Setelah meletusnya Perang Iran-Israel, Amerika Syarikat tercengang dengan kemampuan teknologi persenjataan Iran, yang selama ini dianggap tidak mampu bertahan. Dalam diam-diam, Iran telah menunjukkan bukan sahaja peralatannya cukup canggih, bahkan strategi pertahanannya tidak mudah dilumpuhkan oleh Israel dan Amerika Syarikat.

Sebab itulah Amerika Syarikat tidak mengulangi serangannya ke atas Iran, setelah melakukannya kali pertama pada 23 Jun 2025. Iran memberikan reaksi, jika Amerika Syarikat tidak berhenti menyerangnya, Iran bersedia untuk melumpuhkann semua pengkalan tenteranya di Timur Tengah. Amerika mempunyai hampir kesemua pengkalan tenteranya di semua negara Teluk, kecuali Iran.

Iran membangunkan senjatanya dengan kerjasama China dan Rusia. Ini bermakna, sekiranya Iran terus diserang, China dan Rusia akan menghulurkan tangannya, walaupun tidak bersedia menghantar pasukan tenteranya untuk berperang.

Russia sudah menyatakan, akan mempercepatkan hantaran senjata perang sekiranya Iran memerlukan, tanpa dikenakan syarat yang ketat. China dalam diam-diam mempamerkan kecanggihan teknologi pesawat dan ketenteraannya, sehingga Amerika Syarikat menjadi goyah kerana tidak pernah mengetahui bahawa China memiliki pesawat yang mampu menandingi Stealth B2 yang digunakan untuk mengebom tiga buah loji nuklear Iran.

China membangunkan Xian X-20 yang tidak mampu dikesan oleh sistem radar konvensional. Menurut laporan, pesawat itu boleh terbang dengan kelajuan lebih tinggi, iaitu lima kali lebih cepat daripada kelajuan cahaya. Ia boleh terbang lebih 15,000 kilometer tanpa perlu berhenti mengisi minyak. China juga sedang memperbanyakkan senjata yang menggunakan cahaya laser untuk membunuh atau melawan signal radar.

Ada laporan mengatakan pesawat tersebut bakal menggunakan tenaga solar di mana panel solar berkuasa tinggi akan dipasang di atas sayapnya. Ia bukan mustahil kerana teknologi solar dan hidrogen China adalah yang termaju setakat ini.

Kalau Israel bangga memiliki F35, China dikatakan bersedia membantu Iran dengan pesawat yang lebih halimunan daripada itu, J35. Siri pesawat siluman buatan China yang lebih rendah kos sudahpun dimiliki oleh Iran.

Pesawat-pesawat J10 c misalnya dilaporkan lebih canggih daripada F15E dan F15 yang digunakan oleh Israel ketika menyerang tiga loji nuklear Iran. Diberitakan tiga buah jet F35 buatan Amerika Syarikat milik Israel berjaya dipintas dan dijatuhkan oleh peluru berpandu Iran dengan bantuan sistem pertahanan Rusia dan pengesanan satelit China yang digunakan oleh Iran. Sekitar 40 buah pesawat J10C buatan China telah dihantar ke Iran sebagai bantuan jika negara itu diserang sekali lagi.

Iran terbukti cukup mampu untuk mengenakan sasarannya apabila melakukan serangan balas ke atas Israel. Semuanya berlaku kerana kecekapan Iran mengumpul maklumat strategik yang sangat dikawal oleh Israel, selain China ikut menawarkan kemudahan satelit perangnya.

Kini China melancarkan satelit baharu yang lebih canggih dan melupakan penggunaan GPS. GPS digantikan dengan Baidu. Baidu menggunakan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI) yang belum menjadi sesuatu yang praktikal di Amerika Syarikat.

Syarikat-syarikat teknologi Amerika Syarikat masih membahaskan persoalan etika, China sudah jauh ke hadapan dalam aplikasi AI dalam semua perkara termasuk pertanian, perkilangan dan pembuatan.

Contoh yang lain, ketika firma teknologi Amerika Syarikat masih bercakap pelan pembangunan teknologi AI, China sudah melancarkan aplikasi Deepsake. Ia dibangunkan oleh seorang rakyat China dengan belanja yang sangat rendah sedangkan firma teknologi Amerika syarikat memerlukan berbilion dolar.

Dari segi infrastruktur mega, China sedang mengukir pelbagai keajaiban dengan membina rumah sepuluh tingkat dalam tempoh 28 jam, jambatan yang menghubungkan tiga wilayah yang tidak pernah difikirkan berjaya, lebuhraya merentasi padang pasir, lebuhraya melintasi daerah pergunungan dan kawasan curam, lebuhraya di atas permukaan air, stesen penjana elektrik terbesar dan tercanggih, dan terbaharu, China dianggarkan mempunyai nilai emas sebanyak USD 83 bilion.

Nilai emas itu akan memberikan petunjuk kekuatan nilai yuan, yang sedang diharapkan sebagai alternatif kepada dolar. Namun, China bersedia ke arah itu, tetapi BRICS sedang merintis ke atas nyah-dolar, yang sangat ditakuti oleh Donald Trump.

Negara-negara yang bekerjasama dengan BRICS sudah mula melupakan dolar dalam urusan perdagangan mereka. Negara-negara berkenaan membayarnya dalam nilai mata wang masing-masing. Sebab itulah Donald Trump mengugut akan mengenakan kadar tarif 100 peratus ke atas mana-mana negara yang bekerjasama dengan BRICS.

Sayangnya, semua tindakan itu sudah dianggap terlewat, kerana BRICS sedang menguasai 40 peratus ekonomi dunia, dan semakin banyak negara mula hilang keyakinan ke atas dasar Trump yang suka mengugut dan membuli.

Mereka sedar, Trump hanya boleh berbuat setakat itu, kerana Trump juga sedang dibenci oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri. Dasar Trump akan menyebabkan Amerika Syarikat terus dikucilkan, sebaliknya China akan terus mengekalkan sayangnya, walaupun dalam tempoh pentadbiran Trump yang masih berbaki, sekadar menguji bagaimana untuk bertahan.

(Bersambung)

KAMARUN KH

_____________________________________________________________________________________________________

Perhatian sebentar…

Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.

Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.

Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.

Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.

Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)

Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.

Translate »