukan mengecam atau menuduh (MP Bachok, Syahir Sulaiman komen bekas Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Ahmad Dusuki Abdul Rani).
5. PAS bukan parti maksum dan pemimpin tertingginya adalah manusia biasa yang sangat paradoks, dan tidak lagi relevan dengan realiti politik semasa.
6. Sebagai sebuah organisasi siasah, PAS tidak wajar mengehadkan kepimpinan tertingginya dalam kalangan ahli fiqh, sebaliknya lebih terbuka kepada kelompok profesional yang kompeten dalam bidang kepakarannya.
Mentadbir organisasi, masyarakat dan negara bukan sekadar pengetahuan agama semata-mata, mengeluarkan fatwa “masuk syurga dan neraka”. Syurga dan neraka tidak pernah diwatikahkan sebagai hak mutlak sesebuah parti politik, ia adalah hak mutlak Allah SWT.
7. Amalkanlah politik berhemah, matang dan bukan politik mengecam, menyebar kebencian dan pecah belah dengan istilah-istilah yang dipinjamkan daripada falsafah politik barat. Misalnya, melabelkan parti lain sebagai “musuh Islam” walhal “musuh sebenar Islam ialah agamawan yang menggunakan agama untuk kepentingan politik atau dipanggil Islamisme. Islam yang pragmatis dan relevan dengan kehendak zaman ialah Islam yang kekal berprinsipkan iman, insan dan ihsan.
Kalau iman menjadi dasar perjuangan politik, ia tidak bersentuhan dengan kecaman, menakut-nakutkan “Islam terancam”. Ia akan fokuskan peluasan makna iman dalam setia ucapan, perilaku dan praktik berpolitik. Itu adalah jalan politik dakwah yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW. Mursyidul Am PAS sendiri telah mengkritik keputusan tergesa-gesa Presiden PAS memecat tiga ADUN Perlis yang menyebabkan parti itu hilang kuasa.
Apa komen Presiden PAS dengan pandangan dari Mursyidul Am PAS sendiri? Apakah kerana komen tersebut Hashim Jasin akan digugurkan sebagai Mursyidul Am PAS?
Dalam satu kenyataan lain, Setiausaha Agung PAS menjelaskan apa yang berlaku “kera rebut pisang” (pinjam ungkapan Presiden PAS dalam Dewan Rakyat awal minggu ini) dalam PN itu tepat seperti “ribut dalam cawan?”. Jika dilihat secara mendalam, ia bukan merupakan “ribut dalam cawan”, ia menghampiri tsunami.
Tsunami berlaku kerana bergeraknya lapisan kerak bumi (tektonik) sehingga menghasilkan ombak besar. Dua kepingan tektonik itu berlanggar sesama sendiri, akibat pelantar benua terpecah. Ia berlaku di arus bawah (tidal wave) yang mengakibatkan gelonggong di dasar lautan kesan daripada perubahan seismik, yang kemudiannya diisi oleh air.
PAS jauh daripada pengalaman tersebut tetapi hanya menggunakan hadis dan al-Quran sebagai alat untuk membenarkan tindakan, dalam bentuk falasi dan propaganda. Contohnya, sembahyang dua imam dalam satu masjid atau surau dalam masa yang sama, kerana berimankan bukan ahli PAS tidak sah.
Fenomena sejarah banyak mengajar setiap daripada umat Islam, pecah belah berlaku kerana taat yang buta (blind support) kepada seseorang sehingga tidak nampak dan boleh berfikir dengan jelas kesilapan seseorang yang berkuasa (termasuk kuasa memimpin organisasi). Faktor luaran hanya sekadar percepatkan proses keruntuhan, kerana dari dalam PN itu sendiri sudah lama “busuk’ dan “diserang anai-anai”.
Oh ya, dah hampir sebulan Pengerusi PN isytiharkan peletakan jawatan, tetapi belum ada calon pengganti. Ada faktor yang sukar diterima, PAS mahukan pemimpinnya, tetapi Presiden PAS kata, dirinya tidak mahu atas faktor kesihatan, tetapi pernah kata, akan pimpin parti sampai mati. PAS pernah kaya, ada calon berlori-lori untuk disenaraikan sebagai calon PM, tetapi, nak cari calon Pengerusi PN masih tak mampu (buntu).
Sebabnya, kata pemimpin PAS, perlu ahli fiqh, bukan profesional. Kata bekas pengerusi PN, mesti dalam kalangan ketua parti yang bergabung. Kalau Presiden PAS tolak, tentunya Presiden Gerakan yang memimpin. Bolehkah PAS terima bukan Islam sebagai ketua PN. Jika diterima, tentunya senjata dan peluru “Melayu Islam terancam” akan tertembak sendiri. Tak perlu PH atau BN kempen, rakyat awam boleh membuat kesimpulan mudah. Nasib baik Presiden Gerakan tolak, kalau tidak “mana nak sorok muka pemimpin PAS”. Apakah pemimpin PAS akan terus beristiqomah?
Kalau Presiden PAS yang menjalin PN, jawabnya, parti-parti kecil hang sedang mengingati untuk bergabung, akan bertempiaran lari. Sedikit masa kita dengan MIC berhasrat sertai PN, tetapi kini, setelah berlaku krisis dalam PN, MIC sedang merintis jalan untuk kekal dalam BN. Cuba perhatikan kenyataan pemimpin MIC, sekali keras untuk keluar BN, dalam masa yang lain, kurang mengkritik BN sejak krisis politik Perlis dan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN.
Setakat ini, Muhyiddin masih Pengerusi PN dan khabarnya, jawatan itu bakal dihapuskan. Ia akan digantikan dengan suatu bentuk pengurusan tanpa ketua. Bayangkan apa akan berlaku. Apakah PN akan jadi seperti “anak ayam kehilangan ibu” atau “dominasi singa jantan” yang hilang wilayah “kekuasaan”; akan ada pelanggaran sempadan sebagaimana berlaku bila dunia memasuki globalisasi.
KAMARUN KH
Recent Comments