Syaikh Muhyiddin Ibnu Arabi (560-638 H) berkata: “Sekarang kita berada di akhir zaman. Sebab, apa yang telah dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW mengenai tanda-tanda akhir zaman sudahpun wujud. Tanda-tanda itu ialah manusia dipermudahkan dalam menjalankan 3 perkara iaitu haji, ilmu dan kewalian.”
Berikut penjelasan Syaikh Ali Jum’ah, bekas Mufti al Azhar Mesir:
Haji. Kita telah merasakan kemudahan dalam melaksanakan ibadah haji. Apabila kita bandingkan zaman sekarang dengan zaman dahulu, kemudahan yang diberikan Allah kepada kita saat ini jauh berbeza baik dari segi pengangkutan, jalan, segala keperluan selama berhaji dan masih banyak lagi.
Ilmu. Pada zaman dahulu, manusia menulis di atas kulit kayu, tulang dan batu, sampai pada akhirnya menemukan kertas. Perjalanan waktu dari tahun ke tahun membuat peradaban manusia semakin maju sehingga menghasilkan mesin taip. Akal manusia masih terus berfikir dan mengkaji sehingga dapat menemukan komputer. Mereka menciptakan teknologi internet yang mampu mengirim dan menyebarkan maklumat ke seluruh penjuru dunia dengan mudah dan cepat. Inilah zaman kita, zaman akhir yang dimudahkan ilmu dan pengetahuannya.
Kewalian. Syaikh Muhyiddin Ibnu Arabi mengatakan satu kaidah: “Mempercayai kita adalah kewalian.” Maksudnya, membenarkan perkataan dan perbuatan para sufi adalah kewalian itu sendiri. Dengan mempercayai dan meyakini apa yang dikatakan dan dilakukan oleh para wali, kita dapat menjadi wali. Inilah karunia Allah yang mudah sekali kita dapatkan. (Ath-Thariq Ilallah halaman 76-79, karya Syaikh Ali Jum’ah al-Azhar).
Sumber: Muslimedianews.com
Recent Comments