Manusia bijaksana memperingatkan bahawa kerasionalan mentakrifkan manusia dan keinsanan; demikian juga dengan puasa: antara puasa dan kerasionalan ada hubungan rahsia yang perlu dibongkar!

Bukankah puasa itu istimewa dan unik kepada manusia? Manusia adalah makhluk tunggal di bumi dan di langit yang tahu berpuasa! Ketahuilah bahawa manusia berpuasa demi menyerlahkan keinsanannya!

Betapa tingginya kemuliaan bani Adam menerusi puasa! Lantaran termaktub dalam hukum puasa sejagat Ilahi, iaitu lambang kebebasan manusia daripada dunia.

Puasa menajamkan akal manusia lalu membuahkan fikiran yang menakjubkan; dan puasa melemahkan nafsu kebinatangan dalam diri manusia yang Syaitan suka membuaskannya agar akal menjadi tumpul dan menyeleweng.

Osman Bakar

2nd Ramadhan 1445/ 13th March 2024

Translate »