Berita yang paling menggembirakan bagi orang yang beriman adalah berita tentang syurga. Di syurga, orang-orang beriman akan mendapatkan kenikmatan yang tiada tara.
Namun, sebahagian orang mungkin akan bertanya, apakah ada kematian di Syurga? Jawapannya tidak ada. Kerana, dalam al-Qur’an Allah SWT telah berfirman:
“Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya selain kematian pertama (di dunia). Allah melindungi mereka dari azab neraka.” (QS Ad Dukhan 56)
Dalam kitab tafsirnya yang berjudul Zad al-Masir, Ibn Al Jauzi menyatakan bahawa kalimat “اِلَّا الْمَوْتَةَ الْاُوْلٰى” berisi tiga perndapat.
Pertama, kata “illa” bermakna “siwa”. Maka, menurut firman Allah, mereka tidak akan merasakan kematian di syurga kecuali kematian yang mereka rasakan di dunia dan sejenisnya. Makna ini sama halnya dengan yang terdapat dalam surat An Nisa ayat 22:
“Dan janganlah kamu menikahi perempuan-perempuan yang telah dinikahi oleh ayahmu, kecuali (kejadian pada masa) yang telah lampau.” (QS An Nisa 22).
Menurut Ibnu Katsir, kata “ اِلَّا ” dalam ayat tersebut juga bermakna sawa, yang ertinya, kecuali apa yang dilakukan nenek moyangmu. (Ini adalah pendapat Al Farra dan Az Zajjaj)
Kedua, Ibnu Qutaibah berpendapat bahawa ketika orang-orang yang bahagia mati, mereka menjadi roh dan menyebabkan mereka melihat rumah mereka dari syurga, dan jika mereka mati di dunia ini, seolah-olah mereka mati di syurga.
Ketiga, kata “ اِلَّا ” dalam ayat tersebut bererti “setelah ” sebagaimana telah disebutkan dalam surat An Nisa ayat 22 sebelumnya, iaitu “ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ”
Ibn Katsir dalam tafsirnya menyatakan, pengecualian dalam kalimat “ لَا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَ “ tersebut menegaskan penyangkalan, itu adalah pengecualian yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Ertinya, mereka tidak pernah merasakan kematian. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam kitab ash-Shahihain, Rasulullah SAW bersabda:
“Kematian didatangkan dalam rupa kambing gibasy yang bertanduk, lalu dihentikan di antara syurga dan neraka, kemudian disembelih, dan dikatakan, “Hai ahli syurga, kekallah, tiada kematian lagi. Hai ahli neraka, kekallah tiada kematian lagi.”
Sumber: https://www.republika.co.id/berita/qv9kxm320/apakah-ada-kematian-umat-manusia-kelak-di-surga
Recent Comments