Tentang Kami

Pengenalan

PERTUBUHAN KEARIFAN ISLAM MALAYSIA (OMIW) merupakan sebuah pertubuhan yang bebas dan berdiri sendiri. OMIW ditubuhkan ke arah memakmurkan kearifan Islam menerusi percambahan dan penghayatan ilmu-ilmu Islam dalam kalangan umat Islam. Pendekatan kearifan Islam penting diketengahkan sebagai suatu tahap pencapaian tertinggi keilmuan dan ruhani manusia dalam menjalani kehidupan di dunia dan mencapai keredaan Allah SWT sebagai tujuan akhir di akhirat kelak.

Islam merupakan agama yang diturunkan dengan misi untuk mencerahkan ummat manusia sekaligus sebagai agama penyatuan dan perpaduan tanpa dibatasi oleh perbezaan etnik, lokaliti dan keturunan. Islam telah lama memperkenal dan mempraktikan konsep kearifan Islam dalam setiap aspek kehidupan seorang Muslim. Prinsip-prinsip kearifan diterapkan kepada individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara yang seterusnya akan menghasilkan satu tamadun. Justeru, seorang Muslim dapat dibina sebagai seorang yang seimbang dari semua sudut dengan perspektif kearifan Islam.

Demi mencapai kesatuan ummah, OMIW berhasrat untuk mencari titik-titik persamaan kerana usaha mencari persamaan lebih mulia dan utama. OMIW ingin mengarus perdanakan nilai-nilai persamaan dengan mengutamakan keharmonian dan toleransi antara agama di samping membina ilmu serta kerangka pemikiran dalam masyarakat Islam.

Hakikatnya, masyarakat yang pelbagai merupakan manifestasi kekuasaan dan kehendak Allah SWT. Penganut agama yang berbeza-beza perlu saling kenal mengenali dan membudayakan sikap keterbukaan, menerima serta menghormati perbezaan.Semuanya tidak lain untuk mendapatkan pencerahan agar hidup kita berada diatas jalan yang benar,baik dan memberi manafaat bagi sesama makhluk ciptaan Tuhan khususnya sesama manusia apa pun asal suku,bahasa,budaya dan agamanya.Dengan keluasan ilmu dan cakerawala pengetahuan yang terbentang luas dalam khazanah Islam, OMIW percaya tamadun dunia yang bijaksana akan terbina dengan kearifan Islam.

Justeru, OMIW menggunakan pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam membentuk dan membina masyarakat berasaskan kearifan Islam. Pendekatan yang menjadi manhaj berfikir dalam membina sebuah kerangka pemikiran yang sehaluan dengan sejarah peradaban Islam agar terus kekal menerajui peradaban manusia sejagat.

Objektif

  • Memupuk budaya mencari kearifan Islam dalam kerangka penyelesaian masalah umat Islam.
  • Membangun dan mengembangkan kerangka pemikiran yang berasaskan tasawwur Islam berhaluan Ahlu Sunnah wal-Jamaah (ASWJ).
  • Menjernihkan kerangka pemikiran Islam berdasarkan pemahaman sejarah dan model kepimpinan Islam yang selaras dengan tuntutan al-Quran, al-Sunnah dan warisan pemikiran ulama-ulama klasik yang muktabar.
  • Meletakkan kepentingan dan syiar Islam mengatasi kepentingan kumpulan dan mazhab tertentu.
  • Memberi pencerahan kepada masyarakat Islam agar dapat mengenal pasti dan membezakan antara perkara usul dengan furu’ dalam beragama.
  • Mengelakkan perselisihan fiqh (mazhab) dan menjadikan ikatan ukhuwah Islamiah sebagai wasilah umat agar tercipta perpaduan ummah yang kukuh dan mantap.
  • Merumus dan mengkaji semula warisan pemikiran Islam agar dapat memenuhi tuntutan zaman dan perkembangan psikososial untuk pembangunan peradaban Islam yang kompeten.
  • Menyalurkan reaksi Islam terhadap kerencaman kerangka berfikir yang dipengaruhi oleh idealisme dan falsafah moden yang menolak fungsi dan peranan Tuhan dalam kehidupan manusia.

Aktiviti

Pendekatan

Bagi memperoleh kesan yang maksimum, OMIW akan mengambil sikap sederhana, iaitu bebas daripada pengaruh mana-mana ideologi politik. Pendekatan sedemikian dilihat mampu menjadi jambatan perhubungan antara pelbagai aliran pemikiran dengan budaya ketaksuban yang mempengaruhi pemikiran umat Islam sehingga lebih melihat ketokohan seseorang itu berbanding penilaian “personality cult”, sedangkan perkara yang perlu ditonjolkan sebenarnya ialah meneladani prinsip kearifan dan berhemah.

  • Menghimpunkan pakar dalam pelbagai aliran pemikiran Islam menerusi perbincangan, kolokium, bengkel, sesi percambahan minda, seminar, bengkel dan persidangan.
  • Meratifikasikan semua aliran pemikiran untuk mencari titik persamaan yang boleh dikongsikan dalam bentuk siaran maklumat, dokumentasi dan penerbitan berkala.
  • Menghasilkan lebih banyak penyelidikan dalam bidangbidang baharu di samping mempertajamkan analisis pemikiran klasik mengenai peradaban Islam.
  • Membangunkan satu bentuk rangka kerja dan pelan tindakan sama ada secara short term dan long term.
  • Memberikan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh pemikiran Islam yang gigih mempertahankan kesinambungan dan kearifan Islam.
  • Menganjurkan bengkel kerja secara tematik dan berkesinambungan sepanjang tahun.
  • Membina portal rasmi OMIW bagi memperkenalkan visi misi organisasi, objektif, aktiviti dan pendekatan organisasi untuk tatapan orang ramai.
  • Menghasilkan karya dalam bentuk hardcopy seperti jurnal, majalah, pamphlet, buku dan dalam bentuk softcopy seperti video clips, mobile TV, radio.
  • Mempromosikan nilai-nilai kearifan Islam dalam media sosial seperti melalui tweeter, instagram, facebook, telegram dan whatsapp.
  • Melaksanakan kumpulan kerja dengan mengambil kira keperluan untuk menterjemahkan prinsip-prinsip kesederhanaan dalam kehidupan.
  • Mengetengahkan fahaman Islam sederhana sebagai paradigma organisasi dan menolak fahaman ekstremis yang bertentangan dengan prinsip kearifan Islam, sebagaimana digariskan oleh al-Quran, al- Sunnah dan pemuafakatan ulama (termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan).
  • Menubuhkan pusat rujukan mengenai peradaban Islam dan pemuliharaan pemikiran Islam yang jernih, bebas dari pelbagai pengaruh falsafah yang terlalu bersifat rasional atau ideologi politik.

Carta Organisasi

PENAUNG : Tan Sri Dr. Alies Anor Abdul.
PENGERUSI : Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir.
TIMB. PENGERUSI : Tan Sri Dr. Ibrahim bin Lembut.
NAIB PENGERUSI 1 : Tan Sri Abdullah Haji Taib.
NAIB PENGERUSI 2 : Dr. Haji Mokhtar Haji Mohd Zain.
SETIAUSAHA : Datuk Ismail Ramli
PEN. SETIAUSAHA : Arif Adzwan Mohd Ali.
AHLI JAWATANKUASA : Dato’ Seri Dr. Md Yusup Che Teh | Datuk Dr. Mohd Fathil Daud | Dato’ Wan Hassan Wan Zin | Dato’ Mejar (B) Samsi Ibrahim | Dr. Mohd Hatta Mohamad Sa’at | Dr. Mohd Shukri Hanapi | Mohd Shauki Abd Majid | Abdul Kahar Harun

Dato’ Seri Dr. Md Yusup Che Teh.
Datuk Dr. Mohd Fathil Daud.
Dato’ Wan Hassan Wan Zin.
Dato’ Mejar (B) Samsi Ibrahim
Dr. Mohd Hatta Mohamad Sa’at.
Dr. Mohd Shukri Hanapi.
Mohd Shauki Abd Majid.
Abdul Kahar Harun.

Translate »