Pada 6 Oktober 2015, penembak tepat tentera Israel menembak Dalia Nassar dan peluru itu terkena bahagian dada sehingga dilaporkan beberapa milimeter hatinya berkecai. Dia juga mengalami kecederaan yang serius di bahagian bahu dan peluru telah menembusi paru-paru.

Dalia Nasar ketika itu mengambil bahagian membantah pasukan keselamatan Israel di sebuah petempatan haram di Bet El, apabila seorang remaja berusia 19 tahun, Muhammad al-Halabi terbunuh. Al-Halibi dikatakan menyerang pasukan keselamatan dan menikam dengan pisau dua orang polis Israel di bandar lama Jerusalem.

Kata Dalia Nassar, “I saw that my colleagues who have to work after university to provide for their families where the first to take to the streets against the Israel occupation….I knew then that I couldn’t just stand by and look on. 

“I decided the time had come to take serious action on the ground. …I was involved in all the clashes throughtout the first four days of the uprising until I was shot, but I was said because most of the time I was the only women there.”(The New Arab, 21 Oktober 2015).

Dalam beberapa kejadian  tunjuk perasaan di Tebing Barat, Dalia Nassar menjelaskan bahawa PA turut terlibat ‘menghentam para penunjuk perasaan’, biarpun mereka sebenarnya ‘melawan ketidakadilan Israel’ dengen berkata: We have seen violence from the PA before, especially during peaceful protest”. (Annnelies Keuleers, “Palestinian Authority proves to be good student of Israeli repression”, https://e;ectronisintifada.net/conten/palestinian-authority-proves-be-good-stdent-israeli-repression/24731)

Ibu Dalia, Maha Nassar (meninggal 2008) adalah ahli Popular Front for the Liberation of Palestin (PFLP, ditubuhkan pada tahun 1967 oleh George Habash), sebuah petubuhan perjuangan rakyat Palestin berhaluan kiri. PFLP adalah sayap organisasi kiri yang berfahaman sosialis, yang ikut mendapat kerjasama daripada Rusia, yang pada tahun 1969 terlibat dalam rampasan pesawat TWA 840.

Peristiwa itu membawa kepada tersohornya nama seorang wanita Palestin, Leila Khalid, yang berusia 25 tahun (lahir 9 April 1944). Lela Khaled menjadi wanita pertama yang terbabit sebagai perampas kapal terbang dalam sejarah rampasan pesawat. (Sarah Irving, Leila Khaled: Kisah Pejuang Perempuan Palestina, terjemahan dari Leila Khaled: Icon of Palestinian Liberation (2012) oleh Pradewi Tri Chatami, Tengerang Selatan: CV Narjin Kiri, edisi kedua 2023).

Maha Nassar dipilih sebagai presiden UPWC (Union of Palestinian Women’s Committees) pada tahun 1994 dan dipilih kembali sebanyak dua kali. UPWC mempunyai kerjasama yang baik dengan PFLP, sebuah pertubuhan yang berhaluan kiri (sosialisme) dalam arus politik melawan Israel. PFLP mendapat sokongan Soviet Union dan China.

PLFP terkenal dengan insiden merampas kapal terbang pada tahun 1960-an hingga 1970-an dan pada tahun 2001, berjaya membunuh Menteri Pelancungan Israel, Rechavam Ze’evi. PLFP juga bertanggungjawab melakukan serangan beramai-ramai sinagog Har Nof di Jerusalem dan berjaya membunuh empat orang penganut Yahudi dan seorang pegawai polis Israel berketurunan Druze. Kumpulan ini turut menentang apa-apa rancangan penormalisasian dengan Israel, negara yang didirikan menerusi kaedah penjajahan dan pendudukan haram.

Maha Nassar merupakan salah pelopor dalam pembentukan Popular Front Organization di Universiti Birzeit dan menjadi ahli sebuah NGO Palestin, Women Affairs Technical Committee (WATC). Turut mengambil bahagian dalam dua intifada, dan beliau dirujuk oleh PLFP sebagai “comrade”, “role model” dan “icon of national and democratic struggle”. (Rujuk dalam, https://ngo.monitor.org/reports/the-union-of-palestinian-women-committees-society-ties-to-the-pflp-terro-group/)

Pada hari keempat tunjuk perasaan membantah pembunuhan al-Halabi, Dalia Nassar yang juga mempunyai aliran pemikiran sosialis, telah ditembak oleh penembak tepat Israel. Mengenai ibunya, Dalia berkata:

 “I am proud of my mum and I want to follow in her footsteps….Some people think that because I am Christian family I have more freedom than Muslim women but that’s not true. We all suffer from the same social restriction…At protests and clashes the men usually have a go at me. They ask me why I am here and tell why they won’t be around. But I knew things would change.” (https://www.newarab.com/Blog/2015/10/21/Palestinian-shot-in-heart-vows-to-continu-resistance)

Dalia Nassar diberikan jolokan sebagai wanita muda pertama yang berani berhadapan melawan tirani Israel, dan menurut Manal Tamimi:

Mereka menghadapi tentera tanpa rasa takut, mereka melempar batu ketika menghadapi gas air mata [gas pemedih mata] dan bahkan terkadang membayar harga tertinggi, dengan nyawa mereka. Mungkin salah seorang perempuan Palestin paling terkenal yang berubah menjadi simbol dan panutan [ikutan] dalam pemberontakan ini –[Oktober 2015] adalah Dalia Nassar, yang dicederai oleh tentera Israel dengan peluru di dada” (Gadis Palestina, hal.215)

Selepas Dalia Nassar (ketika itu berusia 25 tahun), dua tahun kemudian muncul Ahed Tamimi, anak gadis tunggal pasangan Bassem Tamimi dan Nariman al-Tamimi. Ia mejadi simbol baharu perjuangan anak muda Palestin setelah rakaman video memperlihatkan aksi berani, yang sebelum ini tidak tidak berlaku dalam kalangan gadis remaja Palestin, menampar dan menyergah anggota IDF yang cuba menyeret sepupunya, Muhammad yang cedera parah akibat ditembak dalam jarak dekat.

Video itu mendapat perhatian di seluruh dunia, sehingga orang perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan bersoladariti ke atasnya. Selain mendesak pihak tentera membebaskannya, sebahagiannya mula mencari jalan bagaimana untuk membantu Ahed berhadapan dengan proses undang-undang, termasuk membayar kos guaman jika diperlukan dan membiayai perkhidmatan seorang peguambela. Amnesty International turut melancarkan petisyen pembebasan Ahed. Sehingga bulan Februari 2018, petisyen itu mendapat dokongan hampir 1.4 juta tanda tangan di seluruh dunia.

Menurut Paul Morris, video Ahed mula tersebar menjelang Hari Natal pada tahun 2017, iaitu selepas beberapa hari penangkapannya (19 Disember 2017). Setelah menonton video tersebut, tulis Paul Morris:

Mulanya aku tidak ingat melihat nama para pratagonisnya – orang-orang asing dari dunia anonym Internet. Itu pertengkaran, tidak ada yang luar biasa di dalamnya sehubungan dengan apa yang menjadi viral di youtube – tetapi pertengkaran ganjil dan tidak seimbang.

“Ada seorang gadis, gadis remaja yang sangat biasa, berjaket denim, tidak ada yang luar biasa juga di sana. Namun, lawannya….nah, itu baru ganjil, seorang tentera berseragam dan bersenjata lengkap. Adegan itu menjadi viral kerana gadis remaja yang tidak bersenjata itu menghadapi seorang tentera.

“Jika membaca teks di bawah video itu, kau akan tahu siapa dia – Ahed Tamimi, 16 tahun. Seorang gadis Palestin, di jalanan mobil di depan rumahnya sendiri, menghadapi seorang perwakilan pendudukan militer yang keji, seorang tentera Israel di luar wilayahnya, di desa Nabi Saleh, di Tebing Barat.

“…ku rasa kau harus berfikir bagaimana kau akan bertindak seandainya tentera-tentera dari negara penindas berada di kebun depan rumahnya. Akankah kau meringkuk di bawah jendela? Bersembunyi di balik sofa? Atau bolehkah kau bertindak seberani Ahed dan Nour, keluar dan menghadapi mereka?

“Jika begitu, akankah kau bersikap tenang dan menahan diri, demi mata dunia? Ku rasa di sini diperlukan semacam empati. Sebelum insiden di atas terjadi, sepupu kecil Ahed, Muhammad Tamimi yang baru berusi 15 tahun … baru saja ditembak di kepala dari jarak dekat oleh IDF.

“Cederanya begitu parah hingga dia harus ditempatkan dalam keadaan koma untuk pembedahannya. Hidupnya mungkin tidak akan sama lagi.

“Peluru besi berlapik getah itu mematahkan rahang ketika menembus wajahnya, memasuki tengkoraknya.

“Pada hari itu, dengan nyawa Muhammad berada di hujung tanduk, beberapa tentera IDF ingin berlindung di jalan kenderaan rumah Ahed agar mendapat posisi yang lebih baik menembaki beberapa anak muda lagi di jalanan.

“Ahed dan Nour punya gagasan lain, dan mereka keluar untuk memberitahu askar-askar itu bahawa tidak akan ada tempat berlindung lebih aman bagi mereka di sana.

“Askar-askar itu tidak boleh bersembunyi di balik dinding ini dan menembak. Ahed memberikan tamparan yang kemudian bergaung ke seluruh dunia…..

“Walaupun salah seorang dari mereka berupaya menyingkirkan Ahed dengan paksa, askar-askar itu menerima rentetan kata-kata makian dan pukulan dari kedua gadis itu agar mereka pergi. Dan, mereka memang pergi, untuk sementara waktu.

“Namun, askar-askar itu akan datang kembali, dalam jumlah yang lebih ramai dan dalam kegelapan, jauh dari lampu yang menerangi kamera dan mata waspada ramai saksi….

“IDF datang kembali beberapa hari kemudian, pada tengah malam 19 Disember, sekitar pukul tiga pagi. Mereka membangunkan keluarga itu dan membawa Ahed pergi, ke sebuah penjara tentera Israel….

“Penahanan Ahed di luar tanah airnya (membawa ke wilayah Israel] bererti dia ditahan secara illegal menurut peraturan Konvensyen Geneva, yang menjelaskan bahawa tahanan tidak boleh dibawa pergi begitu saja ke negara lain, iaitu negara penindas.” (Gadis Palestina, hal.27-30).

Ahed yang mengalami sejarah panjang dakwaan melakukan ‘kekerasan dan hasutan’, ketika muncul dalam salah satu siri perbicaraan mahkamah tentera di Ofer, Jerusalem pada 1 Januari 2018, lapor Paul Morris:

“…dia tersenyum dengan berani, memberikan kekuatan kepada para penyokong dan keluarganya, tetapi juga memberikan gambaran yang ditangkap oleh banyak jurugambar media. Gerakan rakyat Palestin mendapatkan simbol perjuangan yang muda, hidup, dan bersemangat dari Ahed.

“Rambut perang panjang Ahed, yang mungkin mirip surai [bulu pada leher kuda], bahkan membuat beberapa komentator membandingkan gadis itu dengan singa pemberani. Sebuah gambaran dahsyat akan menyebar, menyangkut seorang tahanan politik muda yang garang – gadis yang melawan.” (Gadis Palestina, hal. 30-31.

Itu juga mungkin mengilhamkan Ahed menggunakan tajuk “They Called me a Lioness” untuk autobiografinya. Menurut peguambela Ahed bagi kes tersebut, Gaby Lasky (juga seorang pejuang hak asasi manusia, tokoh feminis, aktivis sosial dan anggota Majlis Bandar Raya Tel Aviv), apa yang menjadi sebab penahanan Ahed ialah video yang menunjukkan dia telah menampar salah seorang tentera IDF, yang telah mencetuskan dua naratif yang hebat, yakni perbezaan yang jelas dalam persepsi orang Israel dan Palestin.

Tulis Paul Morris: “Bagi orang Palestin, mereka mempunyai pejuang kemerdekaan baru dalam diri Ahed, pembela pemberani baru untuk perjuangan mereka meraih kemerdekaan dari pendudukan Israel.

“Sebaliknya, orang Israel bersimpati terhadap tentera mereka di mata mereka, menunjukkan pengendalian diri. Diserang oleh akhbar [media] Israel dan para pemimpin politik, kebanggaan atas pengendalian [mengawal/mengurus] diri ini berubah menjadi ketakutan bahawa mereka dipermalukan. Bagi rakyat Israel, Ahed harus diberikan pelajaran [pengajaran].” (Gadis Palestina, hal. 34)

Video itu benar-benar membuatkan segelintir politikus Israel histeria. Antaranya, Menteri Kebudayaan, Miri Regev dan Menteri Pendidikan, Naftali Bennet [Perdana Menteri Israel ke-13, antara 13 Jun 2021 hingga 30 Jun 2022, kerajaan  campuran yang berjaya menyingkirkan Benjamin Neetanyahu, melalui undi tidak percaya di Knesset]. Benjamin Neetanyahu ketika itu hilang sokongan ekoran dakwaan skandal rasuahnya. Selepas itu (29 Jun 2022), Naftali Bennet mengisytiharkan bersara daripada politik.

Mereka (anggota Knesset) mencadangkan agar Ahed dan ibunya, Nariman dipenjarakan seumur hidup manakala seorang wartawan Israel, Ben Caspit menghendaki agar rakyat Israel “membalas dendam pada suatu kesempatan, dalam kegelapan, tanpa saksi dan kamera” ….Pemukulan? Pemerkosaan?.

Tulis Paul Morris lagi, : “menjadi penghormatan terhadap kekuatan Ahed sebagai simbol potensial [berpotensi] perlawanan terhadap pendudukan. IDF menyelubungi Ahed dengan selimut kerana tidak ingin membuat semakin dikenali dunia.

“Walaupun harus merebut hati pemirsa [khalayak penonton dan pembaca media] Israel dengan menunjukkan penangkapan Ahed, mereka tidak mampu menunjukkan, kepada dunia, gambar seorang gadis berambut perang – yang sudah dikenal orang ramai lewat video viralsedang dirundung [dibuli atau sedang tertekan] dan ditangkap pada malam hari.”  (Gadis Palestina, hal. 24-35).

Gaby Lasky mengeluh dengan apa yang bakal dihadapi oleh Ahed, perihal layanan pihak tentera ketika melakukan soalsiasat yang berterusan (marathon) antara jam 1 hingga 3 pagi. Ahed disiasat oleh dua orang pegawai, seorang pegawai polis dan seorang lagi pegawai tentera. Ahed tidak dibenarkan menggantikan pakaian, ditekan dan dirantai kakinya.

(BERSAMBUNG)

KAMARUN KH

Translate »