Setelah lama Amerika Syarikat terlena dengan hagemoninya, kini baharu tersedar bahawa China semakin berpengaruh bukan kerana dasar ketenteraannya, tetapi penguasaan ekonomi dunia.

Setelah Amerika Syarikat bermain dengan perang ideologi, menghabiskan wang besar untuk mengekalkan peranannya sebagai polis dunia, China bangkit dengan pendekatan berbeza.

Setelah ekonomi domestiknya kuat, China menggunakan pengaruh dan diplomasinya untuk menjadi kuasa pengimbang dengan lebih berkesan. Amerika Syarikat yang kini memiliki hutang sebanyak 37 trilion dolar menjadi semakin resah apabila China semakin tidak percayakan dolar. Pada suatu ketika, China memiliki bon perbendaharaan bernilai 1.3 trilion dolar. ( Rujuk: https://www.facebook.com/share/v/1F9Lgjx1YW/)

Akibat Perang Perdagangan, China melepaskan lebih 500 bilion dolar, menyebabkan nilai dolar merosot. Kini, China masih memiliki sekitar 750 bilion dolar bon yang dilanggani daripada Perbendaharaan Amerika Syarikat. Setelah Trump cuba menekan China dengan Perang Perdagangan musim kedua, China sedang berusaha untuk menjual bon tersebut. Dalam bulan Julai lalu, China telah melepaskan pegangannya bernilai 8.2 bilion dolar.

Jika Trump terus menekan China, China akan menjual balik bon terbabit sebanyak minyak dan ini akan menyebabkan Trump harus menambahkan hutang. Begitu juga dengan beberapa buah negara yang membeli bon perbendaharaan Amerika Syarikat sebagai sokongannya terhadap dolar.

Trump berusaha menjual bon baharu bernilai lebih setengah bilion dolar untuk menstabilkan nilai dolar setelah China bercadang menjual bon yang dipegangnya lebih awal daripada tarikh matang.

Inisiatif yang dimulakan ialah dengan menampilkan kerjasama di antara negara yang berhadapan dengan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Rusia yang berhadapan dengan sekatan, selepas berakhirnya Perang Dingin mendapat petunjuk baharu apabila China muncul sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia.

China memerlukan lebih banyak minyak dan gas, maka Rusia yang dikenakan sekatan ekonomi seperti orang mengantuk disorongkan bantal, menawarkan eksportnya ke China. China menyambutnya dengan tangan terbuka kerana bahan itu sangat diperlukan untuk kelangsungan industrinya.

Sejak berlakunya Revolusi Islam Iran, Iran dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Iran kemudian dibenarkan untuk menjual minyak untuk makanan, secara diam-diamnya turut mengeksport minyak ke China.

Kemudian, China ikut bekerjasama untuk membina semula Iran dan memacu pertumbuhan ekonomi Iran bersama Rusia. Akhirnya Iran muncul sebagai sebuah negara yang tidak lagi boleh diperlekehkan, termasuk oleh Amerika Syarikat sendiri. Ia terbukti apabila Iran berjaya memaksa Amerika Syarikat dan Israel memikirkan semula kehadirannya di Timur Tengah sebagai pengacau geopolitik.

China menjadi peneraju utama dalam pertubuhan negara-negara membangun untuk keluar daripada dominasi Amerika Syarikat. Setelah terbentuknya BRICS (2009), China memainkan peranan utama sehingga BRICS dilihat sebagai ancaman terbesar bagi Amerika Syarikat.

Sebelumnya, Amerika Syarikat melihat penubuhan Kesatuan Eropah (EU) sebagai pesaing yang harus dilumpuhkan. Amerika Syarikat memulakan strategi untuk memecahkan EU, sehingga muncullah apa yang dinamakan sebagai BREXIT.

Ia diasaskan kepada andaian bahawa lebih banyak buruh daripada negara-negara Eropah Timur (Poland, Hungary, Slovekia, dan Jerman Timur) akan mengambil tempat pekerja tempatan. Isu yang sama digunakan oleh Trump dalam kempen America First. Realitinya, memang rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor kolar biru yang dikenali 3D- Dirty, Dangerous and Difficult (Kotor, Bahaya dan Sukar).

British dengan rasminya keluar daripada EU pada tahun 2017 (bukan Mac), tahun di mana Donald Trump mula menduduki Rumah Putih (20 Januari 2017) untuk penggal pertama. Kini, Donald Trump sedang memecahkan BRICS dengan menjadikan India sebagai sasarannya. Untuk mempengaruhi Brazil, Trump setakat ini dianggap telah gagal walaupun diancam dengan kadar tarif sebanyak 50 peratus.

Begitu juga Afrika Selatan, Rusia dan China. Bahkan China cukup tegas tetapi lebih halus permainan politiknya untuk tidak menemui kehendak Rumah Putih. Walaupun bakal dikenakan tarif timbal balas yang melampau, China tidak gentar untuk berhadapan dengan Trump, bahkan Perdana Perdagangan yang dilaksanakan pada tahun 2017, tidak berjaya menkarikan.

China tidak akan tunduk dan melutut. China terus memperkuatkan kedudukan dan membina strategi yang tidak pernah difikirkan oleh Amerika Syarikat, memperluaskan penguasaan dan eksportnya kerana hampir semua produk yang diperlukan oleh dunia dibuat di China. Brazil juga sudah menunjukkan pendirian yang sama “dunia tidak perlu Kaisar “. Trump dikatakan sedang membina dirinya sebagai “kaisar dunia”.

Dalam analisis strategi China untuk menguasai perdagangan dunia, China mempunyai 10 bidang kekuatan yang sudah jauh menandingi Amerika Syarikat. Bidang-bidang itu ialah (1) sistem pertahanan dan infrastruktur pertahanan; (2) elektronik; (3) farmaseutikal; (4) tekstil; (5) automotif; (6) semikonduktor; (7) tenaga solar; ( pertanian; (9) besi keluli; dan (10) perabut….

(Bersambung)

KAMARUN KH

_____________________________________________________________________________________________________

Perhatian sebentar…

Kami berusaha gigih menyebarkan ilmu dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat secara percuma untuk semua lapisan masyarakat. Usaha ini akan terus diteruskan selaras dengan misi kami memperkasa pengetahuan dan kefahaman ummah.

Namun, menyediakan bacaan dan program ilmu secara percuma memerlukan kos yang berterusan. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan dikembangkan.

Tidak seperti organisasi besar yang dibiayai pihak berkepentingan, PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) berdiri secara bebas, demi memastikan setiap perkongsian ilmu kekal bersih daripada pengaruh politik atau agenda tertentu.

Kini, kami memerlukan sokongan anda. Walaupun kami memahami tidak semua berkemampuan, sumbangan sekecil RM1 pun amat bermakna. Dengan sokongan anda, lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program dan bahan bacaan percuma yang kami sediakan.

Salurkan sumbangan anda ke:
PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA 
No. Akaun: 8602859886 (CIMB BANK)

Sokongan anda adalah pelaburan untuk manfaat ilmu yang berkekalan. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.

Translate »