Tidak akan berkurang harta dengan sedekah” (HR Muslim)
Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW) sentiasa komited membantu golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan. Sejak penubuhannya, pertubuhan ini aktif menyalurkan bantuan makanan serta keperluan harian bagi meringankan beban keluarga miskin.
Namun, usaha ini tidak dapat diteruskan tanpa sokongan daripada orang ramai. Setiap sumbangan anda — sama ada besar atau kecil — akan memberi makna yang amat besar buat mereka yang sedang kesempitan. Bahkan, sumbangan anda mampu menjadi sebab rezeki buat keluarga yang memerlukan.
Kami mengajak anda untuk bersama dalam misi kebaikan ini. Sokongan anda bukan sahaja membantu kelangsungan hidup mereka, malah menjadi saham akhirat yang berkekalan.
Selain itu, kami juga berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat di https://omiw.com.my/ . Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.
Bagi memastikan usaha ini terus berjalan iaitu menyediakan bacaan dan program ilmu memerlukan kos yang berterusan. Justeru, kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.
Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW) berdiri secara bebas. Ini demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.
Kini, kami sangat memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan bermanfaat yang kami sediakan.
Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)
Sokongan anda adalah pelaburan untuk meringankan beban yang memerlukan dan manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.
Recent Comments