Orang yang mengemis tidak selalu kerana ia malas atau memang bermental pengemis, tapi boleh jadi kerana keterpaksaan kerana tidak memungkinkan lagi baginya untuk berusaha. Apalagi, bila sejak muda ia telah berusaha dengan mengandalkan kekuatan fizik.
Suatu ketika, Khalifah Umar bin Khattab melihat seorang laki-laki tua dan buta sebelah matanya mendatangi rumah-rumah untuk meminta-minta. Setelah diperhatikan, ternyata orang itu adalah orang Yahudi. Kepadanya Umar bertanya: “Apa yang membuatmu menjadi seperti ini?”
Orang Yahudi yang sudah lanjut usia itu menjawab, “Aku meminta-minta kerana harus membayar jizyah (pajak), keperluan sehari-hari, dan kerana usiaku sudah lanjut.”
Mendengar hal itu, Umar memegang tangan orang itu dan mengajaknya pulang ke rumah beliau.
Sesampai di rumahnya, Umar memberikan sesuatu yang boleh mencukupi kehidupannya, lalu membawanya juga ke kas baitul mal. Kepada pengelola baitul mal Umar berkata, “Lihat orang ini dan orang seperti dia. Demi Allah, kita tidak berlaku adil jika di masa mudanya kita memanfaatkan dia, sementara setelah dia tua renta kita menelantarkannya. Sesungguhnya, sedekah itu diperuntukkan bagi fakir dan miskin. Mereka yang fakir adalah yang berasal dari kaum Muslimin, dan orang ini diantara orang miskin yang berasal dari ahli Kitab.”
Setelah itu, Umar membebaskan jizyah dari orang itu dan orang yang seperti dia.
Dari kisah di atas, pelajaran yang dapat kita ambil adalah:
1. Pemimpin seharusnya dapat menunjukkan kasih sayang kepada rakyat yang sudah lanjut usia tanpa membezakan latar belakang agama, sesuatu yang amat mulia untuk dilaksanakan oleh para pemimpin masa kini dan mendatang.
2. Memberikan jaminan hidup untuk rakyat yang lanjut usia amat baik untuk dilakukan para pemimpin.
Oleh: Drs. H. Ahmad Yani
Recent Comments