“Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat” – Riwayat Tirmizi

Itulah antara sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis yang memberi peringatan kepada umat Islam agar menjaga aib saudara seagama. Hal ini kerana, membantu orang yang memerlukan merupakan tindakan mulia dan lebih mulia apabila membantu orang yang sedang berusaha menutupi aibnya.

Orang seperti ini biasanya ialah mereka yang tidak pernah melakukan maksiat, namun terpaksa atau dipaksa untuk melakukannya. Sungguh ramai orang seperti ini dalam masyarakat, antaranya mereka yang terpaksa melakukan maksiat suatu ketika dahulu kerana tidak mempunyai pilihan. Namun, kini mereka ingin memperbaiki diri dan memulakan lembaran baharu yang lebih bersih bagi mendapat keredaan Allah. Maka, menjadi kewajipan bagi kita untuk membantunya dalam usaha menarik mereka keluar daripada dilemma dosa silam.

Kita seharusnya berpura-pura jahil iaitu tidak mengetahui perbuatan buruk yang dilakukan mereka sepertimana Allah menutup aib dan menyayangi kita walaupun kita sentiasa melakukan dosa kepada-Nya.
Oleh: Utusan Online 11 Julai 2019

Translate »