Kisah pertaubatan Raja Balkh (Iran) Abu Ishaq Ibrahim bin Adham bermula daripada keinginannya untuk berburu di hutan. Bersama kuda kesayangannya, Ibrahim menuju hutan dengan penuh gairah. Keadaan berjalan wajar hingga ketenangannya diusik oleh seekor burung gagak.

Ibrahim sesungguhnya hanya ingin rehat sejenak. Melepas lelah perjalanan sembari memakan roti. Malangnya, Ibrahim tak sempat mencicipi sedikit pun bekal bawaannya itu. Seekor gagak datang tiba-tiba menyambar roti, lalu membawanya terbang ke udara.

Ibrahim terperanjat dan kagum dan memutuskan untuk mengikuti ke mana gagak pergi. Si burung hitam meluncur cepat ke arah gunung, hingga Raja Balkh nyaris saja tak menemukannya lagi. Tapi tekad Ibrahim bin Adham untuk menaklukkan segala rintangan gunung membuatnya tak kehilangan jejak.

Tapi gagak tetaplah gagak. Jerih payah sang raja untuk mendekatinya mendapat penolakan. Sekali lagi, gagak terbang ke udara, menghilang entah ke mana. Pada masa yang sama, Ibrahim bin Adham menjumpai seseorang tengah terbaring di tanah dalam keadaan terikat. Segera ia turun dari kuda dan berusaha melepaskannya.

“Apa yang berlaku?” tanya Ibrahim bin Adham.

“Saya mangsa rompak,” jawab orang tersebut yang ternyata adalah seorang saudagar. Setelah seluruh hartanya dirampas, para perompak hendak membunuhnya dengan cara mengikat dan meletakkan tubuhnya di tanah. Saudagar itu mengaku, sudah tujuh hari ia terlentang tak berdaya di tempat itu.

“Bagaimana Anda dapat bertahan hidup?”

Saudagar tersebut lantas menceritakan bahawa selama masa-masa itu, seekor gagak rutin menghampiri, hinggap di atas dada, dan menghulurkan makanan untuknya, termasuk roti. Begitulah cara ia mendapatkan tenaga setiap hari.

Peristiwa ini membuka kesedaran Ibrahim bin Adham tentang hakikat rezeki. Ia akhirnya memutuskan meletakkan jawatan sebagai raja, memerdekakan semua hamba sahaya miliknya, dan mewakafkan segala kekayaannya. Hikayat ini dapat dijumpai secara jelas dalam kitab al-Aqthaf ad-Daniyyah.

Ibrahim bin Adham memilih menjalani hidup sederhana sebagai rakyat biasa. Jalan tasawuf mulai ia tekuni dengan berjalan kaki ke Mekah, tanpa bekal apapun kecuali rasa tawakal yang amat tinggi. Sejak masa itu, aktiviti ruhani merupakan kegiatan pokok selama hidupnya.

Ternyata, kisah tentang kegagalan Ibrahim bin Adham mencicipi roti ini memberi kesan pada perubahan keseluruhan hidup raja Balkh itu. Ibrahim bin Adham akhirnya masyhur sebagai tokoh sufi yang sangat dikagumi. Dalam sumber-sumber Arab dan Persia, seperti Imam Bukhari dan lainnya, ia terkenal sebagai tokoh sufi yang pernah bertemu dengan Nabi Khidzir. (nu.or.id)

Translate »