Hampir tiga perempat (72 peratus) sampel tinjauan pendapat mengharapkan Donald Trump disingkirkan daripada kerusi kepresidenannya. Soalnya, bagaimana langkah untuk menyingkirkan Trump sebelum akhir penggal kedua pentadbirannya (2027).

Rumusan itu ternyata amat bertentangan dengan apa yang diraih oleh Donald Trump ketika memenangi Pilihan Raya Presiden pada bulan November tahun lalu, yakni meraih undi popular sebanyak 49.8 peratus. Trump menang 312 undi elektrol manakala Kamala Haris sekadar 226.

Jika dilihat daripada perspektif “kebencian” terhadap Trump, ia menunjukkan Presiden Amerika Syarikat ke-47 itu cukup “resah” setelah percubaannya untuk digelar “Maharaja Trump” gagal.

Trump gagal kerana percubaannya telah disertai dengan demonstrasi dan bantahan yang semakin membesar manakala aktivis politik dan pertubuhan bukan kerajaan mula mengkritik apa yang dilakukannya sepanjang enam bulan sebagai penguasa Rumah Putih untuk kali kedua.

Trump yang sinonim dengan kemenangan melawan wanita, setiap hari mencipta bayangan kelam dengan masyarakat antarabangsa kerana usaha politiknya yang cukup mengecewakan, terlihat cukup sekterian.

Trump akan lakukan apa sahaja “demi Israel”, walaupun tindakan itu melanggar hukum antarabangsa dan nilai kebebasan yang menjadi tunggak utama prinsip demokrasi yang diperjuangkan sejak sekian lama dalam kerangka Wilsonisme.

Bayangkan, jika seorang pemimpin yang dipersoalkan oleh undang-undang negaranya sendiri dipertahankan oleh Trump. Trump bukan sahaja menggesa agar dakwaan ke atas Benjamin Netanyahu dihentikan atau tidak dibuat.

Ertinya, Trump berusaha untuk mempengaruhi ketetapan undang-undang dan sistem kehakiman di negara lain, dengan meminta para hakim “melakukan”, ia menjadi sesuatu yang cukup janggal.

Trump telah berjaya dalam “penguatkuasaan hukuman” walaupun dibuktikan bersalah dalam undang-undang Amerika Syarikat. Hukuman ke atasnya ditangguhkan dan itulah yang membuatkannya untuk melakukan perkara yang sama ke atas sistem perundangan Israel.

Namun, gesaan tersebut telah ditolak oleh badan kehakiman Israel. Trump malu dan masyarakat antarabangsa melihat percubaan itu sebagai sesuatu yang aneh dan cukup janggal.

Sebaliknya, Trump yang mahu dianggap dirinya sebagai “pendamai” dalam tiga konflik, dua di Timur Yengah yang dilakukan oleh Israel dan satu di Ukraine oleh Rusia.

Awalnya, sebelum mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47, Trump berjanji akan menyelesaikan konflik Ukraine-Rusia yang bermula sejak Februari 2022 dalam tempoh dua puluh empat jam.

Sehingga tarikh ini, yakni lebih enak bulan mengangkat sumpah kali kedua, Trump masih gagal untuk “memaksa” Ukraine dan Rusia melakukan gencatan senjata.

Beberapa hari sebelum mengangkat sumpah, Trump turut memberikan tindakan tegas akan diambil jika tiada gencatan senjata dilaksanakan antara Gaza-Israel.

Gencatan senjata sementara berlangsung pada 19 Januari 2025, sehari sebelum mengangkat sumpah antara Gaza dan Israel, namun dua bulan kemudian (Mac 2025), Israel melanggar syarat yang dipersetujuinya.

Hingga kini Israel belum berhenti membeli Gaza. Tentunya, Amerika Syarikat terus membekalkan senjata kepada Iran. Terbaharu, Trump sudah meluluskan menjual senjata berjumlah USD 510 juta kepada Israel.

Ketika gencatan senjata sementara berlaku, Trump turut mencari ruang untuk menyatakan bahawa dirinya yang menyebabkan proses tersebut dilaksanakan.

Aneh bukan, jika beliau mengusahakan rencana tersebut, kenapa pula tidak menekan Israel ketika Benjamin Netanyahu berdalih dan kembali menyerang Gaza? Maknanya, Trump sebenarnya menyusun semula skrip konflik baharu, kerana keinginannya untuk memiliki Gaza.

Trump selepas hampir tiga minggu menduduki Rumah Putih kali kedua mengumumkan bahawa “akan mentadbir Gaza” dan seluruh bumi yang sudah lama dijadikan penjara terbuka oleh Israel akan “dibersihkan” kerana buminya “tidak selamat”.

Dalam rencana tersebut, Trump meminta agar negara jiran Palestin – Mesir dan Jordan – menerima mereka yang bakal dipindahkan dan kawasan itu akan dibangunkan sebagai Reviera Timur Tengah.

Pada permulaan rancangan itu, Elon Musk dikatakan akan ikut sama “membina” Reviera Timur Tengah. Namun, hubungan akrab Trump-Musk tidak sampai ke petang, Musk yang semakin muak dengan perintah Trump akhirnya meninggalkan Rumah Putih, dan mula mengkritik dasar Trump.

Akibat berada dalam sistem pentadbiran Rumah Putih, saham yang dimiliki Musk merudum manakala jualan kenderaan elektrik (EV) yang menjadi kebanggaan Amerika Syarikat semakin tidak diterima oleh masyarakat antarabangsa, termasuk masyarakat Amerika Syarikat sendiri.

Elon Musk sedar, jika beliau terus kekal berada di Rumah Putih, kekayaannya akan mengalami kemerosotan dengan cepat, ekoran sentimen “menentang Trump” yang mula membahang.

Trump dalam percubaannya untuk mengurangkan defisit perdagangan, mencadangkan tarif timbal balas kepada hampir semua negara dan memberikan ketegasan Perang Perdagangan tidak akan berakhir dengan mudah.

Setelah ditangguhkan beberapa bulan, beberapa hari lalu, Trump dilaporkan telah menulis surat kepada 200 buah negara mengenai penguatkuasan tarif timbal balas yang bakal dilaksanakan. Dikatakan ada barangan import yang akan memasuki Amerika Syarikat akan dikenakan tarif timbal balas yang cukup tinggi sehingga mencecah 500 peratus.

Secara terperinci, Trump belum melakukannya, tetapi yang jelas tarif timbal balas yang tinggi akan dikenakan kepada produk China, anggota BRICS dan negara-negara yang tidak lagi menggunakan dolar sebagai mata wang perdagangan antara negara. Iran menjadi ahli BRICS yang telah memulakan tindakan menggunakan matawang masing-masing apabila berdagang dengan China dan Rusia.

Kritikan Elon Musk terhadap dasar kesihatan awam telah menyebabkan Trump kecewa habis sehingga mencadangkan agar orang yang terkaya di dunia itu pulang ke Afrika Selatan. Elon Musk berasal dari Afrika Selatan tetapi mengumpul kekayaan di Amerika Syarikat.

Elon Musk menderma hampir USD 300 juta (sekitar RM 1.3 bilion) untuk dana kempen Trump pada tahun 2024, dan melihat tingkah laku Trump tidak akan menjadikan dunia sebagai mesra perdagangan bebas.

Pada Elon Musk, akibat terlalu memihak kepada Benjamin Netanyahu yang sedang mencari “kekuatan politik” dan “pemulihan imej” dari skandal rasuah, tingkah laku ganas, peluasan dasar perang perdagangan tidak akan menguntungkan Amerika Syarikat.

Ia akan meruntuhkan nilai-nilai Amerika Syarikat itu sendiri. Ia akan menjadikan negara itu semakin hampir dengan sikap dan perilaku ganas Israel.

Ekoran pembabitan langsung Amerika Syarikat bila menyerang Iran, membantu Israel yang gagal memusnahkan loji nuklear, pembuat dasar Iran telah bersetuju untuk mengharamkan penggunaan satelit Starlink.

Elon Musk adalah pemilik dan pengeluar satelit kecil yang digunakan ketika internet disekat atau berhadapan dengan masalah liputan.

Iran sedang menunggu keputusan Pemimpin Spiritual, Ali Khamenei. Jika dipersetujui, maka Starlink dengan rasminya akan diharamkan penggunaannya di Iran. Ia akan menambahkan lagi kerosakan perniagaan Musk setelah Tesla tidak lagi menjadi pemimpin pasaran kereta elektrik.

Akibat perang perdagangan juga Musk semakin kehilangan pasaran di China, bahkan juga di Eropah. Jenama EV daripada China semakin mendapat perhatian penduduk Eropah, selain agresifnya pengeluar automotif China bergabung, bekerjasama, melabur dan menjalin hubungan industri dalam sektor tersebut. Musk dilihat ketinggalan daripada perspektif itu.

Musk juga memiliki kesombongan dalam perniagaan. Sebab itulah ada rakyat Amerika Syarikat enggan membeli Tesla, kekal menggunakan kereta yang menggunakan bahan fosil (petrol dan diesel atau hibrid). Atau berpindah kepada jenama EV yang dihasilkan di Kesatuan Eropah.

Trump juga dibenci oleh sebahagian masyarakat New York apabila Datuk Bandar Raya daripada Parti Demokrat, yang sudah terpilih. Zohran Kwame Mamdani dibenci kerana beliau menyatakan secara terbuka akan “menangkap Netanyahu” sekiranya menang jawatan Datuk Bandar dan Netanyahu menjejakkan kaki di bumi New York.

Zohran menyokong Palestin secara terbuka, dan tidak gentar dengan ancaman Trump dan sekarang ramai yang menantikan tindakan. Zohran untuk menangkap Netanyahu, sebaik sahaja menjejakkan kaki di New York.

Setakat ini, Trump belum meminta Zohran kembali ke Uganda sebagaimana beliau meminta Musk pulang ke leluhurnya. Trump mungkin tersilap cakap, kerana keluarganya juga bukanlah berasal daripada Amerika Syarikat.

Datuk neneknya berasal dari Jerman manakala ibunya berasal dari Scotland. isteri ketiganya, Melania Trump berasal dari Czechoslovakia, hanya mendapat taraf warganegara sewaktu Trump terpilih sebagai Presiden ke-45. Itupun kerana Melania bakal menjadi First Lady sebaik sahaja Trump mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari 2017.

Dasar Trump yang cuba menyekat kemasukan imigran turut dikritik oleh usahawan-usahawan Amerika Syarikat. Bahkan isterinya, Melania Trump mengakui, imigran melakukan kerja yang tidak mahu dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Ini bermakna, jika dasar imigresen itu dikuatkuasakan secara tegas, sektor perkilangan, pertanian dan perkhidmatan di Amerika Syarikat akan mengalami masalah besar, tidak cukup pekerja walaupun sebahagiannya boleh diautomasikan.

Kawasan yang bakal mengalami kekurangan terbesar ialah Lembah Silikon di mana sebahagian besar pekerja teknologi adalah rakyat asing. lembah Silikon terletak di California, negeri yang terkaya di Amerika Syarikat.

California cukup tercabar dengan keputusan Presiden dana beberapa perkara sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang. Sebelumnya (2016), California pernah mengancam untuk keluar daripada gabungan Amerika Syarikat, jika Trump menang (Presiden ke-45).

Begitu juga dengan “kehebatan sistem pendidikan tinggi” akan berhadapan dengan cabaran besar, terutama kemasukan pelajar antarabangsa. Akibat tindakan semberono Trump, universiti-universiti ternama Amerika Syarikat mula bimbang, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas keputusan dasar Presiden (keputusan eksekutif).

Sebagai langkah permulaan, Trump nampaknya mengendurkan arahannya sendiri. Universiti-universiti di Amerika Syarikat dibenarkan mengambil pelajar antarabangsa, dengan syarat para pelajar mengubah akaun media sosialnya, kepada akaun awam.

Perubahan ini akan memudahkan agen perisikan mengenal pasti komen-komen para pelajar terhadap dasar dan kepimpinan Trump, yang semakin terkenal berubah-ubah pada saat akhir. Trump sudah banyak kali melakukan U Turn pada saat akhir dalam tempoh enam bulan pentadbirannya.

Trump juga dikatakan sentiasa bermusuh dengan penjawat awam atau eksekutif syarikat yang tidak mengikuti arahannya. Trump beberapa kaki bertelagah dengan Jeremy Powell (Federal Reserve), pegawai Pentagon dan laporan perisikan.

Sebaliknya, Trump lebih percayakan analisis maklumat yang dibekalkan oleh Mossad, yang tentunya penuh manipulasi dan eksploitasi atas kepentingan Benjamin Netanyahu dan Israel.

Ia berlaku dalam soal usaha Iran dalam pembangunan tenaga nuklearnya, bukan untuk tujuan mengeluarkan senjata nuklear. Ia berdasarkan manipulasi Mossad yang bimbangkan bantuan Iran ke atas perjuangan pembebasan Palestin, membantu Hezbollah dan perjuangan Houthi di Yaman.

Israel sebenarnya takut Iran akan bertindak lebih keras setelah agen-agen Mossad di Iran berjaya mengesan maklumat strategik negara itu. Akibat Perang Iran-Israel, Iran telah berjaya mengesan agen-agen Mossad, kebanyakannya adalah rakyat India yang bekerja di Iran.

Sebahagiannya sedang diadili dan sebahagiannya akan dikenakan tindakan. Dalam situasi ini, hubungan diplomatik Iran-India akan menjadi sedikit bermasalah, dan tentunya, rakyat India mungkin tidak lagi dibenarkan bekerja di Iran.

Apatah lagi dalam konflik di Timur Tengah, India kekal sebagai pendokong Israel dan pembodek Donald Trump. Hanya kerana Pakistan menyokong Palestin dan bersedia membantu aliran jika konflik berpanjangan dan Iran meminta bantuan.

Cabaran yang sedang menanti Trump ialah untuk menambahkan hutang sebanyak USD 5 trilion lagi. Tentunya, sebahagian hutang itu akan digunakan untuk membantu Israel mengekalkan kedudukannya di Timur tengah yang telah disifatkan oleh pemimpin tertinggi Iran akan “terhapus sepenuhnya” pada masa hadapan.

Tentunya, Netanyahu yang bakal bertemu sekali lagi dengan Trump di Rumah Putih akan bercakap mengenai “ancaman Iran” dan menagih bantuan lebih besar.

Netanyahu pernah berkata, Israel merupakan faktor keamanan dunia sebagai mesej propaganda untuk menangkis kebrutalannya. Semua masyarakat dunia tahu, Israel sedang mencipta mitos baharu, ketiadaan Israel akan menyebabkan dunia tidak akan aman.

Namun, dalam mitos itu, Israel dengan sengaja turut mengakui bahawa Israel juga adalah masalah terbesar dunia masa kini. Tindakannya bukan sahaja melampau, bahkan telah diukur sedang membukakan pintu genosid yang cukup dahsyat dan zalim ke atas Arab-Palestin.

Oleh kerana badan-badan antarabangsa tidak bertindak secara adil dan saksama, Iran juga secara dasarnya ingin keluar daripada menyertai gabungan tersebut. Dengan badan pengawasan antarabangsa, IAEA, keputusan untuk menarik diri sudah ada, kerana maklumat yang diberikan telah dibocorkan kepada Israel dah Amerika Syarikat.

Maklumat itulah yang digunakan oleh Israel untuk memulakan serangan ke atas Iran pada 13 Jun 2025. Iran sudah tidak percaya lagi, dan mungkin juga akan mengakhiri penyertaannya dalam PBB.

Iran berpendirian, kenapa negara dihalang untuk membangunkan teknologi nuklear sedangkan Israel jelas membangunkan senjata nuklear, tetapi tidak disekat. Amerika Syarikat juga tidak pernah diminta oleh IAEA untuk melaporkan rencana nuklearnya, sedangkan sejak zaman pentadbiran Barrack H Obama, Iran ditekan untuk disiasat.

Hasil siasatan bertahun-tahun tidak ditemukan asasnya, Iran membangunkan senjata nuklear, tetapi sekatan ekonomi terus kekal hingga kini.

Begitu juga dengan tindakan ganas Israel, pertubuhan antaranya sangat lambat untuk bertindak, dan jika ada pun hanya sekadar menyeru disegerakan gencatan senjata, tetapi tidak berupaya menyelesaikan isu sebenar kerana mendapat tekanan kuat daripada Amerika Syarikat.

Tentunya, Trump akan menjadi lebih keras tekanannya kepada PBB dan badan-badan di bawahnya. Badan-badan di bawah PBB sekarang sedang berhadapan dengan kekurangan belanja.

Sebabnya jelas, Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Trump semakin benci pertubuhan tersebut dan akan membuak-buak marah tatkala genosid Netanyahu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ). ICJ sebelumnya sudah mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Yoav Gallant (kini, bekas Menteri Pertahanan Israel).

Trump mungkin akan dibenci sebagaimana bencinya masyarakat dunia ke atas Hitler, Pol Pot, Stalin, Silobovan Milosovic mahupun umat beragama ke atas Fir’aun dalam kerajaan Mesir kuno.

Bagaimanapun, Trump masih ada masa untuk memperbaiki imejnya, dengan mengubah perspektif pentadbiran yang masih berbaki untuk menzahirkan MAGA bukan berdasarkan laluan white supremacy, zionisme dan melaksanakan pelan damai yang langkau sekterian, One World Order, memanusiakan seluruh manusia dengan bahasa kemanusiaan sejagat.

Bukan untuk menguasai dunia dengan cara lobi, buli dan mengganas seumpama hukum rimba. Walaupun “bencikan” Elon Musk, Trump belum bersedia menghalaunya, hanya mengharapkan “DOGE akan memakan beliau”. Jika Musk dihalau dan dilucutkan kewarganegaraan, maka rakyat Amerika Syarikat juga akan mendesak dilucutkan kewarganegaraan isterinya, Melania Trump yang cepat meraih hanya setelah sepuluh tahun berkahwin dengannya

MONOSIN SOBRI

Translate »