1. Rejim Z!on1s tidak pernah menghormati kedaulatan negara Arab

Serangan yang dilakukan ke atas Doha semalam walaupun ditujukan kepada anggota H4mas, tetapi ia berlaku di atas tanah Qatar, dalam kawasan kediaman penduduk awam dan berdekatan dengan kedutaan negara lain.

Serangan terbabit merupakan suatu pencerobohan terhadap kedaulatan Qatar.

Tambahan daripada itu, sepanjang hampir dua tahun ini juga, rejim Z!on1s telah menyerang melalui serangan udara secara bertubi-tubi tanpa henti terhadap Yaman, Syria dan Lubnan.

Kesemua negara yang disebutkan adalah negara yang sah dan tidak boleh diceroboh sesuka hati.

Terbaru pula serangan drone terhadap dua buah kapal di perairan Tunisia yang dijadualkan berlayar untuk memecahkan sekatan zalim ke atas G4z@. Ini juga contoh operasi serangan yang telah menceroboh kedaulatan sesebuah negara Arab.

2. Lampu hijau daripada Amerika Syarikat

Tidak mungkin berlakunya serangan di atas sebuah negara yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat tanpa persetujuan Amerika sendiri.

Qatar merupakan rakan dagang besar bagi Amerika dan mempunyai pangkalan tentera udara Amerika bernama Al-Udaid, yang merupakan antara pangkalan tentera terbesar dalam negara teluk.

Amerika Syarikat turut mempunyai kelengkapan senjata perlindungan udara yang kuat dan sistem pengesan yang berteknologi tinggi untuk menangkis serangan ke atas Qatar tetapi mereka memilih untuk tidak melakukan apa-apa.

3. Z!on1s mahu tunjuk taringnya

Rejim Z!on1s sebenarnya boleh melancarkan serangan darat terhadap pejabat H4m@s  dengan menggunakan senjata bahan letupan di sana atau melalui agen perisikan dan Mosad yang sedia ada.

Tetapi senjata yang digunakan adalah pesawat udara F-35. Ini menunjukkan mereka menguasai langit negara Arab sepenuhnya dan mereka boleh menyerang mana-mana negara Arab dan Islam yang mereka mahu.

Mana-mana negara Arab, termasuk Saudi, Mesir, UAE, Qatar dan lain-lain, sekiranya bertentangan dengan pendirian rejim Z!on1s, boleh menjadi sasaran serangan pihak rejim Z!on1s.

4. Usaha menamatkan rundingan gencatan senjata secara total

Qatar telah berikan sumbangan besar untuk Plst!n kerana menjadi negara utama yang membantu segala urusan rundingan bagi mendapatkan gencatan senjata. Barangkali, ini adalah amaran rejim Z!on1s kepada Qatar untuk tidak lagi terlibat dalam urusan rundingan gencatan senjata.

Selain daripada itu, Netanyahu bukan sahaja tidak mahu meneruskan gencatan senjata tetapi mahu melenyapkan terus nyawa individu dari pihak Plst!n yang terlibat di meja rundingan.

Seperti 31 Julai 2024 lalu, pihak penjajah telah mengebom bangunan yang didiami oleh Ismail Haniyeh di Iran sehingga menyebabkan kesyahidan beliau bersama pengiring beliau.

Serangan yang dilancarkan semalam disasarkan kepada sejumlah besar barisan kepimpinan utama Plst!n yang sedang bermesyuarat untuk meneliti cadangan gencatan senjata daripada Amerika Syarikat sendiri. Antara yang terlibat ialah Khaled Mashal, Khalil al-Hayya, Zaher Jabarin dan Muhammad Ismail Darwish. Namun kesemua daripada mereka terselamat dengan bantuan dan izin Allah.

Justeru, ada juga yang gugur syahid antaranya Humma al-Hayya (anak Khalil al-Hayya), Abu Bilal (pengurus penjabat H4M@s) dan beberapa pengiring. Semoga Allah mengurniakan mereka kesyahidan dan merahmati mereka.

5. Pejuang Plst!n berkorban di mana sahaja mereka berada

Peristiwa serangan ke atas Doha ini membuktikan bahawa para pemimpin Plst!n yang berada di Qatar tidaklah dalam keadaan selamat dan aman seperti yang didakwa. Mereka turut berjuang siang dan malam setiap hari ini dengan cara diplomasi di meja rundingan. Manakala keluarga mereka di G4za ramainya telah syahid dan hidup susah seperti orang lain.

Almarhum Ismail Haniyeh sebelum beliau syahid di Tehran pada tahun lalu, sebenarnya lebih 60 daripada keluarga beliau telah syahid di G4za. Lebih menyedihkan, al-Syahid menerima berita kesyahidan tiga orang anaknya dan cucu-cucunya pada hari pertama Raya Eildulfitri. Mereka semua syahid dibedil oleh pesawat udara pada pagi di Hay al-Syati’, utara G4z@.

Serangan kali ini di Doha, seorang lagi anak pimpinan utama, Khalil al-Hayya yang bernama Humam al-Hayya turut syahid. Inilah pengorbanan yang dibayar oleh para pejuang Plst!n. Nyawa, anak dan keluarga mereka semuanya menjadi sasaran musuh bila-bila masa dan di mana sahaja berada.

6. Sekarang masanya untuk negara Arab bersatu untuk memutuskan hubungan dengan rejim Z!on1s

Penulis yakin akan kelakuan dan pendirian rejim Z!on1s telah menyebabkan seluruh negara Arab dalam keadaan kucar kacir. Entiti ini bukan sahaja tidak menghormati undang-undang dan kedaulatan negara jiran, bahkan secara terbuka bersetuju dengan idea Projek Israel Raya.

Ia adalah projek melampau yang menggabungkan Sinai, Jordan, Saudi, Syria dan Lubnan sebahagian daripada entiti penjajah. Sudah tentu, ia akan menceroboh kedaulatan negara Arab yang disebutkan sama ada suka atau tidak.

Oleh itu, kewujudan mereka di Asia Barat bukan sahaja berbahaya kepada Plst!n, tetapi seluruh negara Arab dari aspek politik, ekonomi, agama dan sosial. Negara Arab harus ambil tindakan konkrit dan efektif segera untuk melemahkan entiti Z!on1s dengan memutuskan segala kerjasama dan hubungan dengan mereka.

7. Tiada keamanan sebenar selagi Plst!n tidak selamat

Akidah seorang muslim pada zaman sekarang tidak sepatutnya hanya memahukan keamanan negaranya sahaja. Prinsip Islam dan ajaran Rasulullah SAW mengajarkan kepada ummah untuk berjuang bersungguh-sungguh demi menyelamatkan saudaranya walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya.

Para pejuang di G4z@, ahli misi flotilla dan negara Qatar adalah contoh perjuangan yang telah mengorbankan banyak perkara demi kemerdekaan Plst!n. Semoga kita juga dipilih oleh Allah menjadi hamba-hambaNya yang berjuang demi agama Islam dan kemerdekaan ummah.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

_____________________________________________________________________________________________________

Perhatian sebentar…

Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.

Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.

Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.

Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.

Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)

Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.

Translate »