Ramai yang gemar tidur dalam keadaan meniarap walaupun pernah mendengar bahawa perbuatan itu dilarng, malah Rasulullah SAW juga pernah mengejutkan seseorang menggunakan kaki hanya kerana orang itu tidur meniarap. Ini seperti yang diriwayatkan Ya’ish daripada ayahnya, Taikhfah bin Qaysi al-Ghifari r.a. nahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang mengejutku (membangunkanku) dengan menggunakan kaki lalu berkata, maksudnyaa: “Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah”. Kemudian Tikhfah berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW – Riwayat Abu Daud (5040) dan al-Bukhari (1187).
Berdasarkan hadis tersebut, jelas terdapat larangan agar manusia tidak tidur secara meniarap. Dalam kitab-kitab fikah mazhab al-Syafi’e, turut menjelaskan bahawa tidur secara sengaja dalam keadaan itu adalah makruh. Ini seperti yang disebutkan olej al-Imam al-Nawawi Rahimahullah dalam kitabnya al-Majmu’ maksudnya: “Dan dimakruhkan untuk tidur di atas perut (secara meniarap)”. Dalam pada itu, al-Khatib al-Syarbini menyebut bahawa sunat mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap.
Jadi, seeloknya perbuatan itu dielakkan. Dalam Islam, terdapat adab dan sunah yang boleh dipraktikan oleh umat Islam ketika tidur iaitu dalam keadaan berwudhuk dan mengiring ke kanan. Sebelum tidur juga digalakkan membaca ayat al-Kursi untuk memelihara diri daripada gangguan syaitan. Umat Islam juga digalakkan membaca surah tiga Qul iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaq serta al-Nas seperti yang dilakukan Rasulullah. Selain itu, sebelum tidur seeloknya dibersihkan dahulu tempat tidur dengan mengambil kain dan mengibaskan tempat tersebut, membaca doa, membunag sifat dengki serta memaafkan orang lain.
Oleh: Utusan Online 10 Julai 2019
Recent Comments