Berdasarkan ayat tersebut, ramai ahli tafsir menyatakan ‘mendahului Allah dan Rasul-Nya” bermaksud menetapkan sesuatu hukum, sebelum ada ketetapan daripada Allah dan Rasul- Nya.
Ini bermakna, menyatakan bahawa Islam itu hanya ada dalam PAS adalah sesuatu yang salah, kerana tidak ada bukti bahawa Allah SWT telah menetapkan bahawa PAS itu adalah Islam.
PAS hanya sebuah parti politik yang menggunakan istilah Islam, sebagai jenama, yang tentunya bertujuan menarik sokongan dalam kalangan penganut Islam. Itu sahaja. Ia pula berusaha mengembangkan ideologi politik yang dilihat ada hubungannya dengan Islam, tetapi bukan mengembangkan penghayatan Islam dengan lebih baik.
Apabila kita mengkaji sejarah budaya politik dan tingkah politik aktivis PAS, kita menemui terlalu banyak percanggahan (paradoks) dengan makna Islam sebenar.
Berdasarkan ayat tersebut, ramai ahli tafsir menyatakan ‘mendahului Allah dan Rasul-Nya” bermaksud menetapkan sesuatu hukum, sebelum ada ketetapan daripada Allah dan Rasul- Nya.
Ini bermakna, menyatakan bahawa Islam itu hanya ada dalam PAS adalah sesuatu yang salah, kerana tidak ada bukti bahawa Allah SWT telah menetapkan bahawa PAS itu adalah Islam.
PAS hanya sebuah parti politik yang menggunakan istilah Islam, sebagai jenama, yang tentunya bertujuan menarik sokongan dalam kalangan penganut Islam. Itu sahaja. Ia pula berusaha mengembangkan ideologi politik yang dilihat ada hubungannya dengan Islam, tetapi bukan mengembangkan penghayatan Islam dengan lebih baik.
Apabila kita mengkaji sejarah budaya politik dan tingkah politik aktivis PAS, kita menemui terlalu banyak percanggahan (paradoks) dengan makna Islam sebenar.
Dalam hal ini, para pengkaji menamakan parti-parti politik yang cuba membawa ideologi politik Islam sebagai Islamisme, Pan-Arabisme dan juga Pan-Islamisme. Salah seorang pemikir politik yang cuba membezakan antara Islamisme dan Islam ialah Bassan Tibi, keturunan Syria yang bermastautin di Jerman.
Dalam tulisannya, Bassan Tibi berkata: …Islamisme itu terkait tatanan politik, bukan iman. Meskipun demikian, Islamisme bukanlah semata-mata politik, tetapi politik yang diagamaisasikan. …Gagasan tentang ‘politik yang diagamaisasikan’ itu …bererti promosi suatu tatanan politik yang dipercayai beremanasi dari Kehendak Allah dan bukan berdasarkan kedaulatan rakyat.
“Islam sendiri tidak melakukan melakukan hal yang seperti itu. Sebagai iman, cara beribadah dan kerangka etika, Islam menyiratkan nilai-nilai politik tertentu namun tidak mensyaratkan satu tata pemerintahan secara khusus.
“Islamisme tumbuh dari interpretasi spesifik atas Islam, namun itu ia bukanlah Islam: itu merupakan ideologi politik yang berbeza dengan ajaran Islam….Islamisme juga bukanlah – sebagaimana sering digambarkan – sebentuk kebangkitan kembali Islam. Islamisme tidak menghidupkan kembali Islam, tetapi malah merekonstruksi Islam yang tidak sesuai dengan warisan sejarahnya.
“Islamisme mendambakan kebangkitan semula sejarah dan kejayaan Islam …merupakan sebuah tradisi yang dibuat-buat. Utopia kalangan Islamis, iaitu suatu sistem yang diimajinasikan dari pemerintahan Ilahi bernama hakimiyyat Allah (pemerintahan Tuhan), tidak pernah ada dalam sejarah Islam.” (Bassam Tibi, Islam dan Islamisme, terjemahan dari bahasa Inggeris oleh Alfathri Adlin, Bandung: PT Mizan Pustaka, 2016, hal. 1-2).
Akhirnya, kerana ‘berebut kuasa’ krisis kemanusiaan dijangka akan mengakibatkan lebih 15 juta rakyat Sudan (tiga kali ganda penduduk Palestin) berhadapan dengan kelaparan dan perlukan bantuan kemanusiaan. Dianggarkan lebih 3 juta kehilangan tempat tinggal dan menjadi internally displaced people (bertukar menjadi gelandangan, tanpa tempat kediaman, pekerjaan dan sebagainya).
Lebih tiga juta rakyat Sudan akan berhadapan dengan kekerasan diskriminasi gender, lebih 10 juta orang berhadapan krisis kesihatan, 4 juta kanak-kanak tidak cukup zat, 3.7 juta orang terhalang daripada mendapatkan pendidikan dan 3.8 juta lagi kanak-kanak hidup terlantar. Dahsyatnya perang.
Dahsyatnya keinginan seseorang untuk berkuasa dan hilangnya pertimbangan kemanusiaan dalam diri politikus.
Perang antara puak (kelompok) ini, kata Sumanto al-Qurtubi, pengasas Nusantara Institute dan pensyarah di King Fahd University of Petroleum and Mineral: ‘memperparah dan memperburuk situasi Sudan yang sudah lama mengalami krisis kemanusiaan yang kronik, yang memakan korban jutaan jiwa., jauh dari apa yang terjadi di Palestin. (Sumanto al- Qurtuby, dalam “Praha Sudan”, https://www.kompas.id/baca/opim/2023/04/06/prahara- sudan bertarikh 27 April 2023).
Tulis Sumanto lagi: “Kini, Dagalo [Hamdan Dagalo atau Hamedti, pemimpin RSF dan Timbalan Transitional Military Council, atau TMC yang ditubuhkan selepas kudeta 2019. Hamedti berasal dari etnik Rizelgat, suku Arab Badwi.
Pada pilihan raya umum Sudan 2022, Hamedti dan rakan-rakannya tidak layak bertanding kerana menduduki TMC] mencuba keberuntungan melalui cara dan taktik yang sama [merampas kuasa, kudeta dan revolusineer]. Kerana itu, tak salah jika Sudan disebut sebagai ‘negeri kudeta’. Namun, perlu diingat, perang dan kekerasan di Sudan bukan hanya berlaku setelah merdeka. Jauh sebelum merdeka, Sudan sudah akrab dengan perang dan kerkerasan antara faksi.
“Bahkan, sejak berdirinya Kerajaan Kerma tahun 2500 SM, Sudan sudah menjadi ajang perebutan kekuasaan pelbagai kelompok.Sejak itu, pelbagai faksi agama, politik, ideologi, dan suku terlibat saling serang, saling bunuh, saling balas dendam.
“Pelbagai suku bangsa silih berganti berusaha menaklukkan Sudan: Nubia, Arab, Turki, Inggeris, dan etnik-etnik Afrika. Pelbagai rejim silih berganti menguasai Sudah: Kush, Nubia, Sennar, Turki, Mahdi, Anglo-Meir, dan lainnya.
“Pelbagai kelompok ideologi dan agama (Islamisme, Salafisme, Sufisme, Sekularisme, Komunisme, Sosialisme, Pan-Arabisme, Republikanisme, dan lainnya saling berusaha mempengaruhi dan mengawal Sudan.
“Begitu juga aktivis parti politik, kelompok pemisahan (separatis) dan grup milisi/paramiliter juga saling baku hantam dan berebut kekuasaan,. Semua ingin memerintah, rakyatlah yang menjadi mangsa (korban): pembunuhan, penjarahan, pemerkosaan, pembunihangusan, dan sebagainya.”
Sumanto menggariskan empat ikhtibar yang dapat dipelajari daripada krisis Sudan. Pertama, struktur masyarakatnya yang majmuk jika tidak diuruskan dengan baik dan memadai akan menjadi bencana dan malapetaka.
Kedua, atas keperluan untuk mendapatkan kuasa, pemimpin atau elit politik boleh bergabung dengan mana-mana kelompok yang dilihat boleh memberikan laba politik, dan mampu menyelamatkan kuasa. Namun, watak penguasa itu pragmatis-oportunis, jauh dari idealisme yang dikempenkan.
Begitu juga disebaliknya, jika kerjasama ini dilihat ‘menekan’ dan timbul tindakan membentuk ‘hegemonik’, ia akan bertukar menjadi ‘permusuhan’ atau berakhirnya kerjasama tersebut.
Ketiga, ideologi, agama, dan apa pun aliran yang dikembangkan oleh penguasa, belum tentu dapat menjamin negara dan rakyat mengecapi keadilan, hidup yang makmur, aman, harmoni dan sejahtera. penguasa tak menjamin negara dan rakyat jadi adil, makmur, aman, damai, dan sentosa.
Sudan dari sejarahnya telah dikuasai oleh pelbagai kelompok: sekuler, sosialis, demokrat, nasionalis, Sufi, dan Islamis namun hasilnya, negara itu belum muncul sebagai sebuah negara tanpa munculnya pergolakan dan politik yang stabil untuk jangka masa panjang. Sejak merdeka (1956) dilaporkan tidak kurang daripada 15 kali terjadinya peperangan, konflik etnik, dan aktiviti merampas kuasa.
Keempat, walaupun menggunakan sistem politik-ekonomi, undang-undang, termasuk penerapan syariat Islam secara formal sejak awal 1980-an dan kemudian ditukar semula pada era Jaafar al-Numeiri, serta sebelum dihapuskan pada 2019, ianya belum mampu melahirkan Sudan sebagai sebuah negara yang tenteram dan maju dalam bidang ekonomi, bahkan rakyatnya hidup dalam kategori miskin.
Sudan dikenali pasti sebagai sebuah negara yang paling miskin dengan pendapatan perkapita setiap rakyat setahun ialah USD $750, atau purata pendapatan harian ialah sekitar USD $ 2 (RM 4.60). Bayangkan dengan pendapatan sebanyak itu apa yang boleh rakyat Sudan dapatkan? Apakah cukup untuk menyara kehidupan keluarga?
Biarpun majoriti rakyat Sudan merupakan penganut Islam (75 peratus), Malaysia sekitar 70 peratus, ia tidak bermakna kuasa majoriti (penganut Islam) menunjukkan sikap dan pendirian yang satu. Masyarakat Islam di Sudan dan Malaysia sangat cenderung kepada pembinaan dan pemusatan kelompok, sama ada dalam pemahaman ideologi politik, politik intraetnik (lokasi, daerah dan negeri), fahaman dalam istilah sekterian (sunni, syi’ah, wahabi, salafi dan sebagainya), dan pengaruh persekitaran pendidikan (aliran pendidikan seperti Arab, Melayu, Inggeris dan juga lokasi pendidikan tinggi, dalam negara, bukan negara-negara Arab dan negara-negara Arab).
Dalam konteks pendidikan daripada negara-negara Arab juga melahirkan asas pemikiran yang berbeza sehingga membentuk kelompok-kelompok tertentu yang kadangkala memberikan kesan kepada kerangka pemikiran dan kesendengan fahaman. Begitu juga dengan pengaruh yang membentuk lulusan pengajian Islam di India, Pakistan, dan negara- negara Eropah yang cenderung sekular dan liberal. Ia menjadi suatu isu besar yang sedang berkembang dalam masyarakat dan negara-negara Islam, termasuk Malaysia.
Hampir semua rumusan itu saya telah bincangkan untuk melihat kemungkinan-kemungkinan dan juga petunjuk yang sudah, sedang dan akan berlaku di Malaysia. Perbincangan itu meliputi lima pengajaran seperti dalam rencana (bahagian) sebelumnya: (1) perpecahan selepas mencapai kemerdekaan; (2) kebangkitan rasa tidak puas hati dan dendam dalam kalangan elit politik; (3) kontradiksi faktor agama sebagai faktor pemersatu kepada perpecahan; (4) perebutan kuasa dan mengetepikan tujuan asal penyertaan politik, semakin menampakkan falsafah ‘matlamat menghalalkan cara’; dan (5) faktor primodial tidak menjadi penunjang yang besar dalam pemikiran dan budaya politik moden, sebaliknya hanya sebagai faktor sampingan.
Masih ada lagi lima pengajaran yang dapat saya fahami daripada sejarah pergolakan politi Sudan berdasarkan koleksi buku-buku dan rencana yang sempat saya baca. Saya akan lenutukan perbincangan ini dalam siri-siri seterusnya. Namun, saya akui bahawa pengajaran yang dapat kita ambil ini bukan sesuatu yang wajar dilihat secara berpisah (tunggal) sebaliknya ia sangat berkait antara satu sama lain, dan kadangkala cukup kuat hubungannya dengan sesuatu peristiwa atau latar belakang masalah dan isu.
Dalam perspektif saya, saya setuju dengan rumusan Sumanto yang mengatakan apa pun sistem yang dipilih, ia hanya sebagai alat. Itu adalah pengajaran keempat Sumanto, yang saya sebagai pengajaran keenam. Ia banyak memberikan ita pemahaman, bahawa oleh kerana sistem yang cuba dikerangkakan oleh Islamisme, masih belum menunjukkan kejayaan yang besar, bahkan negara-negara yang melaksanakannya masih bergelut dengan pelbagai konflik.
Misalnya, Pakistan merupakan negara pertama yang mengisytiharkan Perlembagan Islam, yang turut dibantu oleh tiga orang pemikir Islam yang cukup berpengaruh dalam pembentukan kerangka politik Islam, iaitu Muhammad Assad (mualaf dari Austria-Hungari, 1900-1992)), Abul ‘Ala al-Maududi (1903-1979) dan Fazlur Rahman (1919-1988). Begitu juga dengan Sudan, Dr Hasan al-Turabi (1932-2016) turut memainkan peranan dalam membentuk sistem pemerintahan Islam namun akhirnya tidak mampu melawan ‘kehendak politik’ Omar Hasan Ahmad al-Basyir (presiden Sudan yang digulingkan oleh RSF dan Angkatan Tentera pada tahun 2019).
Menariknya lagi kita melihat dan meneliti perkembangan politik Indonesia. Walaupun penduduk Islam merupakan penduduk majoriti, dan menguasai persekitaran politik Indonesia, memaksa setiap mereka yang berkeinginan memenangi jawatan presiden wajib berganding bahu dengan tokoh-tokoh pemikir Islam, ia masih belum berupaya menerapkan pemerintahan berlandaskan syariah sepenuhnya.
Pada zaman Suharto, kelompok-kelompok Islam digunakan untuk meraih kemenangan dan seterusnya ditubuhkan pertubuhan-petubuhan bukan kerajaan untuk membantu mengekalkan kuasa (misalnya ICMI, Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia oleh BJ Habibie pada tahun 1990), kebangkitan politik Islam semasa reformasi dan kemenangan tokoh agama (Gus Dur), gandingan calon Presiden dan Naib Presiden (Jokowi-KH Maaruf Amin, masih belum menjanjikan Indonesia muncul sebagai sebuah negara yang benar membawa makna ‘negara Islam’ dalam konteks perundangan syariah, ia hanya sekadar memenuhi salah satu daripada kriteria, iaitu ditunjangi oleh pemerintan Muslim. (Robert W Hefner, Islam Dalam Politik dan Pendemokrasian di Indonesia, edisi terjemahan ke bahasa Melayu oleh al-Mustaqeem M Radhi, Jenjarom, Selangor: IBDE, 2017).
(BERSAMBUNG)
KAMARUN KH
Recent Comments