Suatu ketika, seorang wartawan dan penulis membongkarkan bahawa, Yahudi yang menjadi rakyat Israel tidak ada kaitannya dengan 12 suku asal Bani Israel. Mereka adalah Yahudi yang berasal daripada etnik Khazar, kumpulan Barbar daripada Turki. Pendedahan itu akhirnya menyebabkan Arthur Koestler dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta yang dirancang oleh samseng Yahudi (agen Mossad).

Koestler dan isterinya terbunuh dalam kemalangan pada 1 Mac 1983 di London. Ia dikaitkan dengan perancangan Mossad sebagaimana beberapa kemalangan terancang yang berlaku ke atas saintis nuklear dan ketua angkatan bersenjata Iran.

Penduduk Yahudi Israel sekarang, yang menjadi majoriti ialah dalam kalangan tidak taat beragama (agnostik), liberal dan sekular. Theodore Herzyl sendiri adalah keturunan Yahudi yang agnostik dan ada juga mengatakan ateis.

Itulah sebabnya ideologi politik mereka, Zionis adalah ideologi politik sekular, matlamat menghalalkan cara. Contoh, merampas tanah-tanah milik orang lain, dan menyeksa tuan tanah asal. Kaedah itu tidak ada dalam Judaisme.

Seorang penginjil Amerika Syarikat, Gary M Burge cukup berani menyatakan perihal pembohongan Zionis. Bahkan, beliau menolak dakwaan (mitos) “Tanah Yang Dijanjikan ” itu sebagai satu bentuk tuntutan yang wajar dan benar.

Zionis menggunakan mitos itu tanpa patuh kepada ajaran yang ada dalam kitab suci Yahudi. Tanah Yang Dijanjikan tidak bermaksud “mencuri, merampas, berlaku zalim ke atas pemiliknya yang asal”, juga bukan dengan cara biadab dan kekerasan.

Judaisme menolak kekerasan, maka, tidak ada sebab yang tepat di sisi agama untuk mendakwa bumi Palestin adalah “Tanah Yang Dijanjikan” kerana dalam “perjanjian” itu turut meletakkan syarat hidup dengan aman dan berkongsi dengan setiap orang, termasuk bukan Yahudi. Orang Kristian juga turut menjadi mangsa genosid Zionis.

Dalam menyatakan mitos itu, Gary M Burge mempersoalkan, jika maksud “Tanah Yang Dijanjikan” diterima dan dituntut, Israel juga wajib melakukan tuntutan agama Yahudi, bukan menyiksa setiap orang bukan Yahudi.

Apa yang berlaku, “tidak ada kebahagiaan di Israel/Palestin”. Orang Israel sendiri pun tidak bahagia kerana sentiasa ada resistance daripada masyarakat Palestin, dan orang Kristian juga tidak bahagia kerana menjadi sasaran ganas Israel. Kesemuanya hidup dalam suasana cemas dan penuh tanda tanya, bilakah semuanya itu akan berakhir. (Gary M Burge, Whose Land, Whose Promise?, Ohio: Pilgrim Press, 2003)..(tbc)

Bersambung

MONOSIN SOBRI

Translate »