Setelah Trump menang dalam pilihan raya Presiden pada bulan November 2024, sebelum mengangkat sumpah jawatan, Trump memberikan amaran untuk “membakar Gaza” sekiranya tidak berlaku gencatan senjata. Ia menunjukkan perangai barbarian Trump dalam mempertahankan Israel.
Keputusan barbarian ini menjadi peledak kuat untuk rakyat Amerika Syarikat tampil menolak keputusan Trump, dan ia ditunjukkan melalui sambutan Ulangtahun Tentera, yang mendakwa Trump sedang memposisikan dirinya sebagai Raja Amerika.
Rakyat Amerika Syarikat juga marah kerana sambutan itu juga dianggap sebagai sambutan ulangtahunnya ke 79. Trump lahir pada 14 Jun 1946, dan secara kebetulan sambutan itu turut dianggap sebagai sambutan hari jadi Donald Trump ke 79.
Masyarakat Amerika Syarikat mendakwa Trump sekali lagi menggunakan peristiwa besar negara untuk menonjolkan “keangkuhan diri”. Dikatakan Trump berusaha berlagak seperti seorang raja, akhirnya disambut dengan demonstrasi serta laungan No King for America.
Sambutan besar-besaran ulang tahun Hari Tentera (army parade) yang sekaligus dianggap sambutan ulangtahun si pembuli tegar mendapat kritikan rakyat Amerika Syarikat, yang menggambarkan seperti menyesal melakukan pilihan yang salah setelah terpedaya dengan Make America Great Again (MAGA).
Ia diikuti dengan beberapa tunjuk perasaan yang bukan membantah sambutan Hari Tentera, tetapi membantah dasar pentadbiran Donald Trump yang menjadikan Amerika Syarikat semakin dibenci, dan mendekati apa yang dikatakan sebagai negara pariah.
Trump melakukan hampir keseluruhan masalah ketidakselesaan rakyat, daripada persoalan percubaan mengenakan tarif timbal balas ke atas barangan import, melanggar nilai-nilai hidup beradab dengan mendokong genosid penduduk Gaza, membelanjakan berbilion dolar wang pembayar cukai untuk membantu Israel, dan paling dimarahi ialah mengekang kritikan daripada pembuat dasar dalam kalangan anggota Parti Demokrat.
Setakat ini, dua orang wakil rakyat daripada Minnesota telah menerima ancaman bunuh manakala seorang senator daripada Los Angeles, Alex Padilla telah dibungkam suaranya. Padilla dihalau keluar dari sebuah bangunan untuk menanyakan soalan terhadap keputusan Donald Trump menempatkan tentera di Los Angeles. Padilla kemudian digari oleh pihak keselamatan.
Dua orang wakil rakyat yang ditembak itu ialah senator John Hopman bersama isteri. Pasangan itu ditembak di rumahnya di Champ. Wakil rakyat negeri, Melissa Hartman dan suami ditembak mati di rumahnya di Brooklyn Park.
Ia dikatakan berlaku kerana hampir kesemua wakil rakyat Parti’ Demokrat lantang mengkritik pentadbiran Donald Trump yang dianggap membawa Amerika Syarikat kepada “kebencian masyarakat antarabangsa”. Melisa dan suaminya dilaporkan cedera parah dan meninggal dunia.
Dua tembakan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang sama, yang menyamar sebagai anggota keselamatan yang berpengalaman dalam perang di Gaza, Afrika dan beberapa tempat lain. Suspek tersebut yang berusia 57 akhirnya berjaya ditangkap (15 Jun 2025) selepas dua hari pihak polis memburunya.
Sebelum itu, Donald Trump dikritik apabila melantik Elon Musk sebagai ketua sebuah jabatan baharu yang ditubuhkan sebaik sahaja mengangkat sumpah kali kedua pada 20 Januari lalu. Jabatan baharu itu ditubuhkan dengan tujuan menasihati dan merancang pelan reformasi sektor awam yang perlu dilakukan oleh Presiden.
Bagaimanapun, Musk mula mengkritik Trump apabila presiden mencadangkan tarif timbal balas ke atas barangan import. Musk kemudian meninggalkan Trump setelah tempoh perkhidmatannya sebagai ketua DOGE -Department of Government Effieciency – tamat menjelang akhir Mei lalu.
Antara langkah yang telah diambil ialah memansuhkan Jabatan Pendidikan di peringkat persekutuan, dan fungsinya diserahkan kepada negeri. Musk juga mencadangkan beberapa tindakan lain untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dengan mengurangkan penjawat awam.
Kesan daripada pelantikan Musk, walaupun tidak dibayar gaji oleh kerajaan, menyebabkan Trump semakin dibenci. Ia menjadi bukti langsung bagaimana pengaruh oligarki dalam penentuan dasar pentadbiran Rumah Putih.
Elon Musk akhirnya menyedari keburukan hubungan yang terjalin di koridor kuasa setelah mendapati kekayaannya semakin merosot. Jualan kereta elektrik Tesla yang banyak membawa keuntungan kepada Elon Musk dah menjadi kebanggaan Amerika Syarikat sebelumnya jatuh merudum.
Saham Tesla merosot teruk. Perniagaan satelit komunikasinya, Starlink juga berhadapan dengan boikot seluruh dunia apabila Musk ikut berperanan membantu Israel melakukan genosid di Gaza. Bagaimanapun, Musk masih merupakan manusia terkaya di dunia setakat ini.
Awal Mei lalu krisis Musk- Trump dikatakan sampai ke kemuncaknya. Minggu terakhir bulan Mei, pegawai Rumah Putih mengesahkan bahawa Elon Musk berundur daripada jawatannya dan tidak lagi bersama Donald Trump.
Keputusan Musk itu dilihat sebagai tamparan hebat buat Trump, yang mana Musk pernah menyumbang dana kempen Parti’ Republikan untuk memenangkan Donald Trump sebanyak 270 juta dolar. Musk muncul sebagai penyumbang terbesar.
Musk yang mengharapkan keuntungan lebih besar akhirnya sedar, jika kekal mendokong Trump, entiti perniagaannya akan terus bermasalah di seluruh dunia. Ia menjadi tekanan terbesar Musk apabila dasar perlindungan perdagangan yang dicadangkan menerima reaksi balas yang besar, terutama daripada China.
(Bersambung)
KAMARUN KH
Recent Comments