Ingatkah kita sebuah filem fiksyen Mortal Kombat? Filem itu berdasarkan watak fiktif, diarahkan oleh Simon McQuid. Mula ditayangkan tahun 2021.
Namun selepas dua kejayaan siri Mortal Kombat, dua syarikat penerbitan akhirnya berselisih faham dan salah sebuahnya, yang menjadi pengasas diisytiharkan muflis. Ia berkaitan dengan persoalan hakcipta.
Itulah mungkin juga akan berlaku kepada si pembuli Trump yang kaya raya. Ada pandangan dengan sikap tamak itulah akan membawa Amerika ke tahap muflis, atau kemelesetan besar sekali.
Faktor pertama ialah keyakinan si pemberi hutang je atas bon kerajaan semakin menipis menyebabkan sudah beberapa syarikat yang membeli menjual jenvamki. Ia dijual kerana tidak yakin dengan pentadbiran Trump mampu membayar hutang. Ada yang meramalkan, Trump akan terus mengeluarkan bon untuk membayar hutang. Ia seolah-olah, gali lubang baharu untuk kambus lubang hutang lama.
Setakat ini, hutang negara itu mencecah USD$ 36 trilion, sekitar 100 peratus daripada KDNK (GDP) tahun 2024. apakah Trump akan terus meningkatkan hutang negara sepanjang empat tahun kedua pentadbirannya?
Tahun 2024, keseluruhan nilai dagangan USA ialah USD 55.3 trilion manakala China melonjak kepada USD 56.2 trilion. China sudah menguasai hampir keseluruhan benua Afrika, Asia dan sebagainya Eropah. USA semakin mengecil pasaran dan keadaan itu akan menjadikan produknya semakin tidak diterima dalam kalangan negara-negara hampir di seluruh dunia, termasuk Amerika Selatan. Kerisauan tersebut membawa kepada radikalisme ekonomi atrumo, seperti radikalnya watak utama Mortal Kombat.
Tahun 2075, Goldman Sachs, sebuah firma pelaburan Amerika Syarikat meramalkan ekonomi China akan menghasilkan USD 57 trilion manakala India sejumlah USD 52.5 trilion. USA bakal meraih GDP berjumlah USD 51.5 trilion.
Apakah serangan kali ini seumpama mengulangi apa yang dilakukan oleh kapitalis Yahudi USA terhadap mata wang negara-negara Asia pada tahun 1997? Ingatkah kita kepada ramalan sekitar tahun 1995, beberapa buah negara Asia akan muncul sebagai pemain utama dunia, termasuk potensi ASEAN.
Malaysia tidak terkecuali, dan pernah dijolokkan sebagai salah sebuah negara yang akan bangkit seperti “harimau”?. Tidakkah dengan jolokan itu membawa kegentaran kepada kapitalis Yahudi USA dengan “nilai Asia” dan ada cadangan untuk membangunkan kewangan dan sistem matawang sendiri?
Hal yang sama sedang rancak diperkatakan sekarang setelah terlahirnya BRICS. BRICS juga ada cadangan untuk nyahkan dolar dan merintis usaha untuk tidak menggunakan dolar sebagai bayaran dalam perdagangan antara mereka, menggunakan matawang masing-masing. Misalnya, apa yang sedang berlaku antara Iran dan Rusia.
USA yang sejak sekalian lama menjadi kuasa ekonomi dunia terbesar tidak akan senang duduk bila melihat ada cabaran yang menantinya. Egonya akan bertambah besar, jadi dengan pelbagai tekanan dilaksanakan untuk mempertahankan kedudukan tersebut sampai kiamat.
Ertinya, USA jatuh ke tangga ketiga kuasa ekonomi dunia manakala kedudukan teratas ialah China dan diikuti oleh India. Apakah angka itu tidak menyebabkan Trump terduduk dan mempengaruhi asas kelahiran MAGA, Make America Great Again. Kalau tidak sekarang, bilakah lagi USA akan bertindak? Bukankah mencegah dari awal lebih baik daripada bila keadaan sudah parah?.
Federal Reserve mungkin akan menaikkan lagi kadar faedah bagi memberikan keyakinan para pelabur yang cukup lahap di Wall Street dan seluruh Amerika. Kenaikan kadar faedah akan menyebabkan USA berhadapan dengan isu hutang sebagaimana berlaku pada tahun 2007, krisis subprima, pemimpin tidak mampu membayar balik hutang pembelian rumah.
Faktor lainnya, produk keluaran USA semakin mahal kalaupun tidak berlaku tariff timbal balik yang cuba dikuatkuasakan oleh Trump. Ertinya, jumlah eksport USA akan menurun, dan dalam masa yang sama importnya terus meningkat kerana rakyatnya mencari alternatif produk berharga rendah atau yang dihasilkan di luar Amerika, yang kos pengeluarannya cukup rendah.
Tetapi Trump cuba kenakan denda ke atas firma Amerika yang melabur di negara luar dengan kadar tarif timbal balik, dengan harapan produksi di luar negara dihentikan dan produksi dalam negara berkembang semula seperti sebelumnya.
Tetapi, kapitalisme tidak begitu, patriotik hanya diberikan sekiranya boleh mencetak lebih banyak wang, dengan kos yang paling minimum.
Trump akan berhadapan dengan protes dan reaksi sebaliknya daripada kapitalis yang sudah lama mendapat untung besar daripada kemurahan dasar negara yang menawarkan iklim pelaburan terbaik, pengecualian cukai korporat dan termurah kos (buruh, pembiayaan pinjaman dan pembangunan kilang).
Apatah lagi bila beliau mengatakan, jika China melakukan “dirty trick”, America akan membalasnya sehingga “no more Chinese food in America”.
Bagaimana Amerika boleh meleset? Pertama, dengan kadar tarif timbal balik tidak masuk akal, Amerika akan terisolasi. Produknya akan disabotaj, yakni dikenakan tarif yang tinggi sehingga “tidak laku” di negara yang melakukannya.
Afrika Selatan sudah membuat keputusan yang jelas, firma Amerika di Afrika Selatan segera ditamatkan manakala produk buatan Amerika segera dihentikan import dan penjualannya. Ia berbeza dengan India.
Awalnya ada rencana untuk membenarkan kilang EV daripada China dibangunkan. Tetapi setelah terancam dengan tariff timbal balik dan setelah “melutut”, India mengumumkan akan membuka kilang untuk Tesla dan tidak kepada syarikat automobil China.
China, menaikkan tarif timbal balik sehingga produk Amerika menjadi semakin mahal. Misalnya, dengan tarif sehingga lebih 100 peratus, harga sebuah iPhone akan menjadi hampir setara dengan harga EV kecil seperti BYD Dolphin atau Seagull, mahupun EV sederhana.
Jadi, iPhone semakin bermasalah untuk dipasarkan sebagai Made in America. Sebelumnya, iPhone dikilangkan di China.
Perang Perdagangan 1.0, pengilangan iPhone tidak lagi dikontrakkan dengan kilang di China. Tetapi, China mendapat kemahiran itu dengan menghilangkan produk yang serupa, dan produk itu semakin berkembang di pasaran antarabangsa dengan harga jauh lebih rendah. Juga lebih banyak ciri-ciri teknologi dan rekabentuk yang lebih menarik.
Ketika ini, ciri-ciri pembuli semakin lengkap pada imej Trump, Maharaja Tariff, Teroris dan “Mortal Kombat’. Pembuli sebenarnya cekap mengugut tetapi bila pihak lawan melakukan provokasi yang sama, maka diusahakan lah untuk berdamai.
Perdamaian yang diinginkan bukan dalam bentuk timbal balik, tetapi orang akan melihatnya sebagai seorang yang berani, walhal hati kecilnya cukup pengecut.
Inilah Trump sebenarnya. Apabila hilang sokongan dari dalam negeri, luar negeri maka ditangguhkan niatnya untuk mengenakan tarif timbal balik ke atas semua negara, kecuali China.
China kekal mendapat kadar tarif timbal balik yang terlalu tinggi, setakat ini. apa yang pasti, Trump akan sedikit kurangkan lagi untuk berhadapan dengan China yang tidak peduli dengan tekanan.
Sebabnya, China tidak banyak bergantung dengan produk Amerika Syarikat, dan semakin mampu membangunkan produknya sendiri yang lebih baik.
Misalnya, bila Huawei dijadikan sasaran, Huawei tetap menjadi gergasi telekomunikasi di China dan beberapa buah negara lain, yang sukar ditembusi oleh firma teknologi USA.
Lihat pada aplikasi sosialnya, ada mirip dan persamaan dengan apa yang menjadi kebanggaan USA. Misalnya, Google Play, Apple Play, China ada Huawei Play, operating sistem jenama Color OS, bahkan Amerika sangat bimbang dengan Tik Tok.
Namun, keberanian sebenar Trump ialah dengan negara-negara Islam, kerana tahu bahawa negara-negara tersebut tidak bersatu, dan ada kiblat ekonomi yang meniru barat. Firma USA sudah lama menguasai dan mencengkam, sebab itu USA cukup mudah untuk membuli dan lebih terbuka sokongannya kepada Palestin.
Iran yang dilihat sedang membina kekuatan, akan terus ditekan dan ketika itu, mengugut akan menyerangnya jika tidak kembali ke meja rundingan berkaitan nuklear.
Sebenarnya, yang cemburu dan marahkan Iran ialah Israel. Iran dianggap sebagai “musuh” selepas Amerika berjaya menumpaskan kekuatan Irak, Libya dan kini, Syria.
Syria semakin diusahakan untuk menjadi sahabat setelah jatuhnya Bashar al-Assad, dan sebagai permulaan, label pengganas ke atas pemimpin kebebasan Syria sudah dihapuskan.
Negara-negara lain, sebagaimana yang kita maklum sudah melakukan normalisasi pada period akhir pentadbiran Trump. Tentunya, Trump akan usahakan lebih besar lagi apa yang dinamakan Deal of Century, walaupun asasnya adalah tindakan untuk memangkas Palestin dari dalam diri negara-negara Islam itu sendiri.
Negara-negara Arab masih trauma dengan kekalahan Perang Enam Hari (1967). Kalau pun muncul tindakan, hanya sekadar mendesak dan membuat kesepakatan mengecam Israel, bukan kesepakatan menyerang Israel bersama pejuang kebebasan Palestin.
Itulah sebabnya Trump cukup tegar membuli, membuli negara-negara Arab dan negara majoriti umat Islam yang kekal menyokong perjuangan pembebasan Palestin, yang dilabelkan pengganas oleh Amerika Syarikat dan Israel.
Walhal pengganas sebenar ketika ini adalah Amerika dan sekutunya, bukan sahaja mendokong turut menyalurkan bantuan senjata untuk membunuh etnik Palestin.
Jadi, fiktif Mortal Kombat sedang dilakukan secara real oleh Trump. Apakah Trump mampu atau hanya sekadar membuli? Itulah yang sedang dilihat dan diperkatakan di seluruh dunia sejak Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47.
KAMARUN KH
Recent Comments