Kelicikan istilah yang digunakan telah memerangkap pemikiran sebahagian besar umat Islam sehingga melihat Israel dan Yahudi itu suatu istilah yang menakutkan. Walhal, ia adalah satu kesengajaan oleh zionisme untuk memunculkan psikologi benci atas tindakan-tindakan ganas dan brutal mereka bagi mempastikan Palestin hilang daripada peradaban dan sejarah.

Mengapa? Jawabnya itulah usaha terancang Pakatan Zionis Antarabangsa yang dipelopori oleh rasa marahnya terhadap pemimpin Jerman, Adolf Hitler dan sebahagian penduduk Eropah Timur yang tidak mahu kelompok Yahudi terus menjarah dan merampas apa yang dimiliki oleh penduduk tempatan. Biarpun wajah kejam Hitler terus terukir dalam sejarah peradaban manusia, aspek yang lain wajar diberikan perhatian ialah kenapa beliau begitu bencikan kelompok Yahudi berada di negaranya. Hal ini perlu dikaji secara lebih saksama, kerana sejarah dan penulisan sejarah pertententangan itu masih dibanjiri oleh delusi dan utopia pemuka-pemuka Yahudi yang berideologikan zionis.

Atas semangat dan tuntutan tersebut, mereka merekayasakan sejarah dengan menggunakan kisah-kisah penyiksaan tentera Jerman ke atas masyarakat Yahudi, dari kurungan di Kem Tahanan Auschwitz, siksaan di bilik gas dan pil Zyklon B (bila dilontarkan ke bilik gas akan bertukar menjadi gas sinade). Setelah tahanan meninggal dunia, kesemua mayatnya dibakar. Dianggarkan lebih enam juta keturunan Yahudi dibunuh oleh tentera Nazi atas arahan Hitler. Namun, ada yang menganggarkan korban penyiksaan tentera Jerman hampir 26 juta.

Bagi sebahagian kecil mempersoalkan kebenaran tragedi tersebut, biarpun berlaku penyiksaan ke atas keturunan Yahudi oleh tentera Jerman. Jumlah kematian dan mereka yang terlibat dalam peristiwa holocaust itu sebenarnya tindakan zionis untuk memberikan mesej kepada dunia betapa ramainya keturunan Yahudi cuba dijadikan sebagai aktiviti penghapusan etnik. Ia juga berkaitan dengan sikap Hitler yang tidak sebulu dengan kuasa-kuasa penjajah muncul dan menyaingi pengaruh Jerman.

Untuk menaikkan semangat pasukan tentera dan rakyat Jerman, Hitler menggambarkan bahawa bangsa Jerman adalah bangsa yang dipilih oleh Tuhan untuk memerintah. Gila kuasa Hitler itu akhirnya membawa kepada pembabitan dalam dua Perang Dunia, walaupun sebelumnya, Jerman berjaya menewaskan serangan tentera pimpinan Nopoleon Bonarparte yang ingin berkuasa dan memperluaskan kuasa selepas berjaya mengisytiharkan diri sebagai Maharaja Perancis.

Hitler mula menjadi orang yang berpengaruh selepas Perang Dunia I. Dalam Perang Dunia 1, Hitler yang sangat gilakan perang telah membabitkan diri sebagai anggota tentera untuk menghapuskan musuh negara, terutama Perancis. Bagaimanapun, tentera Jerman tidak memperoleh kemenangan, tetapi, kejayaan utama Hitler ialah menyatukan penduduk yang berbahasa Jerman biarpun terpaksa berhadapan dengan perpecahan Jerman kepada dua kutub, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Hitler dikenang oleh masyarakat dunia sebagaimana label yang diberikan oleh masyarakat Barat terhadapnya; seorang pemimpin kejam, bengis, diktator dan gila kuasa. Perang Dunia 1 turut menyebabkan Jerman terpaksa membayar sejumlah kepada Perancis.

Penghinaan tersebut menyebabkan Hitler bangkit dengan semangat baharu apabila mula menyertai politik selepas diarahkan menghadiri mesyuarat German Worker Party (GWP), dan memberikan persetujuan kepada perjuangan nasionalisme Jerman dan Anti-Semitik. Atas semangat yang ditunjukkan, Anton Drexter yang memimpin GWP mempelawa Hitler menjadi ahli parti. Ketika itu, keahlian GWP dikatakan berjumlah 46 orang, termasuk Hitler.

Setelah beberapa lama digilap, Hitler telah menunjukkan kewibawaan yang menarik dan mendapat sokongan beberapa orang rakan tentera menyertai GWP. Hitler kemudiannya ditugaskan untuk menggerakkan propaganda parti, dan seterusnya telah menukarkan GWP menjadi Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi.

Semasa Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, seorang penyembah berhala telah diberikan peranan sebagai penunjuk arah. Peranan dan tanggungjawab itu  membuktikan faktor kaum dan keturunan bukanlah sesuatu yang boleh menyebabkan Islam membenci bukan Islam. Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah bin ‘Uraiqit – dari Bani Du’il. Walaupun ada kebimbangan dalam kalangan sahabat dengan pelantikan tersebut. Abdullah bin Uraidit tetap berjanji untuk tidak membocorkan rahsia perjalanan mereka, yang ketika itu orang-orang Quraisy sedang memberikan tawaran besar kepada sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh Nabi Muhammad SAW.

Abdullah yang mengetahui perancangan Quraisy tidak menggunakan jalan biasa ke Madinah. Beliau sebaliknya membawa rombongan melintasi jalan pesisir pantai menuju ke selatan (Yaman), kemudian membelok ke arah barat menuju ke Laut Merah sehingga di Quba.   Rombongan itu sampai di Quba pada 8 Rabiul Awwal tahun ke-14 kenabian atau tahun 1 Hijriyah, atau 23 September 622 Masehi. Ini bermakna, bukan semua bukan Islam membenci Nabi Muhammad SAW, sebaliknya sangat amanah memberikan kerjasama dalam menjayakan sesuatu misi besar, termasuk Hijrah ke Madinah.

Begitu juga keramahan Nabi Muhammad SAW terhadap seorang Yahudi buta, yang diketahui sangat bencikan Islam dan baginda. Apa yang berlaku ialah Nabi Muhammad SAW tetap melayani Yahudi buta itu, menyuapkan makanan sehinggalah baginda wafat. Tugas itu kemudiannya dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakar, walaupun pada peringkat awalnya ditolak oleh Yahudi buta berkenaan. Akhirnya, Abu Bakar memberitahu bahawa orang menyuapkan makana setiap hari itu adalah Nabi Muhammad SAW, orang yang sangat dibenci dan dikecam. Setelah menyedari bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah seburuk dan sejelek yang dikecamnya, Yahudi buta itu memeluk Islam. Ini bermakna permusuhan yang berlaku antara Islam dan bukan Islam bukanlah berpunca daripada persoalan agama dan keturunan, ia berkisar pada masalah sikap dan persepsi.

Orang Quraisy membenci Nabi Muhammad SAW kerana melihat pengaruh baginda akan mengancam cara hidup mereka yang kasar, suka bergaduh dan sangat menjaga keturunan (kabilah). Ini kerana Islam tidak mengambil kira peranan suku kaum, warna kulit, kedudukan  atau status sosial dan lain-lainnya dalam penentuan darjatnya. Bagi Islam seseorang itu adalah sama, hanyalah berbeza ialah tahap keimanan seseorang itu. Nabi Muhammad SAW sangat dibenci oleh penganut Judaisme dan Kristien kerana kaedah dakwah yang dilaksanakan telah berjaya mempengaruhi penganut-penganut Kristian dan Nasrani untuk menerima Islam atas sifat dan kesederhanaan. Ia berbeza dengan dua agama awal dan berasal daripada wahyu itu, semakin dirosakkan dengan tafsiran dan didominasikan oleh penguasa gereja dan fatwa para rabai, yang kadangkala bertentangan dengan ajaran sebenar.

Sejarah juga mencatatkan sebahagian besar Nabi-Nabi yang direkodkan dalam sejarah adalah adalah keturunan Bani Israel. Peranan Nabi-Nabi yang diutuskan oleh Allah ialah untuk memperbaiki perilaku masyarakat yang hidup ketika itu dalam kalangan bangsa itu sendiri. Hal ini boleh dikaitkan dengan maksud sepotong ayat al-Qur’an yang menjelaskan bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.

Bani Israel tidak semua adalah penentang ajaran yang dibawa oleh para Nabi AS yang diutuskan, tetapi sebahagiannya sangat tedorong untuk mengekalkan kejahatan yang sangat lama mempengaruhi kehidupan mereka. Maka itulah tidak menghairankan ada dalam kalangan mereka mencipta pelbagai alasan untuk membunuh Nabi-Nabi yang diutuskan untuk memimpin kaumnya sendiri untuk menjadi manusia yang berakhlak dan berbudi pekerti.

Nabi Isa AS disalibkan hanya atas alasan untuk ‘menebus dosa warisan’ sedangkan konsep itu adalah rekaan seorang pendita Yahudi. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa AS telah diselewengkan sehingga membentuk konsep triniti – Tuhan dalam tiga dimensi: Tuhan Anak, Tuhan Bapa dan Rahul Kudus. Anehnya, tiada Tuhan Emak yang seharusnya dikaitkan dengan ibu Nabi Isa AS yang melahirkan seorang putera yang kemudiannya memimpin kaumnya tanpa ada bapa. Mariam tidak pernah berkahwin, tetapi Allah SWT menghendakinya, maka lahirlah Nabi Isa AS.

Ada juga pelbagai tafsiran bebas oleh sebahagian elit agama Judaisme yang melihat kelahiran itu sebagai sesuatu yang negatif dan berprasangka buruk. Bagaimana pun disebabkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa AS semakin diterima, maka muncullah beberapa orang rahib yang cuba untuk menyelewengkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa AS itu. Antaranya mencipta konsep ‘menebus dosa’, dengan tujuan dapat melenyapkan kebangkitan agama yang menjadi cabaran kepada Judaisme.

Selain berusaha menyalibkan Nabi Isa AS, pemuka agama Judaisme atau Nasrani itu berubah mengubah isi kandungan wahyu kepada agama tersebut. Maka, pengikut agama bawaan Nabi Isa AS dinamakan Kristian, sedangkan sebelumnya tidak dinamakan demikian. Seseorang pula mendakwa menjadi pengikut setia Nabi Isa AS dan mengakui sangat rapat telah berusaha menulis semula ajaran yang dibawa itu sehingga melahirkan apa yang kita kenali sebagai New Testaments atau versi baharu Kitab Injil.

Ia berbeza dengan Islam, Allah SWT dengan tegasnya memberikan nama kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW dikumpulkan dan diverifikasi dengan teliti tanpa proses pemindahan dan perubahan maksudnya sehinggalah ia muncul sebagai Kitab Suci yang paling autentik dan terus dipertahankan keasliannya.

Melihat kepada perkembangan tersebut, dua agama wahyu lebih awal itu berusaha untuk mengkhianatinya, sebagaimana elit agama Nasrani berjaya menyelewengkan ajaran Nabi Isa AS.

Cara mereka ialah menerusi ‘agenda setting’ dan ‘perangkap minda’. Hal ini disedari oleh pemuka bangsa Yahudi yang bertaburan di Eropah, yang juga dibenci oleh penduduk asal wilayah tersebut atas sikap dan perilakunya yang jahat.

Jerman, ketika era Hitler berusaha menyingkirkan masyarakat Yahudi begitu juga dengan masyarakat Perancis sebelum Napoleon Bonarparte mengangkatkan dirinya sebagai Maharaja Perancis.

Skandal Dreyfus telah memberikan ilham kepada Theodore Herzyl, keturunan Yahudi dari Austria untuk memikirkan lahirnya sebuah Negara Yahudi di Palestin. Pengalamannya sebagai koresponden sebuah akhbar di Perancis ketika melaporkan ketidakadilan tuduhan terhadap Dreyfus itu digunakan untuk menyatukan sebahagian besar Yahudi di Eropah setelah selesai menulis risalah pembentuk sebuah negara pada tahun 1896. Tahun 1897, diadakan perhimpunan Yahudi Antarabangsa di Basel, Switzerland dan menjadi titik tolak kepada tertubuhnya Pakatan Zionis Antarabangsa.

Setelah itu, pemuka-pemuka mereka terus memainkan peranan bagi menjayakan cita-cita tersebut, termasuklah keturunan Yahudi dalam keluarga Rostchilds yang semakin kuat menguasai ekonomi dan sektor kewangan.

Dengan melakukan perkahwinan campur berprestij (dengan anak-anak bangsawan), keturunan Rostchild menjadi keluarga yang amat berpengaruh di Eropah. Setelah kematian Theodore Herzyl (1904), usaha tersebut diteruskan oleh legasi keturunan Rostchlid.

Lord Rostchild yang menguasai ekonomi England pada suatu tarikh mengutuskan surat kepada Menteri Luar Britain, Sir Arthur Balfour. Dalam surat jawapan itu kemudiannya menjadi titik tolak kepada dasar luar Britain untuk melaksanakan Mandat Palestin, kerana waktu itu Palestin adalah wilayah takluk British.

Mandat itu kemudiannya dipersetujui oleh kabinet Britain dan kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk perjanjian dengan Perancis yang dikenali sebagai Skyes-Picot Agreement (1916).

Pada zaman kebangkitan Hitler dan Mussolini, masyarakat Yahudi benar-benar dibenci oleh dua orang pemimpin fasis yang ingin menguasai dunia. Kisah pembantaian keturunan Yahudi dieksploitasikan sebegitu rupa sehingga menimbulkan kisah pembantaian etnik yang paling kejam dan meluas, yang dinamakan holocaust.

Sampai sekarang, perihal kekejaman Hitler terhadap peristiwa holocaust tidak dapat dibuktikan dengan tepat,  tetapi cendekiawan Yahudi yang mendokong zionisme terus memanipulasikannya sebagai tragedi pembantaian etnik.

Soalnya, jika benar Hitler melakukan kekejaman dan kezaliman, kenapa Palestin dijadikan sasarannya? Jika isu itu berkaitan dengan agama, kenapa dikeronyikkan negara-negara majoriti penduduk Islam  di Timur Tengah dan Afrika Utara?. Tujuan sebenarnya ialah menghapuskan Islam dari bumi ini  kerana zionisme percaya bila ajaran Islam dapat diselewengkan sebagaimana mereka berjaya menyelewengkan ajaran Nabi Isa AS maka akan wujudlah satu bentuk pemerintahan Dajal Bermata Satu atau One World One Order.

Selepas Perang Dunia II, Amerika Syarikat merypakan perancang utama kepada pembentukan negara haram di Palestin. Amerika Syarikat yang muncul sebagai kuasa baharu menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan Mandat Palestin, yang akhirnya secara rasminya  diisytiharkan tertubuhnya Negara Israel di Palestin pada 18 Mei 1948.

Pada awalnya, PBB menggariskan kawasan yang boleh dimiliki oleh orang Yahudi tetapi atas sikapnya yang tamak dan sangat kejam, keluasan tanah semakin bertambah. Tanah-tanah itu dirampas secara kejam tanpa mendapat bantahan PBB. Sejak penubuhan negara haram itu, Yahudi dikatakan sudah memiliki hampir 80 peartsi keluasan tanah Palestin.

Sebaik sahaja Yahudi diberikan hak menduduki bumi Palestin, pemimpin Yahudi Zionis terus memanipulasikan setiap kesempatan yang dilihatnya berpotensi, termasuk mengubah aliran air Sungai Jordan untuk bekalan air mentah. Akhirnya lencongan itu berjaya dilakukan tanpa tindakan tegas daripada PBB dan Britain mula memperlihatkan sikap hipokrasinya. Sumber air itulah sekarang dijadikan ancaman kepada penduduk Palestin yang bukan keturunan Yahudi di Tebing Gaza.

Tindakan yang lain ialah menjadikan dua rumah ibadat seolah-olah satu perkara yang sama untuk mengelirukan umat Islam atau provokasi kemarahan. Masjidil Aqsa dan Dome of The Rock, atau dipanggil Masjid Kubah Kuning adalah dua bangunan yang berasingan. Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan sejarah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW bukankah Masjid Kubah Kuning.

Masjidil Aqsa didakwa didirikan atas pusat suci agama Nasrani oleh Nabi Sulaiman AS. Di bawah bangunan Masjidil Aqsa itu dikatakan menyimpan harta kekayaan King Soloman yang menjadi milik pemeluk agama Nasrani (Judaisme). Atas asas itulah Zionisme amat teruja untuk melakukan penggalian dan sudah dilakukan secara berperingkat. Tujuan sebenar mereka ialah untuk menghapus dan melenyapkan bukti tentang tempat suci umat Islam.

Ketika Theodor Hezyl mengadap Sultan Abdul Hamid II yang memimpin Empayar Uthmaniyyah, telah diminta sebidang tanah di Palestin. Namun, Sultan Abdul Hamid tegas tidak membenarkannya, bahkan dengan keras megatakan akan dipertahankan tanah-tanah itu sehingga titisan darah terakhir.

Disebabkan kelicikan Britain menggunakanp pelbagai propaganda dan mengeksploitasi krisis di dunia Arab, akhirnya Empayar Uthmaniyyah dapat dijatuhkan. Arab Saudi mula membentuk Dinasti Saud, manakakala Turki yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh seorang rakyat Turki yang menjadi boneka Barat, Mustafa Kamal Atartuk. Turki akhirnya disekularisasikan sehinggalah muncul kembali semangat politik Islam selepas kejayaan Revolusi Iran (1979).

Hari ini, Turki muncul sebagai negara Islam yang paling berjaya ekonominya, tetapi kejayaan itu tetap dicurigai oleh masyarakat Barat. Pelbagai tekanan dikenakan, kerana Turki ikut bersimpati dengan Palestin. Selepas berjaya melengkapkan kriteria yang ditetapkan, Turki terus dihalang daripada menganggotai Kesatuan Eropah (EU). Kini, Turki muncul sebagai negara paling lantang mengkritik serangan Benjamin Neetanyahu ke atas Tebing Gaza yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Seluruh dunia menggunakan istilah Israel untuk menggambarkan kekejaman Zionis. Hal inilah yang diinginkan Zionis untuk mengalihkan perspektif pemikiran umat Islam agar mempercayai bahawa apa yang dilakukan itu tidak salah dan sebagai tindakan mempertahankan diri daripada serangan penduduk Palestin. Bila mengutuk atau mengecam atas nama Israel, ia turut dikaitkan dengan langkah menghina Nabi-Nabi yang dikaitkan dengan Bani Israel. Ia sengaja memindahkan tindakan buruk pemuka agama Nasrani sebelum yang menghina, mengecam dan menyiksa nabi-nabi kepada pemeluk Islam. Jadi, hentilah usaha mengecam Yahudi dan Israel. Bukan semua Yahudi bencikan Islam dan mendokong zionisme.

Apa yang kita kecam ialah zionisme, kerana gerakan itulah sebenarnya yang telah, sedang dan akan merosakkan kehidupan harmoni, masyakat beragama di dunia. Mereka mahu memerintah dunia dengan Kerajaan Dajjal.

Kita juga patut kecam Benjamin Neetanyahu kerana tindakan politiknya telah menyebabkan keadaan Timur Tengah tidak stabil dan rakyat Palestin kehilangan nyawa.

Benjamin Neetanyahu sedang berusaha untuk tidak tersingkir dari jawatan Perdana  Menteri setelah parti pimpinannya gagal memperoleh kuasa majoriti. Beliau perlu mencari sokongan dari parti-parti yang lain bagi mencukupkan jumlah 61 kerusi di Knesset, Israel. Beliau hanya memiliki 30 kerusi,  dan telah gagal sejak beberapa bulan lalu.

Dengan melakukan serangan ke atas Palestin, Neetanyahu dijangka mampu mengeksploitasikan ancaman Palestin terutama Hamas.

Apa yang didakwa oleh Joe Biden adalah sesuatu yang sudah dijangka. Washington akan tetap mempertahankan zionisme, kecuali setelah melihat Hamas berjaya menguasai peperangan itu. Trend yang sama dipegang oleh PBB, jika zionisme mengganas dan membunuh, ia dilakukan untuk mempertahankan diri. Bila ada gambaran zionisme akan kalah, dengan celatnya mereka campurtangan untuk menghentikan perang dan melaksanakan rundingan walaupun rundingan sepihak.

Sikap berat sebelah itu adalah perkara lumrah. PBB tidak segera menghentikan pembunuhan Rohingya, etnik Uighur, krisis Kashmir, konflik Selatan Thai dan juga Mindanao. Bila membabitkan orang Islam, tiada penyelesaian konkrit tetapi bila membabitkan moral Kristian satu roadmap penyelesaian cukup cepat dilakukan seperti mana berlaku ke atas sebuah wilayah Indonesia yang majoriti penduduknya beragama Kristian.

PBB begitu cepat mengadakan referandum dan akhirnya wilayah tersebut berpisah daripada Indonesia. Kenapa tidak dilaksanakan tindakan yang sama ke atas Selatan Thai dan Mindanao? Selatan Thai dicengkam dan dikuasai oleh Buddha manakala Mindanao oleh sebuah pemerintahan beragama Kristian.

Beberapa hari lalu muncul satu kenyataan agar tindakan brutal dan dasar yang dilaksanakan oleh Benjamin Neetanyahu itu dilabelkan sebagai dasar apartheid. Masih banyak negara Islam yang kurang setuju atau mengambil sikap ‘wait and see’; kerana mereka sebenarnya lebih takut hubungan dan bantuan Amerika Syarikat (dan juga dunia barat) akan terjejas, misalnya Mesir. Arab Saudi juga dilihat hanya sekadar mampu mengeluarkan kecaman, tetapi tindakannya tidak selari dengan ucapan yang dikeluarkan. Ini kerana Arab Saudi sangat bergantung kepada dunia barat dan Amerika Syarikat untuk mengeluar dan mengimport produk minyak yang menyumbang kepada kekayaan dan kemewahan keluarga Dinasti Saud.

Pemimpin Arab Saudi tidak khuatir dengan lambang bendera zionis. Bintang berbucu enam (Bintang Daud atau Magen David) itu dengan jelas menjadi simbol keinginan dan aspirasi zionis menyempadankan wilayahnya, iaitu dari Sungai Nil hingga ke Eufrat, dalam dua versi tiga segi terbalik: satu kemuncaknya di atas (bermakna Sungai Nil) dan satu lagi puncaknya dibawah (Sungai Eufrat). Sebab itulah zionis tidak akan berhenti menjarah selagi misi dan visinya tidak tercapai.

Menerusi naungan Amerika Syarikat, Mesir berjaya dikuasai oleh zionis di mana Mesir tidak lagi dilihat begitu simpati dengan perjuangan rakyat Palestin. Mesir menjadi boneka Amerika Syarikat yang dikuasai oleh pelampau Yahudi yang berideologikan zionisme. Sungai Eufrat yang terletak di Irak, sudah digenangi oleh darah rakyat Irak, Irak masih dalam cengkaman Amerika Syarikat setelah mereka berjaya membunuh Saddam Hussein pada tahun 2003 menerusi gerakan memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran. Zionisme memberikan gambaran bahawa Irak adalah sebuah negara yang bakal mengancam negara-negara Arab kerana kekuatan tentera darat yang dibina oleh Saddam Hussein, yang sangat ditakuti oleh penjarah bumi Palestin.

Begitu juga dengan pembabitan Amerika Syarikat dalam melancarkan serangan ke atas Libya dan membantu  para pemberontak sehingga terbunuhnya Muammar Gadafi. Kini, secara jelasnya Amerika Syarikat dan sekutunya (negara barat) memberikan kerjasama untuk menghapuskan Hafiz al-Assad di Syria sehinggan konflik negara tersebut semakin dilihat tiada penyelesaian dan akan tamat, seumpama Perang Saudara. Selepas beberapa buah negara Islam porak peranda dan berjaya dilemahkan, ancaman sudah mula berlaku ke atas Turki. Sikap Amerika Syarikat jelas tidak menghormati Turki, sebaliknya lebih mengutamakan zionis yang dilindunginya di bumi Palestin.

Sikap dan pendirian Amerika Syarikat yang enggan menghantar pulang Fethullah Gulen ke Turki adalah bukti bahawa negara itu memang sengaja membina konflik dengan negara-negara Islam. Bila berlakunya kemarahan besar, Amerika Syarikat akan segera mencari jalan untuk campur tangan, termasuklah mengatasnamakan ‘kemanusiaan’ atau ‘mencegah keganasan’. Itulah yang dapat kita fahami daripada kenyataan Joe Biden, yang baharu dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat bulan November 2020 yang lalu. Biden enggan mengecam tindakan Benjamin Neetanyahu, sebaliknya mempertahankannya sebagai ‘tindakan mempertahankan diri dari serangan penduduk Palestin’.

Peristiwa yang bermula pada 10 Mei 2021 itu mungkin benar dimulakan oleh Palestin. Tetapi, sejarah sebenarnya ialah kerana penjarahan yang dilakukan oleh zionis. Zionis kejam dan seboleh-bolehnya mahukan etnik Palestin hilang didunia, yakni sejak terbentuknya sebuah negara haram yang dilaksanakan sebagai doktrin Mandat Palestin. Sepatutnya, mandate Palestin itu memberikan keutamaan dan keistimewaan Palestin, bukankah ia suatu penghinaan?. Mandat Palestin (doktrin British) – Deklarasi Balfour dan Skyes-Picot- PBB dengan dikri proklamasi negara Israel pada 18 Mei 1948 dan tindakan-tindakan hingga kini- itu adalah proses penyempurnaan Mandat Zionis (Theodore Herzyl) yang diasaskan pada tahun 1897.

Jadi, dalam memahami dan membakar semangat perjuangan rakyat Palestin, jangan kita mudah terperangkap dengan pelbagai ‘mind setting’ yang dilakukan oleh pemuka zionis kerana mereka menguasai jaringan media antarabangsa, dari media konvensional hinggalah media sosial. Kini, penggodam-penggodam dari negara haram Israel dan pendokongnya sedang melancarkan serangan siber, sekiranya kedapatan maklumat yang bercanggah dengan aspirasi dan perjuangan mereka. Kalau segelintir mereka sanggup ‘membenci’, ‘mengecam’ dan melakukan tindakan salib ke atas Nabi-Nabi yang lahir dalam kalangan Bani Israel, maka tidaklah menghairankan mereka bersedia dengan lebih gigih untuk menghancurkan apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam. Selagi aspirasi itu ada, tujuannya belum tercapa, selagi itulah zionisme akan melakukan tindakan kejam, ganas dan brutal.

Monosin Sobri.

 

 

Translate »