Dengan sombongnya Netanyahu memberi amaran: hari ini Tel Aviv, esok New York.

Netanyahu seolah-olah ingin membuktikan bahawa Iran adalah “jahat” atau “lebih jahat” daripada Israel. Satu lagi aksi “play victim” yang cukup identik dengan bangsa Yahudi dan perjuangan Zionis.

Sejak 200 tahun, Iran tidak pernah menyerang mana-mana negara. Israel sejak tertubuhnya negara haram, sudah menghentam tujuh buah negara jirannya dan masih belum bersedia berhenti mengebom bumi Palestin -Gaza dan Tebing Barat.

Apa yang diucapkan oleh Netanyahu itu sebenarnya imej Israel yang tidak pernah memadamkan cita-cita ganas dan sanggup berperang dengan siapa sahaja. Sebelum muncul negara haram Israel, kumpulan samseng dan radikal Israel telah melakukan pelbagai serangan termasuk ke atas tentera British dan Amerika, yang ketika itu masih dibawah Mandat British di Palestin.

Tentunya, tidak ada siapa yang rasional boleh percaya Iran akan menyerang New York selepas Tel Aviv. Sejak Iran dikenakan embargo, tidak ada pun ura-ura Iran akan menyerang New York, sebaliknya Iran cuba mengatasi masalah yang dihadapinya secara kreatif dan memulakan langkah progresif. Dalam hal ini sangat jelas bahawa Iran lebih rasional daripada Netanyahu dalam berfikir dan mengatasi masalah dalam pembinaan sebuah negara yang berdaulat.

Kenapa Netanyahu sangat bencikan Iran sehingga sanggup berbohong bahawa Iran akan menyerang New York. Sebabnya, Netanyahu takut akan dibunuh oleh tentera al-Qassim. Tentera al-Qassim bukanlah segala atau bertindak seumpama serigala lapar sebagaimana dilakukan oleh IDF dan agen-agen Mossad.

Soalnya, negara manakah yang paling banyak menyerang negara jiran. Negara jiran yang diserang oleh Israel ialah Mesir, Libya, Syria, Lubnan, Jordan, menjarah Palestin sejak 1930-an, dan kini Iran. Itu hanya berlaku dalam tempoh kurang 100 tahun.

Kalau diikutkan rekod, Israel merupakan diktator yang paling kejam malah lebih kejam daripada pemimpin fasis, Adolf Hitler, Mussolini mahupun Stalin. Jika ditelusuri kejahatan pemimpin negara haram Israel, ia hampir menyamai sikap dan tindakan fir’aun yang pernah menghalau orang Yahudi.

Benarlah kata Anne Marie Wiseman “Zionists are not practicing Judaism, they are practicing terrorism.” Israel menggunakan Judaism untuk menyatakan dirinya benar dan jujur, yang pada pandangan seorang sejarawan baharu Yahudi, mitos yang disengajakan dijual kerana agama cukup mudah dipercayai walaupun tindakannya tidak menepati. (Ilan Pappe, Ten Myths About Israel, 2017).

Akibat praktik “keganasan” tulis Gary M Burge, seorang pakar dan pengajar teologi “New Testament” di sebuah universiti di Amerika Syarikat dan pernah beberapa kali mengunjungi Israel menulis ” Tidak ada seorang pun yang bahagia di Israel/Palestin. Warga Israel tidak bahagia. Pencarian keamanan mereka –dihantui oleh teror masa lalu– membawa mereka menempa sejarah yang jarang dapat dibanggakan.

“Warga Palestin juga tidak bahagia. Pencarian mereka bagi sebuah kebangsaan telah membuat mereka berkonflik dengan Israel serta mengarahkan mereka kepada teror dan perbalahan, sehingga kehilangan penghargaan dari ramai orang.

“Huru-hara telah mengorbankan emosi setiap orang yang harus hidup di negeri ini. ” (Gary M Burger, Palestina Milik Siapa?: Fakta Yang Tidak Diungkapkan Kepada Orang Kristen Tentang Tanah Perjanjian, edisi terjemahan, Jakarta: PT BPK Gunung Mulia, cetakan keenam, 2014, hal.319-320).

Israel mempunyai musuh yang besar dan kini mula membabitkan Iran dan Yaman. Dalam Perang Israel -Iran, kedengaran pekikan marah rakyat Israel ke atas sikap dan keangkuhan Benjamin Netanyahu. Teriakan mereka jelas mahukan Iran memaafkan pemimpin Israel yang memulakan serangan.

Namun, Iran tidak berganjak dengan pendiriannya dalam Operasi Janji Benar 3, dan tidak bersedia kembali ke meja rundingan selagi Israel tidak berhenti menyerang. Biarpun kematian dan kecederaan lebih besar berlaku ke atas rakyat Iran, pemimpin utamanya, Ayatullah Ali Khameni sudah pun berkata: fasa amaran buat Israel sudah berakhir dan fasa seterusnya, fasa balas dendam akan bermula dalam masa singkat. Iran tidak akan berhenti selagi “keganasan dan kezaliman tidak berhenti”. Dalam fasa ini, “Iran tidak ada lagi belas kasihan”.

Trump akhirnya sudah semakin jelas akan menyeret Amerika Syarikat dalam konflik tersebut. Sebab itulah Presiden Rusia, Vladimir Putin memberikan pandangan “Iran dalam bahaya”. Negara anggota G7 telah menyatakan sokongan terhadap Israel dengan menyatakan Iran sebagai punca ketidakstabilan. Itulah perangai negara-negara Barat, sama dengan perangai aktivis Zionis, bermuka-muka dan hipokrit.

Iran sedang mendapat sokongan daripada Pakistan, China, Rusia dan Korea Utara. Bahkan pemimpin Korea Utara memberikan jaminan akan membantu apa sahaja yang diperlukan oleh Iran, daripada senjata hinggalah tenaga tentera.

Jika hal ini tidak dapat diuruskan dengan baik, skala perang akan menjadi lebih besar, yang mungkin boleh mencetuskan Perang Dunia III. Sejarah dua perang dunia yang berlaku, cukup jelas ia merupakan percaturan Zionis dan jika Perang Dunia III berlaku, buat kali ketiga ia dikaitkan dengan perancangan Zionis.

Dua perang dunia yang berlaku telah menjayakan hasrat untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi, dan perang kali ketiga sangat cenderung kepada pembentukan World Order yang diperjuangkan oleh Pakatan Yahudi Antarabangsa (WZO) sebagaimana terkandung dalam protokolnya yang berjaya dikesan sebagai sebuah dokumen rahsia.

Ketegangan yang berlaku nampaknya sedang dibakar oleh Donald Trump dengan menggesa Iran menyerah kalah kepada Israel tanpa syarat. Ia tidak mudah, sebab Iran ada maruah dan jatidiri yang hendak dipertahankan. Menyerah kalah bererti wajib tunduk kepada kesombongan dan keangkuhan seorang “penjahat” bernama Benjamin Netanyahu.

Apa yang jelas, dalam setiap peperangan, orang muda banyak yang mati manakala orang tua yang berkuasa hanya sekadar membuat keputusan dan memberikan arahan. Itulah sebabnya kenapa perang menjadi bantahan dan bukan kebanggaan oleh orang muda. Kebanggaan hanya milik orang tua yang gila kuasa dan besar egonya. Netanyahu sudah diberi nama baharu, Adolf Netanyahu (awal nama Adolf Hitler) dan Trump pula ramai sedang mencari padanannya.

KAMARUN KH

Translate »