Knesset (Parlimen) Israel akan melaksanakan pengundian terhadap gabungan baharu sama ada mengadakan pilihan raya kelima dalam tempoh dua tahun sejak Mac 2020 atau menamatkan riwayat penguasaan Benjamin Neetanyahu sebagai Perdana Menteri setelah diisytiharkan pemegang yang paling lama (14 tahun) dalam sejarah negara Yahudi-Zionis yang ditubuhkan pada 14 Mei 1948 secara haram di Palestin.

Jika pengundian berjalan lancar di Knesset, gabungan baharu yang diketuai oleh Nafali Bennet berjaya, maka Neetanyahu akan mengukis sejarah politiknya tersendiri, disingkirkan selepas empat kali percubaan menggunakan pilihan raya dalam tempoh dua tahun gagal menempatkan Parti Likud pimpinannya mempunyai majoriti sekurang-kurangnya 61 kerusi dalam Knesset Israel yang berjumlah 120.

Sekiranya gabungan baharu itu tidak mencapai keputusan Knesset, Israel akan melaksanakan pilihan raya pusingan kelima yang akan ditetapkan. Bagaimanapun, berdasarkan petunjuk dan ramalan pelbagai pihak, gabungan baharu itu mungkin akan melepasi ‘sekatan’ yang dilakukan oleh anggota Knesset yang menyokong Benjamin Neetanyahu.

Neetanyahu juga dianggap gagal untuk memperoleh sokongan daripada anggota Knesset walaupun berusaha melakukan dengan cara paling kejam iaitu menimbulkan konflik di Palestin pada bulan Mei lalu dengan melancarkan serangan roket ke atas penduduk Gaza City dan menahan wartawan yang membuat liputan kerana enggan berkompromi dengan laporan berita Israeal yang tidak tepat, penuh propaganda dengan menyalahkan penduduk Palestin.

Semasa pilihan raya terakhir (23 Mac 2021) dalam empat siri, Parti Likud walaupun merupakan parti yang memenangi kerusi terbanyak, ia tidak cukup untuk mengangkatkan Neetanyahu sebagai Perdana Menteri untuk tempoh seterusnya. Bagaimanapun, beliau masih diberikan peluang walaupun tiga pilihan raya sebelumnya cukup mengecewakan.

Setelah tempoh ‘berunding’ tamat, Neetanyahu gagal membentuk kesepakatan dengan parti-parti lain bagi mencukupkan majoriti mudah, dan ia sudah memperlihatkan pengaruh belau semakin merosot setelah terjejas dengan imej sebagai Perdana Menteri Israel pertama dibicarakan semasa masih memegang jawatan.

Neetanyahu didakwa terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa termasuk daripada saudagar telekomunikasi (Bezeq, yang sahamnya turut dimiliki oleh Nir Hefet, bekas penasihat media keluarga Neetanyahu) yang kemudiannya menghadiah cerut dan arak bermutu tinggi bernilai ratusa dolar atas sumbangannya meregulasikan dasar komunikasi khusus untuk memperoleh kontrak.

Pemilik syarikat telekomunikasi itu, Shaul Elovitch adalah antara tujuh suspek yang ditangkap (Februari 2018)  kerana disyaki mendapat konsesi perniagaan sebagai balasan mengatur liputan positif Netanyahu di akhbar miliknya, Walla!.

Selain Neetanyahu, isterinya Sara turut menjadi kes dalam beberapa skandal bersama dan yang lain termasuk salah guna dana awam dan kesalahan seksual dengan kerjasama bekas Ketua Turus Staf di pejabat Perdana Menteri, Gil Sheffer. Sheffer pernah diarah menjalani tahanan dalam rumah selama lima hari (November 2016).

Pada 14 Januari 2021, Peguam Negara Israel,  Avichai Mandelblit mengemukakan dakwaan terhadap Netanyahu. Sesi perbicaraan pertamanya diadakan pada Mei 2020, kemudian disusuli dengan sesi lain pada Julai 2020, sebelum perbicaraan ditangguhkan kerana sekatan pergerakan Covid-19.

Ketika itu, Netanyahu sedang membuat persediaan mencalonkan diri dalam pilihan raya umum pusingan keempat Israel pada 23 Mac 2021.

Pada awal Disember 2020, ribuan penduduk Israel menyertai tunjuk perasaan menuntut Benjamin Neetanyahu meletakkan jawatan berkaitan skandal yang didakwa berlaku dan juga peningkatan kes COVIDD-19.

Para penunjuk perasaan turut berhimpun di kawasan kediaman Presiden Israel itu di utara bandar Caesarea dengan membawa sepanduk mendakwa kegagalan Neetanyahu yang menjadi faktor untuknya meletakkan jawatann.

Peserta tunjuk perasaan turut melakukan demonstrasi berkenaan di kediaman peribadi Netanyahu di bandar utara Caesarea di mana orang ramai memegang sepanduk yang menuduh Netanyahu gagal dan mendesak pengunduran dirinya.

Laporan media turut mendedahkan selain dakwaan rasuah dan kegagalan menangani COVID-19, Neetanyahu turut dikatakan menjadi punca peningkatan pengangguran, kerana tidak mempunyai dasar yang dapat membantu peniaga-peniaga yang berhadapan dengan kehilangan punca fezeki akibat pandemik tersebut.

Ketika itu (akhir Julai 2020), kes COVID-19 di Israel telah merekodkan lebih  72,000 dikesan positif dengan 523 kematian. Dengan memakai pelitup muka, para penunjuk perasaan mendesak Neetanyahu melepaskan jawatan dan pada malam   2 Ogos 2020, Neetanyahu menuduh stesen televisyen saluran 12 dan 13 mempromosikan propaganda anarki sayap kiri yang menjadi perancang atau dalang demonstrasi tersebut.

Jelas Neeetanyahu melalui akaun twitternya: “Mereka terdesak meracuni fikiran orang awam untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang kuat dari sayap kanan.”

Berikut ialah kronologi ‘kekecohan’ politik Israel:

23 Mac  2021 – Israel melaksanakan pusingan keempat pilihan raya dalam tempoh dua tahuan, di mana dalam siri pilihan raya berkenaan, tidak ada satupun parti yang memenangi majoriti.  Parti Likud pimpinan Netanyahu yang beraliran kanan muncul sebagai parti mencapai kemenangan terbanyak manakala Parti Yesh Atid berada di tangga kedua. Bagaimanapun, disebabkan tidak mencapai majoriti mudah, Parti Yamina pimpinan Nafali Bennet muncul sebagai penentu (king maker) dengan tujuh kerusi.

5 April 2021 – Pendakwaan ke atas kes rasuah dijalankan dan Netanyahu menafikan pembabitannya.

6 April 2021 – Presiden Israel,  Reuven Rivlin memberikan Netanyahu 28 hari untuk membentuk kerajaan baharu, namun gabungan yang diharapkan tidak menjadi terutama dari parti-parti yang lebih kecil termasuk Yamina.

5 Mei 2021 – Rivlin beralih kepada Lapid untuk cuba membentuk ‘gabungan baharu’ antara sayap kanan, pertengahan, sayap kiri dan Parti Arab dan menyebabkan Neetanyahu mula melancarkan tuduhan sebagai ‘konspirasi menjatuhkan sebuah kerajaan yang kuat’

10 Mei 2021– Neetanyahu menggerakan tentera Israel untuk menyerang Hamaz di Gaza dan keputusan tersebut menyebabkan pendirian bercampur dalam kalangan penduduk termasuk daripada kalangan Yahudi sendiri. Akhirnya gabungan baharu mula merintis kepada pembentukan kerjasama yang lebih menarik dan mencabar kedudukan Neetanyahu.

21 Mei 2021  – Israel dan Hamas bersetuju ‘gencatan senjata’ dan usaha kea rah membentuk gabungan semakin giat dilakukan.

30 Mei 2021 – Naftali Bennett mengumumkan bahawa beliau akan bekerjasama membentuk gabungan yang diterajui oleh Lapid bagi membentuk ‘kerajaan perpaduan’.

2 Jun 2021 – Setengah jam sebelum tarikh akhir cadangan, Lapid memberitahu Rivlin bahawa parti-parti lain akan memberikan sokongan pembentukan gabungan baru.Lapid turut menjelaskan, Bennet akan memegang jawatan untuk dua tahun pertama manakala  beliau akan menggantikan Bennet untuk pusingan kedua sehinggalah pilihan raya baharu diadakan.

3 Jun 2021 – Neetanyahu menyelar gabungan tersebut sebagai ‘sangat merbahaya, pemerintahan sayap kiri’ dan kemudian memujuk ahli Knesset dari Yamina beralih sokongan serta mengundi menentang di Knesset.

8 Jun 2021 – Speaker Knesset, Yariv Levin, anggota yang setia kepada Netanyahu mengumumkan bahawa keputusan dan penentuan pemilihan akan dibuat pada 13 Jun 2021 dalam pengundian di Knesset.

13 Jun 2021 – Hari penentuan. Jika gabungan baharu yang diterajui Lapid-Bennett diluluskan menerusi keputusan undian, kepimpinan kerajaan Israel akan diumumkan pada hari yang sama. Jika cadangan tersebut gagal, Israeal akan melaksanakan pilihan raya baharu dalam tempoh terdekat.

 

Susunan: Mahanor Saleha

Translate »