Ketika saya menghabiskan sebuah buku kecil yang cukup terkenal, Man’s Search for Meaning tulisan Viktor E Frankel, saya melihat ia satu pendedahan berlebihan seorang pakar psikologi mengenai apa yang dialaminya ketika ditahan oleh tentera Jerman antara tahun 1942-1945. Walaupun buku itu sangat besar pengaruhnya, saya tetap beranggapan apa yang dialami oleh Viktor E Frankel itulah yang telah membuka eksperimennya terhadap logoterapi, bukan menyirat simpati saya terhadap holocaust.
Saya masih belum yakin holocaust benar-benar berlaku, bahkan semakin kuat andaian bahawa ia adalah strategi dan pembohongan Zionis untuk membentuk persepsi masyarakat dunia. Saya beranggapan, kalau masyarakat dunia percaya dengan kekejaman yang dilakukan oleh Adolf Hitler ke atas orang Yahudi, kekejaman Zionis-Yahudi ke atas penduduk Palestin adalah lebih dahsyat dan sangat-sangat tidak berperikemanusiaan. Belum ada cerita kejam yang sekejam Zionis-Yahudi yang menjarah bumi Palestin.
Buku tulisan Viktor E Frankel sudah diterbitkan dalam 49 bahasa dan 190 edisi manakala jualan di seluruh dunia dikatakan mencecah 16 juta naskhah. Ia diterbitkan pertama kali pada tahun 1946 dalam bahasa Jerman, rotzdem Ja zum Leben sagen: Ein Psychologe erlebt das Konzentrationslager, atau dalam bahasa Inggeris bermaksud: Nevertheless saying ‘Yes’ to Life: A Psychologist Experiences the Concentration Camp“. Judul awal ketika diterbitkan dalam bahasa Inggeris ialah From Death-Camp to Existentialism dan untuk edisi moden ditukar kepada Man’s Search for Meaning: An Introduction to Logotherapy. Edisi bahasa Indonesia diterjemahkan oleh Haris Priyanta dan diterbitkan pada tahun 2017 dengan judul Man’s Search for Meaning.
Saya tidak bercadang untuk membuat ulasan mengenai buku ini sekali lagi, ulasan sebenarnya telah saya lakukan, yang telah disiarkan dalam portal tanwir.my (almarhum dan tidak dapat diakses lagi). Bagaimanapun, untuk menyegarkan minda, saya kutip semula beberapa pemerhatian saya mengenai apa yang terkandung di dalam buku itu dan buku lain, tetapi sekadar untuk berbincang mengenai sedikit kisah holocaust yang digembar-gemburkan sebagai tindakan kejam Adolf Hitler membunuh keturunan Yahudi.
Apa pun situasi dan keadaannya, bila istilah penjara muncul dalam pemikiran, kita akan membayangkan banyak perkara negatif: terkurung tanpa dapat menikmati kesegaran mentari pagi mahupun keindahan bulan mengambang; terputus hubungan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga; makan makanan yang ‘sangat tidak berselera’; dan paling kejam ialah disiksa (Dipukul. Diherdik. Diterjah) atau diganggu setiap beberapa jam untuk disiasat atau digelidah ingatan. Jika tidak mengakui, makin teruk siksaannya, kerana tugas penyiasat bukan untuk mencari kebenaran fakta, tetapi untuk memudahkan proses menghukum, yakni mencukupkan bukti untuk dijadikan neraca keputusan bersalah dan benar-benar terbabit.
Viktor Frankel yang disiksa dan ditahan di Kem Konsentrasi Aushwitz mengutip banyak perihal kebencian bekas tahanan untuk bercerita, tetapi tetap memberikan komentar “..mereka yang tidak langsung merasakannya tidak akan pernah memahami bagaimana perasaan kami saat itu dan perasaan kami sekarang.” (hal.7, edisi terjemahan bahasa Indonesia).
Ertinya, kesakitan memang berlaku dalam kalangan mereka yang terpaksa memikulnya, dan kesakitan itulah yang menjadikan Viktor E Frankel cukup terkenal, bahkan lebih terkenal daripada kepakarannya dalam bidang kaunseling sebelum beliau berjaya membentuk teori logoterapi.
Daripada pembacaan buku ini juga saya memahami sedikit sebanyak mengenai apa yang diistilahkan sebagai holocaust, walaupun sebelumnya saya pernah menonton beberapa buah filem yang diterbitkan oleh Hollywood sebagai bahan propaganda kerana pelakon, penulis skrip dan juga pengarahnya adalah mereka yang sangat tegar dengan ideologi zionis.
Kita kenal siapa dia seorang pengarah terkenal bernama Steven Spielberg yang cukup banyak mendramatikkan kisah holocaust, termasuklah sebuah filem yang diharamkan tayangannya di Malaysia, Schindler List (1993). Saya pernah menonton hasil kreatifnya, Saving Private Ryan, selain siri Jurasic Park dan Indiana Jones. Seorang lagi arti yang cukup kental ideologi zionis ialah Barbara Striessand, namun saya tidak meminati lagu-lagu mahupun hasil lakonannya kecuali A Star is Born (1976) dan The Mirror of Two Faces (1996).
Begitu juga dengan sebahagian kita yang pernah membesar dengan siri terkenal Combat, lakonan Vic Morrow sebagai Sgt. Saunders dan Rick Jackson (Lt. Gil Hanley). Vic Morrow turut mengarahkan sebanyak tujuh episod daripada seramai 18 orang sutradara yang terbabit. Bernard McEvery merupakan sutradara terbanyak dengan 31 episod. Siri tersebut merupakan siri televisyen yang ‘terpanjang’ mengenai Perang Dunia II, dan disiarkan antara tahun 1962-1967 dengan keseluruhannya diterbitkan dalam 152 episod.
Apa yang mengecewakan ialah semua episod berakhir dengan kemenangan Amerika Syarikat, dan kerana itulah filem Hollywood terus dilihat sebagai bahan propaganda yang sangat berpengaruh untuk meletakkan negara itu dalam persepsi dunia kuat, besar, dan berkuasa. Semuanya ada nuansa meletakkan Zionis-Yahudi di kedudukan tertinggi, yang sebenarnya sangat percaya bahawa mereka adalah bangsa pilihan untuk memerintah dunia. Ya sebuah corak pemerintahan Dajjal Bermata Satu.
Itulah yang digunakan sepanjang masa oleh pemuka Zionis untuk memperlihatkan ideologi mereka cukup kuat dan tidak mudah patah semangat. Cerita-cerita keperwiraan tentera yang bercirikan Zionis Yahudi terus hidu dan dihidupan dalam pelbagai bentuk propaganda, biarpun terpaksa menghina dan menjarah bangsa lain.
Jerman sentiasa digambarkan sebagai tentera yang kejam dan dengan menggunakan keyakinan bahawa ‘kezaliman tidak akan kekal selama-lamanya’, maka ada nasib baik menyebelahi mereka selain kepintaran ‘menipu’. Akhirnya, mereka menang. Ia suatu kekalahan bersiri buat Jerman dan hukuman moral yang tidak akan terpadam, sampai bila-bila.
Begitu banyak tulisan dan gambaran buruk diketengahkan, sehingga ada yang percaya korban holocaust itu lebih besar daripada enam juta, walhal, ia mungkin tidak pun sampai ke angka sebanyak itu. Ia mungkin satu bentuk penyelewengan fakta, kerana jumlah sebenar Yahudi yang ada di Eropah tidak dilaporkan dengan tepat. Holocaust dikatakan suatu bentuk propaganda yang dicipta oleh Amerika Syarikat, komunis Soviet dan Yahudi sebagai kaedah untuk menjustifikasikan penindasan Jerman. Yahudi juga merupakan kelompok yang merancang dan membabitkan diri dalam Revolusi Bolshevik (1917) dan menghapuskan penguasaan Tsar.
Dengan menggunakan holocaust, mereka berhasrat untuk menuntut pampasan daripada Jerman atas kekejamannya, manakala pemuka-pemuka zionis memperoleh simpati negara-negara Barat untuk menyegerakan pembentuan sebuah negara seperti yang dijanjikan oleh Arthur Balfour kepada Roschilds dan melaksanakan apa yang dipersetujui dalam Perjanjian Skyes-Picot yang dilakukan secara sepihak.
Ini bererti, perancangan pembentukan sebuah negara di Palestin sudah pun bermula sebelum Adolf Hitler melakukan ‘pembantaian’ ke atas masyarakat Yahudi lagi. Kekejaman yang didakwa dilakukan oleh Hitler sebenarnya ada kaitan dengan peranan Karl Haushofer, seorang cendekiawan Yahudi yang memperkembangkan Teori Geo-Politik , atau dinamakan The Heartland Theory
Karl Ernst Haushofer lahir di Munich, Bavaria (Jerman), pada 27 Ogos 1869, dari pasangan Yahudi, Max Haushofer, seorang pakar ekonomi dan Frau Adele Haushofer. Selepas tamat belajar, Karl diterima menyertai pasukan tentera. Penyertaannya dalam tentera seterusnya memberikan peluang yang besar melangkah lebih jauh dan tahun 1899 diangkat sebagai Staff Corp. Empat tahun kemudian, Karl dilantik sebagai tenaga pengajar di Bavarian Kriegsakademie, sekolah latihan angkatan tentera.
Lima tahun kemudian (1908), Karl dihantar ke Jepun bagi mempelajari sistem ketenteraan dan diberikan peranan sebagai jurulatih rejimen artileri tentera Jepun. Berada di Jepun telah memberikan ruang yang luas kepada Karl untuk mempelajari pelbagai bahasa. Karl berjaya menguasai bahasa Jepun, Inggeris, Perancis dan Rusia. Selain itu, Karl turut berpeluang melawat negara seperti Korea, India, Tibet, China dan sebagainya.
Semasa berada di Timur Jauh inilah Karl mengembangkan minatna mempelajari kearifan timur dan berjaya menterjemahkan beberapa naskhah sastera (mistik) Buddha dan Hindu. Kecenderungan itu bukanlah satu perkara yang tidak ada asasnya, Karl sebenarnya sejak usia muda lagi sangat cenderung kepada persaudaraan mistik dan menjadi pemuja setan (kabbalah).
Pengalaman berada di Timur Jauh inilah kemudiannya menginspirasi Karl untuk mengembangkan Teori Geo-Politik yang diadaptasikan daripada idea Sir Halford John McKinder (1861-1947). McKinder adalah seorang pakar geografi Inggeris, ahli akademik dan pemimpin pertama University Extension College (kemudian dikenali dengan nama University of Reading). Antara tahun 1903 hingga 1908, McKinder dilantik sebagai Pengarah London School of Economics.
Tahun 1904, Mackinder mengemukakan satu idea dalam satu laporan yang bertajuk “The Geographical Pivot of History” kepada Royal Geographical Society. Intisari kertas kerja itulah menjadi asas kepada Heartland Theory. Apa yang ditekankan dalam teori ini ialah satu rumusan penting, yang menjadi pegangan utama teori tersebut, iaitu “Sesiapa yang boleh menguasai Heartland (Jantung Bumi), maka dia akan dapat menguasai World Island.” Teori ini kemudian menjadi asas kepada tindakan mencari pengaruh menerusi dasar luar oleh negara kuasa besar.(Bacaan lanjut, https://may.agromassidayu.com/hartlend-eto-ponyatie-opredelenie-avtori-i-osnovi-teorii-page-301205).
Heartland adalah nama yang diberikan bagi wilayah Asia Tengah manakala World Island adalah kawasan Timur Tengah. Dua wilayah tersebut adalah kawasan kaya minyak (fosil) dan gas. Dari sinilah bermulanya perihal perebutan dan kehendak untuk menguasai minyak oleh negara-negara Barat. Percaturan itulah juga menyebabkan kawasan Timur Tengah tidak pernah tenteram dan syarikat-syarikat petroleum yang didalangi oleh pemodal Yahudi sentiasa berusaha untuk menguasainya.
Teori ini kemudiannya diperkemaskan oleh Nicholas Spykman, seorang sarjana Amerika dengan menambahkan pendapat: “Sesiapa yang dapat menguasai World Island, maka dia akan dapat menguasai dunia.” Inilah yang kemudiannya mempengaruhi dasar Washington yang lebih besar pada era George W Bush dengan menggunakan dalih ‘war on terrorism’ dengan melancarkan perang terhada Irak, menjarah Afghanistan dan beberapa buah negara Arab dan Afrika Utara.
Bush Jr sebelumnya adalah seorang pemilik firma minyak. Namun, Bush Jr dengan liciknya dikatakan merancang serangan ke atas World Trade Center (WTC) tetapi dengan mengkambinghitamkan al-Qaeda bagi membolehkan Washington menjarah Irak dan lain-lain negara pengeluar minyak di Timur Tengah.Bush Jr berselindung di sebalik tragedi itu untuk membalas jasa rakan-rakan yang membantu kemenangan dalam pemilihan jawatan presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000 dan seterusnya membantu kemenangan untuk penggal kedua.
Dengan menjajah Irak, Bush Jr berjaya melenyapkan kepentingan tempatan dan membahagi-bahagikan operasi telaga minyak kepada kenalannya. Begitu juga tindakan Bush Jr menswastakan ‘kawalan keselamatan’ tentera Amerika Syarikat di Afghanistan. Afghanistan dirancang sebagai laluan saluran minyak yang bakal dikuasainya di Irak dan Iran. Dan, tentunya, sebahagian saluran paip minyak ini akan mengalir masuk ke Israel.
Karl Haushofer menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi ketua-ketua tentera Jerman, termasuk Adolf Hitler dan Setiausahnya, Rudolf Hess. Untuk Hitler, Karl menerangkan mengenai teori geopolitik yang diyakini dan juga teori bangsa unggul. Itulah yang menjadi fokus tema penulisan Hitler dalam bukunya yang terkenal, Mein Kampf (Perjuanganku, 1926). Rudolf Hess turut memainkan peranan utama dalam membantu Hitler menyiapkan buku tersebut. Buku itu kemudiannya menjadi asas ideologi Parti Nazi, meletakkan bangsa Arya sebagai ‘bangsa pilihan’. Ia digunakan untuk menaikkan semangat dan membentuk nasionalisme Jerman oleh Hitler.
Menurut Karl Haushofer, untuk menjadikan bangsa Jerman sebagai bangsa yang terkuat, bangsa Arya perlu dimurnikan dirinya dan menyingkirkan semua orang Jerman yang bukan daripada keturunan Arya. Untuk melengkapkan ideologi tersebut, Karl Haushofer turut menyesuaikan pandangannya dengan teori evolusi yang dikemukakan oleh Charles Darwin (cendekiawan Yahudi) dan akhirnya Hitler semakin mempercayai Haushofer sebagai kumpulan pemikir dalam melaksanakan ideologi Nazi. Gerakan pemurnian ras dilakukan secara besar-besaran. Dari situlah kemudiannya terciptanya istilah holocaust, kemuncak kepada tindakan buruk yang didakwa dilakukan oleh Hitler ke atas keturunan Yahudi.
PAda zamannya, Hitler tidak pernah mengarahkan pegawai-pegawainya melakukan pembantaian ke atas keturunan Yahudi. Tetapi, disebabkan Hitler melaksanakan pemurnian bangsa Arya, masyarakat Yahudi merasa kehidupannya terancam dan bimbang dengan kebangkitan semangat tersebut. Akibat ketakutan itu, berlaku penghijrahan beramai-ramai orang Yahudi.
Gambaran tentang holocaust menjadi bahan kempen yang besar apabila seruan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin pada awalnya tidak mendapat sambutan. Sebahagian besa orang Yahudi di Eropah merasakan tidak perlu berhijrah ke Palestin kerana sebahagian selesa dengan apa yang dimilikinya.
Akibat kurang mendapat sambutan itu, propaganda anti-semitic diperkuatkan manakala beberapa orang Yahudi yang menjadi tawanan Perang Dunia II mula memperkatakan tentang ‘pembersihan etnik’ dan seterusnya istilah holocaust menjadi kemuncak kempen seolah-olah orang Yahudi disiksa, dan diperlakukan sangat semberono.
Hal ini adalah tujuan untuk memberikan gambaran kepada masyarakat barat lebih bersimpati dengan nasib keturunan Yahudi dan mendorong lebih ramai Yahudi sedia berpindah ke Palestin. Ini bermakna, sebahagian besar keturunan Yahudi yang berhijrah ke Palestin bukan atas kerelaan mereka sendiri, tetapi dipaksa dengan ancaman buruk oleh politik kebencian, antisemitik.
Kenapa Karl Haushofer sanggup berbuat demikian? Haushofer berusaha mempengaruhi Hitler kerana itulah sebenarnya perancangan sulit zionis antarabangsa. Dalam satu perjumpaan dengan 13 keluarga Yahudi yang berpengaruh di kediaman Sir Mayer Amschell Rothschild pada tahun 1773 di Judenstaat, Frankfurt, Jerman, telah disusun 25 kaedah untuk menguasai dunia, yang kemudiannya dikenal sebagai Protokol Zionisme. Kedua, Rotschild pernah menyebu seorang yang bernama Adam Weisphaupt, yang diharapkan dapat menubuh dan memimpin sebuah pertubuhan rahsia, iaitu Illuminati.
Dalam pertemuan itu mereka mencapai satu keputusan untuk mendapat kembali harta karun King Solomon. Harta karun tersebut dikatakan tertimbus dalam runtuhan Haikal Sulaiman. Di tapak runtuhan Haikal Sulaiman itulah dikatakan didirikan Masjidil Aqsa. Jadi, untuk mendapatkan semula harta karun itu ialah dengan menjarah Jerusalem dan menawan Masjidil Aqsa daripada Palestin.
Keinginan untuk menguasai Palestin pada mula tidak dilakukan secara terang-terangan. Sebelum Perang Dunia I, Theodore Hertzl ditugaskan untuk menyampaikan hasrat mendapatkan ‘sebidang tanah’ bagi membolehkan ‘orang Yahudi kembali ke Tanah Yang Dijanjikan’ dengan menemui Sultan Abdul Hamid II, pemerintah terakhir Empayar Turki Uthmaniyah.
Sultan Abdul Hamid II sangat marah dengan permintaan Theodore Herzyl, bahkan tidak lagi mahu mendengar apa-apa rayuan mengenainya. Semasa menolak permintaan itu, dengan tegasnya Sultan Abdul Hamid II berkata: Selagi jantung saya masih berdetak dan darahku masih mengalir, aku haramkan tanah Palestin dimilik oleh Yahudi.
Kegagalan itu tidak mematahkan semangat Theodore Herzyl. Beliau kemudiannya dengan licik berusaha mempengaruhi dan menghasut mana-mana pihak yang tidak sehaluan, untuk bangkit menentang Sultan Abdu Hamid II. Ia termasuk mempengaruhi penguasa Mekah agar bangkit membebaskan diri daripada terus berada di bawah telunjuk Khalifah Uthmaniyah, yang kebetulan pada ketika itu telah muncul beberapa kelompok, termasuk Bani Saud.
Herzyl dan aktivis Zionis kemudiannya menyusun strategi yang lebih licik dan berjaya menggunakan Mustafa Kemal Atartuk untuk bangkit menentang Sultan Abdul Hamid II. Setelah kuasa-kuasa barat mula campur tangan, menjajah beberapa wilayah Uthmaniyyah, akhirnya Empayar Uthmaniyyah berjaya dilumpuhkan. Kemal Atartuk dilantik sebagai pemimpin Turki. Namun, ketika itu, Jerusalem belum dijajah atau dikuasai oleh zionis.
Selepas Perang Dunia II, Jerman dapat dikalahkan. Hitler bunuh diri dan Haushofer turut melakukan perkara yang sama. Haushofer dilihat tidak bersimpati dengan Zionis, walaupun beliau adalah orang yang berjaya memprovokasi Hitler dengan ‘pemurnian bangsa Arya’ , digunakan sebagai titik tolak kepada dakwaan genosid atau holocaust.
Menurut Norman Finkelstein, yang menulis buku The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering (2000), holocaust adalah peristiwa yang secara halusnya didalangi oleh Zionis-Yahudi bagi memaksa orang Yahudi berpindah ke Palestin.
Bahkan menurut Norman, yang juga berketurunan Yahudi, holocaust adalah mitos dan menggelarnya sebagai ‘holocaust industry’, satu bentuk pemerasan dan eksploitasi Yahudi ke atas negara-negara Eropah dan dunia dengan mengorbankan keturunan Yahudi sendiri.
Frederich Toben turut menafikan mengenai tragedi holocaust. Beliau yang berhijrah ke Australia pada tahun 1954 dari Jerman merupakan seorang yang sangat lantang mengkritik propaganda holocaust, bahkan sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Jeremy Jones. Toben pernah dipenjarakan di Jerman (1998) dan mengunjungi Iran (2005) untuk menyatakan pendiriannya terhadap holocaust yang sengaja direka-rekakan itu.
Toben yang meninggal pada bulan Jun 2020 akan diingati sebagai seorang yang tegas pendiriannya terhadap holocaust, dan menurut Dvir Abramovich (Israel-Australia), Ketua Suruhajaya Anti Hasutan, Australia: “He will be remembered for his denial of humankind’s most horrific mass murders and for whitewashing the crimes of the Third Reich.” (https://ajn.timesofisrael.com/holocaust-denier-fredrick-toben-dead-at-76/)
Itulah perangai Zonis, mereka akan korbankan Yahudi untuk memperlihatkan agenda sebenar, termasuklah apa yang dilakukan oleh George W Bush mengorbankan rakyat Amerika Syarikat (bukan keturunan Yahudi) demi mencapai tujuan politik yang dikawal dan diprogramkan demi negara haram Israel.
Mahanor Saleha
Recent Comments