Abdul Majid bin Abu Bakar iaitu cicit kepada Tok Selehor pernah bertanding sebagai wakil rakyat (ADUN) untuk calon dalam pilihanraya umum ke-2 pada tahun 1964 (Dun Kampung Laut).

Namun, atas sebab-sebab fitnah kepadanya dan terhadap keluarga Tok Selehor, Majid gagal meraih kemenangan dan pondok Tok Selehor dan lain-lain pondok yang dianggap pro kepada parti yang dituduh tidak Islamik juga runtuh dan sesetengahnya ditutup.

 Ini kerana murid-muridnya yang terpengaruh dengan fitnah keluar beramai-ramai meninggalkan pondok berkaitan, termasuk Pondok Tok Selehor. Isu kafir mengkafir bergema dimerata-rata tempat pada waktu itu.

Kesan daripada fitnah itu, dalam masa beberapa hari sahaja selepas hari penamaan calon pada 21 Mac 1964, kawasan pondok seluas kira-kira lima ekar itu menjadi kosong dan sepi.

Kesan buruk akibat fatwa itu berlakulah perpecahan dan pemulauan orang ramai, khususnya di kalangan umat Islam sendiri.

Di kebanyakan kawasan tidak ada lagi kemesraan dan kasih sayang di antara mereka, tidak ada lagi tolong-menolong dan ziarah-menziarahi, bahkan tegur-menegur dan memberi serta menerima salam pun sudah berkurangan.

Bukan sahaja di peringkat hubungan sosial tetapi juga melibatkan perpecahan dalam kerja-kerja ibadah. Bukan sahaja kenduri-kendara tidak mendapat jemputan bagi mereka yang berbeza sokongan parti politik, tetapi juga pemulauan berjemaah di masjid dan surau.

Ekoran daripada fatwa ini, berlaku beberapa insiden seperti suami dipisahkan daripada isteri, ayah tidak mengakui anak sendiri, dan binatang sembelihan penyokong parti yang dianggap sebagai parti kafir dihukumkan haram dimakan.

Solat juga dianggap tidak sah jika berimamkan penyokong mereka, mayat tidak disempurnakan mengikut cara Islam dan tidak dibenarkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, serta pelbagai lagi tindakan yang memecahbelahkan masyarakat.”

Sikap seumpama ini bukan sahaja telah meruntuhkan perpaduan umat Islam dan menghilangkan keharmonian hidup bermasyarakat, tetapi boleh membahayakan keselamatan negara dan ia bercanggah dengan ajaran dan prinsip Islam yang sebenar.

Catatan: Ibnu Majid

_____________________________________________________________________________________________________

Perhatian sebentar…

Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.

Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.

Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.

Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.

Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)

Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.

Translate »