Jika kita jejak sanad pengajian Kitab al-Hikam mulai pengarangnya, iaitu Syeikh Ibnu `Atha’ullah as-Sakandari hingga turun sampai kepada Tok Selehor, Tok Selehor merupakan yang ke-17.
Berkaitan dengan belajar bersanad, jejaknya dapat ditelusuri naratif pembelajaran Tok Selehor terhadap kitab al-Hikam sebagaimana dilakukan oleh Wan Mohd Shaghir saperti berikut:
Untuk lebih jelasnya dapat diperhatikan sanad sebagai berikut:
1.Tok Selehor, Kelantan, belajar kepada (2)
2. Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, belajar kepada (3)
3. Saiyid Abi Bakri Syatha, belajar kepada (4)
4. Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, belajar kepada(5)
5. Syeikh Utsman bin Hasan ad-Dimyathi, belajar kepada (6)
6. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi, beliau telah menulis syarah kitab yang dibicarakan ini. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi belajar kepada (7)
7. Syeikh asy-Syamsu Muhammad bin Salim al-Hifni, belajar kepada (8)
8. Syeikh `Id an-Namrisi, belajar kepada (9)
9. Syeikh `Abdullah bin Salim al-Bashri, belajar kepada (10)
10. Syeikh Muhammad bin `Ala’ al-Babli, belajar kepada (11)
11. Syeikh Abi an-Naja Salim bin Ahmad as-Sanhuri, belajar kepada (12)
12. Saiyid an-Naju Muhammad bin Ahmad al-Ghaithi, belajar kepada (13)
13. Syeikh al-Islam Zakaria al-Anshari, belajar kepada (14)
14. Saiyid al-‘Izzu Abdur Rahim bin al-Farrat, belajar kepada (15)
15. Syeikh at-Taju `Abdul Wahhab bin `Ali bin `Abdul Kafi, belajar kepada ayahnya (16)
16. Syeikh at-Taqiy `Ali bin `Abdul Kafi as-Subki, belajar kepada (17)
17. Syeikh al-Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin `Abdul Karim bin Ibnu `Atha’illah as-Sakandari atau disingkat namanya dengan Ibnu `Atha’illah as-Sakandari, iaitu pengarang Kitab al-Hikam yang sedang dibicarakan ini.
Ustaz Ismail Awang, dalam majalah Pengasuh menyebut: “Tok Selehor mempunyai kebolehan dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan, tetapi yang sangat diminatinya ialah bidang tasawuf.
Kitab Hikam oleh Ibnu `Atha’illah merupakan kitab paling suka diajarkan kepada orang ramai.
Mungkin kerana kitab ini mendorong manusia membaiki diri dan mendampingi diri kepada Allah serta menjauhi sifat-sifat terkeji seperti sombong, hasad dengki, riak, sum`ah dan sebagainya.
Oleh sebab Tok Selehor adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani, maka bererti sanad Tok Selehor dan murid-murid beliau dalam pengajian Kitab al-Hikam dan kitab-kitab lain karangan Syeikh Ibnu `Atha’ullah as-Sakandari dapat disambung seperti sanad yang telah disebutkan di atas.
Catatan: Ibnu Majid
Recent Comments