Berita penahanan lebih 450 orang sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) di perairan antarabangsa Laut Mediteranean dalam perjalanan panjang daripada Barcolena, Sepanyol ke Gaza untuk misi kemanusiaan menyebabkan Israel semakin terkucil dan dibenci.

Penahanan yang berlaku sejak awal pagi 2 Oktober 2025 itu bukan sahaja mengecewakan penduduk Gaza yang telah dikepung dan dinafikan haknya untuk meneruskan kehidupan di leluhurnya sendiri, bahkan disambut dengan reaksi tunjuk perasaan meluas di beberapa buah negara Eropah, Afrika, Australia dan Amerika Syarikat sendiri.

Pasa hari yang sama, berlaku perhimpunan di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, yang menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia cukup lantang menyatakan kebencian terhadap Zionis dan mahukan Amerika Syarikat segera melakukan langkah pembetulan terhadap dasar pentadbirannya yang condong kepada Israel.

Jika perubahan dasar itu tidak berlaku, Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai adikuasa akan terus dilihat telah dikuasai oleh Israel. Ini dapat disaksikan bagaimana Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump telah mengurangkan satu langkah penyelesaian konflik Israel-Palestin yang sebelumnya diumumkan mengandungi 21 perkara. Ia dikurangkan setelah Benjamin Netanyahu bertemu Trump di New York beberapa jam sebelum rancangan penyelesaian itu diumumkan pada 1 Oktober 2025, dan beberapa hari selepas menemui pemimpin negara Arab (23 September 2025).

Namun, disebabkan oleh sudut pandangan masyarakat Barat bahawa agama itu adalah bersifat peribadi, mereka lebih cenderung mempertahankan ideologi. Ideologi kadangkala dianggap satu penjelmaan yang melampaui keinginan beragama. Ideologi telah membentuk pemikiran berdasarkan faham kebebasan sedangkan agama dianggap menyemai perilaku kaku dan tidak rasional, lebih tertumpu kepada sikap tunduk dan menjadi pengikut buta.

Itulah sebabnya mereka menolak agama dan jarang mengunjungi pusat-pusat ibadat. Dalam tempoh kehidupan, mereka hanya tiga kali sahaja ke gereja: ketika berusia bayi untuk menjalani proses pembaptisan, ketika berkahwin dan ketika meninggal dunia. Agama menjadi sebahagian daripada produk dan percikan amalan budaya. kajian John D Caputo misalnya menemukan istilah “agama tanpa agama” dan “agama cinta”. (John D Caputo, On Religion, 2001).

Karen Armstrong mengambil pendekatan tersebut “agama cinta” dan akhirnya dijadikan sebagai satu bentuk aliran pemikiran yang dinamakan “compassionate”. (Karen Armstrong, Twelve Steps to a Compassionate Life, 2010). Lesley Hazleton pula membentuk kerangka hidup tanpa hubungan akrab dengan Tuhan dan kekal sebagai anjuran hidup sebagai agnostik. (Lesley Hazleton, Agnostic: A Spirited Manifesto, 2017).

Israel dibenci bukan kerana namanya bangsa Israel yang telah lama diperkatakan dengan jelas di dalam al-Qur’an sebagai bangsa yang akan sentiasa mencari jalan untuk mengkhianati ajaran agama Islam. Israel dibenci pada masa ini ialah kerana kejahatan yang dilakukan oleh keturunan Yahudi yang hidup bersandarkan ideologi Zionis, bukan pengamal agama Yahudi yang taat.

Pendokong Zionis bukan sahaja terdiri dalam kalangan penganut Yahudi. Ia turut disokong oleh penganut Kristian yang agnostik dan segelintir masyarakat yang melihat agama sebagai “bencana kemanusiaan”. Donald Trump secara peribadinga mengakui sebagai penganut Kristian tetapi tindakan dan orientasi pemikirannya cukup kental dengan Zionisme.

Sebab itulah Israel bukan dianggap sebagai sebuah “Negara Yahudi” sebagaimana matlamat awal yang diperjuangkan bagi menyelesaikan masalah orang Yahudi yang hidup tanpa negara. Dalam kalangan penganut Yahudi sendiri mengadakan bahawa Israel adalah negara Zionis, sebuah negara yang dibentik berdasarkan nasionalisme etnik melampau.

Sebab itulah sebahagian besar penganut Yahudi yang taat tidak mengakui bahawa Israel adalah sebuah negara Yahudi, sama ada dalam konteks sejarah mahupun politik. Dalam kalangan cendekiawan Yahudi, seperti Avi Shalom, Ilan Pappe, Jeffrey Sachs, Noam Chomsky, Norman Felkenstein dan sebagainya telah mengkritik Israel sehingga sanggup menamakannya sebagai “negara pengganas”, serta menyokong Palestin diberikan taraf sebagai sebuah negara yang merdeka. Israel sejak ditubuhkan secara haram, dengan muslihat dan tipu daya dianggap sebagai “peneroka-penjajah” atau settler-colonialism.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa AS, yang dipanggil Kristian telah berjaya mereka ubah sehingga bentuk kesucian agama itu tercemar, yang terpesong daripada kitab asal mereka, al-Kitab (Injil). Ajaran-ajatan yang terkandung di dalam versi asal telah dipunda menjadi Bible, yang dibahagikan kepada dua versi, iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baharu.

Ia berlaku selepas ultra Yahudi merasakan ajaran Nabi Isa AS mengancam pemeluk Yahudi berpindah agama. Mereka kemudian berusaha untuk membunuh Nabi Isa AS dengan tindakan penyaliban. Alasan mereka adalah untuk menyelamatkan manusia daripada “dosa warisan”, yang dicipta oleh para rahibnya.

Selagi Nabi Isa AS Masih hidupa, mereka tidak boleh mengubah ajaran yang dibawa. Setelah penyaliban itu berlaku, pemeluk ajaran Nabi Isa AS dipanggil umat Kristian, manakala Nabi Isa AS dipanggil Jesus Christ. Pamggilan itu kekal hingga sekarang.

Setelah itu, ajaran Kristian dimasukkan konsep trinity – Tuhan Anak, Tuhan Bapa dan Rahul Kudus.

MONOSIN SOBRI

Translate »