Ramadan sebaik-baik bulan qamari: seribu satu peluang keemasan diberinya kepada kaum Muslimin untuk menghampiri Rabb mereka sedekat-dekatnya hingga ke stesyen muqarrabun.

Mulakanlah perjalanan dari stesyen memahami alkimia Ramadan; di dalamnya fadhilat-fadhilat puasa, sembahyang, tadabbur al-Quran, zikir dan sedekah untuk fakir miskin tersepadu dalam diri pencinta Sunnah Nabawi.

Dalami tadabbur al- -Quran sedalam-dalamnya sehingga diselami lubuk maknanya sambil menaruh harapan memuncak agar nun di sana kelihatan tanda-tanda malam gemilang laylatul qadar yang dicari-cari.

Tunaikan dengan khusyu’ solat di malam-malam Ramadan dengan harapan tinggi ia menjadi buraq dalam mikraj ruhani menujui takhta rabbani yang menyelubungi hati-kalbu diri sendiri; bukankah Nabi bersabda “solat ialah mikraj bagi si mukmin?”

Osman Bakar

9 Ramadan 1445/20 March 2021

Translate »