Kalimah Allah yang merupakan ‘lafaz al-jalalah’, iaitu gelaran tertinggi dan paling mulia yang digunakan oleh umat Islam untuk merujuk kepada Allah SWT. Dalam al-Quran, kalimah Allah termaktub lebih daripada 20 ribu kali. Manakala dalam solat 5 waktu pula, kita menyebut kalimah Allah sebanyak 425 kali. Ia digelar sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah SWT yang Maha Agung.
Penganut-penganut agama lain tidak sepatutnya menimbulkan semula provokasi sedemikian kerana ia bakal “membakar diri sendiri”. Api kemarahan tidak mudah dipadamkan dengan simbahan air, kerana api itu tetap membakar dan bila-bila masa boleh mencetuskan semula pergaduhan.
Pengetahuan tentang Allah adalah kebajikan yang paling agung. Memahami bahawa Allah SWT Maha Esa dengan segala kebenaranNya merupakan penegakkan sejati tentang keesaan Allah.
Kita tidak faham sesetengah mereka yang cuba bermain-main dengan kalimah Allah dan tidak mahu menerima hakikat sebenar zat Allah seperti mana yang terukir di dalam firmannya yang bermaksud;
“Katakanlah; Dia Allah Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakan dan tidak ada seorangpun yang setara denganNya.” – (Surah Al-Ikhlas ayat 1-4)
Kedudukannya sudah jelas berbeza, kerana Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kebebasan ini jangan disalah-ertikan sehingga boleh mengganggu dan menggugat agama rasmi persekutuan itu.
Al-Quran menganjurkan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, seperti mana yang ditegaskan di dalam firmannya yang bermaksud;
“Katakanlah; Wahai ahli kitab, marilah berpegang kepada satu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah.” – (Surah Al-Imran ayat 64)
Tetapi sebaliknya tidak begitu bagi golongan ini kerana nama yang suci lagi Tunggal dan Esa itu hendak di permainkan. Maka penggunaan cara yang salah dan mengelirukan tersebut sudah tentu mencabar maruah umat Islam di negara ini. Dengan tidak mengendahkan kesuciaan-Nya, makna Allah yang Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Agong dan Maha Pengasih dan Penyayang akan terus ternoda oleh tangan-tangan besar yang berselindung di balik kebebasan beragama.
Mengenai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia yang wajib diterima semua pihak, dan agama ialah urusan Yang di-Pertuan Agong dan dalam negeri-negeri urusan Sultan, dan fatwa kebangsaan sudah menentukan bahawa ismu jalalah atau nama Allah itu adalah untuk agama Islam. Maka dalam konteks ketaatan kepada perlembagaan tidak ada sesiapa yang patut mempersoalkan kedudukan agama Islam dan perkara yang berkaitan dengan pengamalannya. Dengan itu penggunaannya yang tidak wajar, hendaklah dilarang.
Isu ini terkelas dalam 3R iaitu membabitkan perkara tersangkut agama, raja dan kaum. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung baru-baru ini bertitah, sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja. Mereka sengaja mencabar keimanan umat Islam khususnya ketika mana mereka sedang melaksanakan ibadah puasa.
Umat Islam di Malaysia masih lagi waras, dan mereka sangat beruntung dan patut sedar sekurang-kurangnya tiada kedai KK Mart dibakar, seperti apa yang berlaku di negara lain. Sangat pelik, KK Super Mart ada sistem pengurusan tersendiri tetapi tiba-tiba boleh terlepas pandang dalam hal seumpama ini. Maaf tidak dapat diterima, kerana sebelum ini sudah beberapa kali umat Islam dipermainkan oleh kafir laknatullah ini dan tindakan siasatan perlu dibuat dengan penuh teliti bagi pengajaran kepada orang lain. Tidak akan ada sebarang kompromi dengan pihak terbabit yang dilihat sengaja mencetuskan api kemarahan umat Islam menerusi kelakuan jijik menghina agama dan bangsa Melayu.
Kita tidak tahu apa sudah terjadi dengan unit khas di Jabatan Perdana Menteri bagi memantau isu-isu penghinaan Islam, sejak akhir-akhir ini menjadi semakin semarak dan menjadi tular di platform media sosial. Langkah tersebut perlu dilaksanakan dengan cepat dan cekap bagi mengelakkan isu penghinaan terhadap agama Islam oleh segelintir orang awam cenderung berubah menjadi konflik antara agama dan kaum sebagaimana berlaku di beberapa buah negara.
Berdasarkan prinsip Rukun Negara, amalan sosial dan peraturan yang terdapat di Malaysia, persoalan pelecehan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana ia termasuk dalam peraturan yang bertujuan menjaga keharmonian antara kaum.
Sebagai sebuah unit yang dikhusus ditubuhkan untuk memantau isu-isu yang berkaitan pelecehan agama di masyarakat bukan sahaja perlu bekerja-sama untuk melaporkan kejadian sedemikian untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Dan jangan pula kedengaran suara-suara yang melarang orang Islam untuk mula memboikot. Kerana tekanan ekonomi melalui boikot tidaklah lahir kerana satu insiden sahaja, tetapi setelah bertahun-tahun hidup dalam masyarakat majmuk, tetap ada yang masih tidak ambil kisah tentang sensitiviti agama persekutuan. Namun begitu, kita hendaklah melaksanakan kempen boikot secara bijak dan berhikmah dan tidak bertindak dengan cara ekstrem dan melulu, seperti memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat. Ia memandangkan mereka itu sekadar mencari rezeki, juga mensabotaj dengan merosakkan infrastruktur adalah langkah yang ekstrem dan tidak boleh dilakukan. Rasulullah SAW berpesan;
“Sesiapa yang tidak ambil berat (cakna) dengan apa yang berlaku ke atas umat Islam, maka dia bukan daripada golongan mereka (orang Islam).” – (Riwayat al-Tibrani)
Maka lahirlah ungkapan penuh hikmah dari Profesor Dr. Hamka, ulama’, filsuf dan pemikir Islam yang berbunyi – “Jika diam saat Agamamu dihina maka gantilah bajumu dengan kain kafan.”
Akhir sekali, hayatilah ayat al-Quran dari surah al-Ahzab ayat 57 sebagai renungan;
“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.”
Catatan: Ibnu Majid
Recent Comments