“Musuh kepada musuhku adalah kawanku”
Sejarah panjang kolonialisme Israel ke atas Palestin cukup kejam tetapi Israel sebenarnya belajar daripada sejarah pembinaan Amerika Syarikat oleh peneroka haram Eropah, dengan cara mengusir, membunuh dan menakluki setiap inci tanah milik penduduk asal.
Dalam konteks itu, muncul istilah settler-colonialism, yang bertujuan untuk memiliki secara kekal tanah air yang dijajah itu. Israel melakukannya dengan pelbagai cara dan strategi untuk menjadikan bumi Palestin sepenuhnya milik Zionis, termasuklah menggunakan kerangka agama untuk mengumpan penganut agama Yahudi yang bertaburan di seluruh dunia.
Kisahnya bermula dengan penuh muslihat dan tekanan. Setelah meletakkan harapan untuk kembali ke “tanah yang dijanjikan” dan mengatasi masalah Yahudi yang tidak bernegara, Zionis secara agresifnya memujuk mana-mana kuasa besar dunia pada masa itu (Perancis dan Britain) agar membantu menzahirkannya. Lobi mereka cukup berkesan dan bagi meraih simpati, Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) yang ditubuhkan pada tahun 1897 dalam konvensyen pertama di Brussels, Switzerland, satu dana sebagai penggerak dimulai.
Golongan Yahudi kaya yang menguasai sektor perniagaan dan perbankan menderma sebahagian wang bagi menubuhkan Jewish Endowment Fund, yang tujuannya untuk membeli tanah-tanah milik rakyat Palestin dan juga kapitalis-kapitalis Eropah, walaupun pemiliknya tidak hadir.
Di period akhir pemerintahan Uthmaniyyah telah digubal satu undang-undang bagi mengehadkan pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat asing. Atas sebab itu, WZO memikirkan satu kaedah yang lebih kejam, iaitu merancang satu bentuk perang global dengan harapan Empayar Uthmaniyah dapat dikalahkan.
Hal itu menjadi kenyataan, setelah WZO berjaya mengheret Britain dan Perancis melakukan serangan ke atas Jerman dan sekutunya, di mana Uthmaniyah menjalin kerjasama dengan Jerman, ia menjadi sejarah besar dalam penentuan tertubuhnya negara haram pada tahun 1948.
Dengan bermulanya Perang Dunia I, impian WZO hampir menjadi kenyataan kerana dua perjanjian yang ditandatangani antara Perancis dan Britain sudah menampakkan harapan cerah untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi, iaitu Skyes-Picot (1916) dan Deklarasi Balfour (1917). Dalam Skyws-Picot Agreement, Perancis dan British bersetuju membahagikan wilayah kekuasaan Uthmaniyyah di mana sebahagian besarnya ditadbir oleh British.
Dalam masa yang sama, kuasa-kuasa Barat mula memainkan peranan untuk menghasut negara-negara Arab agar keluar daripada kekuasaan Uthmaniyyah, dengan janji akan diberikan kemerdekaan jika membantu British dan Perancis. Tawaran itu mendapat perhatian Arab Saudi yang sudah mula menunjukkan ketidakselesaan berada di bawah kuasa Uthmaniyah. Persoalan berpisah dengan empayar Uthmaniyah oleh Arab Saudi sudah pun muncul sebelum British mula campur tangan, atas kepentingan hagemoni keluarga Bani Saud. (Dr Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah Arah Saudi, 2021).
Jerman kemudiannya berjaya dikalahkan oleh gandingan Britain dan Perancis, memaksa negara itu menandatangani Perjanjian Versailes (1919). Dengan kekalahan tersebut, seluruh wilayah Islam dibahagikan antara dua kuasa besar (Britain dan Perancis), maka berlangsunglah Mandat British di Palestin dan Mandat Perancis di Timur Tengah. Ia turut berkaitan dengan tindakan untuk mengawal dan menguasai Terusan Suez (dibangunkan oleh Perancis pada tahun 1859 dan mula dibuka 1869), sebagai laluan utama perdagangan timur dan barat.
British kemudiannya mula membuka jalan kemasukan penganut Yahudi ke Palestin dan akibat kebanjiran yang begitu besar akhirnya memaksa British mengawalnya. Pada peringkat awal (Aliyah), sambutannya kurang menggalakkan selain mendapat tentangan dalam kalangan penganut Yahudi yang taat. Bagi mereka, adalah tidak memadai untuk hidup di satu kawasan baharu yang belum terjamin sedangkan kehidupan lama sudah selesa.
Kebimbangan itu menyebabkan kelompok radikal Yahudi merancang pelbagai tekanan dan melancarkan propaganda “ketakutan” selain menawarkan pelbagai janji bahawa kehidupan atau kembali ke “tanah yang dijanjikan” itu sebagai peluang menebus dosa dan membina semula maruah Yahudi yang terpaksa hidup dalam diaspora, ia adalah kehendak agama yang tidak boleh diabaikan. (Roger Garuda, Mitos Dalam Penubuhan Israel Moden, 2022).
Namun, sikap British itu tidak disenangi, kerana perancangan utama WZO ialah untuk menggunakan jumlah pendatang Yahudi sebagai kriteria bagi menuntut sebuah negara haram berdiri di Palestin. Strategi itu dinamakan strategi demografi, yakni menjadikan jumlah orang Yahudi sebagai majoriti.
Di situlah akhirnya menjadi mitos seterusnya, kerana bilangan orang Yahudi melebihi bilangan Arab-Palestin, ia adalah satu hal yang wajar untuk dinamakan sebagai negara Israel, bukan lagi sebagai negara Yahudi sebagaimana disebut-sebut dalam resolusi konvensyen WZO.
Latar sejarah itu cukup menarik dikupas oleh Nur Masalha dalam Palestin: A Four Thousand Year History (2018), Rashid Khalidi, The Hundred Years’ War on Palestine: A History of Settler Colonialism and Resistance 1917-2017 (2021), dan Thomas Suarez, Palestine Hijacked: How Zionisme Forged An Apartheid State From River to Sea (2023).
Beberapa hari lalu, kita mendengar kenyataan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa aktiviti keganasan mereka tidak akan berhenti selagi cita-cita The Greater Israel tidak berhasil. Ia membenarkan misi WZO yang telah dinafikan oleh aktivis radikal Yahudi sebelumnya sejak dokumen 21 Protokol Yahudi Antarabangsa terdedah kepada umum. (Ahmad Thomson, The Next World Order, 1994).
Kenyataan itu sudah lama diperbincangkan oleh masyarakat umum, kerana ia terkandung dalam sebuah buku yang ditulis oleh Henry Ford (1863-1947, pengasas automobil jenama Ford dari Amerika Syarikat) berdasarkan dokumen yang dikenali sebagai Protokol Yahudi Antarabangsa (International Jew and The Protocols of Elders Zion), yang diterbitkan pada tahun 1920. Penerbitan itu berasaskan beberapa dokumen rasmi yang ditulis dalam bahawa Rusia, dan menjadi asas pembentukan kerangka politik yang dikenali sebagai Zionisme.
Dalam catatan Muhammad Asad (Leopold Weiss, 1900-1992) yang mengembara ke Timur Tengah pada tahun 1920-an, telah menunjukkan bahawa usaha tersebut sudah pun bermula apabila Chaim Weizmann (1874-1952) kerap kali berada di Jerusalem untuk melakukan perancangan bagaimana untuk melaksanakan resolusi WZO.
Weizmann disebut-sebut sebagai pelaksana kepada asas yang dibangunkan oleh Herzyl (Theodore Herzyl, 1860-1902), dan diberikan kepercayaan oleh British setelah beliau berjaya memberikan satu formula bagaimana tentera boleh menggunakan bahan kimia dalam pembangunan senjata, dan kemudiannya berjaya melumpuhkan kemaraan dan penguasaan Jerman. Weizmann merupakan seorang pakar kini Yahudi yang mengajar di University Geneva dalam bidang kimiabiologi (biochemist).
Ketika mereka bertemu, berlaku beberapa siri perbincangan yang membuktikan bahawa Weizmann akan menggunakan apa cara sekalipun demi menjayakan cita-cita Herzyl yang sudah diterima sebagai ketetapan dan perjuangan WZO, biarpun terpaksa menggunakan penipuan sejarah.
Dialog antara mereka tercatat dengan cukup baik dalam kisah perjalanan (meliputi sejarah Arab Saudi antara tahun 1900-1932) Muhammad Asad, Road to Mecca (1952). Ia menampakkan bahawa WZO akan kekal menggunakan strategi demografi dan membawa masuk golongan radikal Yahudi ke Palestin.
Golongan radikal Yahudi ini, kebanyakannya bukanlah penganut Yahudi yang taat, mereka hanya dilahirkan dalam kalangan keluarga penganut Yahudi atau berasimilasi dengan Yahudi menerusi perkahwinan. Mereka inilah yang kemudiannya membentuk kelompok samseng, dan dilatih oleh British dalam penggunaan senjata dan ketenteraan. Namun, dalam masa yang sama, Yahudi mengharamkan anak perempuan mereka berkahwin dengan bukan penganut Yahudi.
Akhirnya, setelah kelompok ini menjadi kuat dan semakin ramai, mereka pula melakukan pelbagai tekanan ke atas British untuk menyegerakan penubuhan negara Yahudi, yakni negara haram Israel. Antara kelompok separa tentera Yahudi yang ganas ialah Haganah, Shen Bet, Lehi dan sebagainya. Kelompok ini kemudiannya diserap sebagai anggota tentera apabila negara haram Israel ditubuhkan. Antara pemimpin radikal Israel yang ganas ialah Ariel Sharon, yang kemudiannya menjadi PM Israel antara tahun 2001-2006. Ariel Sharon adalah perancang dan penyembelih di kem pelarian Palestin Shabra dan Shatila, Selatan Lubnan pada bulan September 1982 ketika beliau menjawat sebagai Menteri Pertahanan (1981-1983).
Mereka mula menyerang markas pertahanan British termasuk mengebom Hotel King David, di Jerusalem yang menjadi ibu berpejabat Mandat British di Palestin. Serangan itu (22 Julai 1946) menyebabkan British akhirnya berusaha untuk menamatkan mandatnya.
Ia merupakan kemenangan bagi kelompok radikal Yahudi untuk mempercepatkan penubuhan negara haram Israel. Akhirnya selepas Perang Dunia II, British menyerahkan tanggungjawab itu kepada Amerika Syarikat.
(Bersambung)
KAMARUN KH
_____________________________________________________________________________________________________
Perhatian sebentar…
Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.
Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.
Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.
Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.
Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)
Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.
Recent Comments