Nama lengkapnya adalah Mahmud bin Muhammad bin Umar al-Djamini, namun di Barat beliau lebih dikenali dengan nama Cagmini.
Astronomi berbangsa masyhur juga sebagai pakar dalam bidang perubatan.
Tidak dapat dipastikan bilakah tarikh lahirnya, tetapi menurut Suter (1899), beliau dilahirkan di Jaghmini, sebuah kota kecil tempat kelahiran tokoh tersohor Matematik, al-Khawarizmi, dan meninggal dunia pada tahun 745 H bersamaan 1344 M.
Keseluruhan karyanya ditulis dalam bahasa Arab. Sehingga kini banyak karyanya yang dapat dibaca terutama buku-buku karangannya mengenai soal-soal astronomi dan perubatan.
Di antara karya-karyanya adalah berjudul Al-Mulakhkhas fi al-Hai’ah (Ringkasan Tentang Astronomi) yang seringkali dikomen dan dibahas termasuk Kadizada al-Rumi, al-Jurjani dan pakar-pakar lain, bahkan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman oleh Rudloff dan Hochheim dan diterbitkan pada tahun 1893.
Sementara dalam bentuk manuskrip pula, karyanya itu dapat diperolehi di berbagai-bagai perpustakaan terutama di Berlin, Leiden, Gothe, Paris, Oxford, dan lain-lain. Di dalam karya ini ditemukan sebuah kaedah penentuan arah kiblat.
Selain itu, kitabnya yang berjudul Qiwa al-Kawakib Wa Da’fuha (Pengaruh-pengaruh Yang Kuat dan Lemah Daripada Bintang) tersimpan di sebuah perpustakaan di Paris.
Dan karyanya yang bertajuk Qanunca pula merupakan sebuah karya perubatan yang merupakan intisari daripada buku Canon karangan Ibnu Sina, malah telah dmasukkan ke dalam edisi litograf.
Susunan ADIBAH RAZI
Recent Comments