Kisah seorang pemuda, Muhammad Bhar, 24 tahun dibiarkan mati digigit anjing oleh tentera Israel cukup menyayat hati masyarakat antarabangsa. Muhammad Bhar meninggal apabila tentera Israel bersama anjing-anjing ganas yang dilatih milik tentera menyerbu rumah keluarganya di Suhaiya, Gaza. Akibat diterkam anjing, Muhammad Bhar menjerit kesakitan meminta tolong, namun askar Israel hanya melihatnya dengan senyuman (gembira dapat melakukan penyeksaan) dan tidak langsung ada rasa belas kasihan. Kisah itu berlaku pada bulan Jun 2024.
Cerita ibu Muhammad Bhar (Nabila Bhar): Saya tidak akan lupa tragedi malam itu. Anjing ganas itu menyerang anak saya yang tidak berdaya, dalam keadaan kami pula tidak mampu menyelamatkannya.
“Anjing itu menyerang, mengigit dada Muhammad dan kemudian lengannya menyebabkan dia berdarah. Dia tidak boleh bercakap, hanya mengguman: tidak!tidak!tidak!
“Saya ingin mendekatinya, tapi tidak dapat. Tiada siapa dapat mendekatinya.
“Dia menepuk kepala anjing itu, dan anjing itu terus menggigitnya dengan rakus.”
Muhammad cedera teruk dan kehilangan darah yang banyak. Tentera Israel turut mengusir ibu dan ahli keluarga Muhammad (adik perempuan bernama Sara) dengan mengacukan senjata agar meninggalkan Muhammad sendirian di sebuah bilik. Muhammad yang parah dibiarkan mati (akibat kehilangan darah yang maksimum) dan mayatnya ditemukan seminggu kemudian setelah ahli keluarganya kembali ke rumah itu, sebaik sahaja mendapat berita, tentera pengganas beralih ke kawasan lain. Muhammad Bhar adalah pemuda yang mengidapi masalah down syndrome dan autism.
Bulan Mei 2024, seorang wanita Palestin berusia 60 tahun diserang anjing tentera Israel di kem Jabaliya, Utara Gaza. Penggunaan anjing untuk menyeksa dan membunuh rakyat Palestin diakui oleh Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med yang berpengkalan di Geneva, Switzerland dalam laporan yang dikeluarkan pada 21 Jun 2024. (https://www.liputan6.com/amp/5648388/usai-hind-rajab-kisah-muhammad-bhar-warga-gaza-dengan-down-syndrom-dibiarkan-meninggal-kehabisan-darah-jadi-sorotan).
Dalam catatan Atief pada hari ke-85 serangan balas tentera Israel: Ateif dan anaknya, Yasser yang berusia 15 tahun menarik nafas lega setelah termasuk dalam senarai mereka yang dibolehkan menyeberang, iaitu keluar daripada Gaza. Namun, dalam hati Ateif berkata:
“Itulah dilemma orang yang terusir. Kau menderita jika tetap tinggal. Kau juga menderita jika pergi.
“Ketika berangkat, aku memeluk semua orang satu persatu dan bertukar harapan serta janji untuk pertemuan berikutnya, janji yang tidak kami tahu apakah akan dapat ditepati. Aku mencium bibi buyutku, Noor. Dia menangis dan membuatku berjanji untuk datang mengunjunginya setelah kemelut ini selesai, jika dia masih bersama kami.’
Walaupun sudah meninggalkan Gaza, menaiki teksi ke Port Said, dalam minda Ateif terus bergeming: Memang benar, ragaku sudah pergi tetapi jiwaku masih di sana. Semua fikiranku ada di sana, semua pengalaman terjadi di sana dalam kenangan masa kini yang terus berlangsung. Bahkan, konsepku tentang masa depan didasarkan pada apa yang terjadi di sana dan apa yang mungkin terjadi. Aku masih di sana meskipun berada sejauh ini, secara fizik.” (Ateif aAbu Saif, A Diary of Genoside: Catatan Pembantaian Palestina 7 Oktober – 30 Disember 2023, edisi terjemahan daripada Don’t Look Left: A Diary of Genoside oleh Nadya Adwiani, Jakarta: Noura Books, 2024, hal. 395-403)
Ertinya, di mana pun warga Palestin berada, mereka tidak akan lupa leluhur dan perjuangan membebaskan tanah air tidak akan terpadam sehingga nyawa bercerai daripada badan. Pengalaman yang sama pernah diungkapkan oleh Ismail Haniyeh apabila ramai ahli keluarganya dibunuh oleh peluru berpandu, serangan darat di kem al-Shati yang merupakan daerah kelahirannya. Paling cekal ialah ketika mendapat khabar, tiga orang anak lelakinya –Hazim, Amir dan Muhammad- bersama empat orang cucu –Mona, Amal, Khaled dan Razan- terkorban ketika menyambut Aidilfitri lalu.
Ismail Haniyeh menyifatkan serangan itu sebagai “khianat dan pengecut”, dan berkata: Musuh akan menjadi delusi jika mereka fikir bahawa menyasarkan anak-anak saya, pada kemuncak rundingan (gencatan senjata) dan sebelum pergerakan itu menghantar tindak balasnya, akan mendorong Hamas untuk mengubah kedudukannya.”
Israel sebenarnya mahu menghapuskan tiga operasi sayap tentera Hamas di tengah Semenanjung Gaza’ dan kematian tiga orang anak dan cucunya, adalah “syahid” sebagaimana diungkapkan oleh Ismail Haniyeh. Jiwa kentalnya tidak akan tergugat walaupun terpaksa membayar harga mahal dengan darah untuk membebaskan Palestin.
Serangan tentera Israel pada 10 April 2024 itu, tiga orang anak dan empat cucunya yang terkorban dalam kereta dari kem al-Shati menuju ke kem Beach, bagi Ismail Haniyeh: Melalui darah syuhada dan kesakitan mereka yang cedera, kami mencipta harapan, kami mencipta masa depan, kami mencipta kemerdekaan dan kebebasan untuk rakyat kami dan negara kami”, dan memberitahu, kira-kira 60 orang ahli keluarganya terbunuh sejak perang itu bermula. Kakak perempuannya turut terkorban.
“Darah anak-anak saya tidak lebih berharga daripada darah anak-anak rakyat Palestin…semua syuhada Palestin adalah anak-anak saya.” Israel sebenarnya menurut Ismail ‘berkhayal’ kerana dengan membunuh ahli keluarga, ia akan mengubah kedudukan Hamas dan juga pendirian Ismail Haniyeh. Ismail Haniyeh tidak gentar dengan kematian, dan ia sangat berbeza dengan pemimpin-pemimpin yang bertindak zalim dan kejam.
Benjamin Neetanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sangat takut dengan sebarang kemungkinan tindak balas aktivis Hamas, dan kerana itu sentiasa membasuh minda (brainwashing) tenteranya, bahawa Hamas adalah kumpulan pengganas. Label itulah yang menjadi pendorong tentera Israel bertindak ganas, dan tanpa ada rasa belas kasihan sesama manusia, kerana mereka dibasuh mindanya sedemikian setiap hari (indoctrination), seperti fiksyen masyarakat binatang yang diketuai oleh babi dalam karya satira George Orwell, Animal Farm (1948).
Setelah Ismail Haniyeh berjaya dibunuh, Israel belum membuat sebarang pengakuan bertanggungjawab. Walaupun secara rasminya tidak membuat pengakuan, Israel akan terus dihentam dengan kecaman di atas kematian Ismail Haniyeh kerana terlalu banyak sikapnya yang menunjukkan tanda-tanda melakukannya. Misalnya, apabila menangkap dan menaham imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri, (85 tahun) kerana mengetuai solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat pada hari pengkebumian pemimpin Hamas itu.
Selepas membaca Khutbah Jumaat, polis Israel menjalankan siasatan ke atas Sheikh Ekrima berdasarkan dakwaan ‘menghasut’. Sheikh Ekrima sebelumnya pernah beberapa kali ditahan dan diusir oleh tentera Israel ketika beribadat di Masjid al-Aqsa. Beliau juga pernah dilarang berbulan-bulan lamanya daripada memasuki Masjid al-Aqsa.
Sheikh Ekrima merupakan pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin dan pernah memegang jawatan sebagai mufti Bailtul Muaqaddis dan wilayah Palestin selama 12 tahun (1994-2006). Sheikh Ekrima kemudiannya dibebaskan setelah beberapa jam ditahan oleh polis Israel dan beliau diarahkan untuk tidak memasuki Masjid al-Aqsa sehingga 8 Ogos 2024. (Berita Harian, 3 Ogos 2024).
Petunjuk lain ialah pendirian aplikasi sosial meta memadamkan mesej yang dimuatnaik oleh para pemimpin dunia berkaitan dengan simpati mereka terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh. Malaysia tidak terkecuali mengalami sekatan tersebut, yang dianggap sebagai ‘bertentangan dengan peraturan komuniti’ apabila memadamkan foto Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama Ismail Haniyeh ketika mereka bertemu di Doha, Qatar pada bulan Mei lalu, yang hanya menggunakan caption “Ucapan Takziah/Condolence” di atas kematian Ketua Biro Politik Hamas itu.
Semua orang tahu, meta merupakan pemilik jenama platform media sosial (dahulunya dikenali sebagai facebook). Platform itu dimiliki oleh Mark Zukerberg, keturunan Yahudi di mana datuknya, merupakan imigran daripada Austria, Jerman dan Poland. Meta juga memiliki whatsapp dan instagram. Jadi, sedikit sebanyak jiwa Mark Zukerberg terselit kebencian terhadap apa yang dipanggil antisemitik, dan peraturan komuniti yang dibuat oleh syarikatnya, menjurus kepada pemahamannya terhadap dogma tersebut. Maka, apabila masalah Palestin dimuatnaik ke saluran meta, ia akan menyebabkan tindakan automatik sekatan berlaku.
Namun, Menteri Komunikasi pada 3 Ogos 2024 memberitahu, Meta bersedia untuk memuatnaik semula ucapan-ucapan sedemikian, dan mempertimbangkan untuk mengkaji semula ‘piawaian peraturan komuniti’ yang telah ditetapkan.
Sebenarnya, platform meta (facebook) tidak lagi menjadi saluran media sosial yang terpengaruh sebagaimana sambutan khalayak maya (netizen) pada dekad pertama Abad ke-21. Meta sebenarnya sudah dikalahkan dengan kemunculan Tiktok, sebab itulah dalam platform meta di Malaysia, ia dipenuhi dengan pelbagai iklan dan promosi perniagaan, sudah jarang digunakan oleh netizen untuk mengupas dan memberikan komentar sesuatu isu. Meta menjadi semakin obsolete, bahkan pelanggannya semakin berkurangan.
Berdasarkan Laporan Banci Malaysia 2020: Kesejahteraan Penduduk (Hubungan Sosial), whatsapp merupakan platform media sosial yang tertinggi dengan 13.8 juta orang (86.5 peratus) manakala facebook menduduki tangga kedua dengan 77.1 peratus atau 12.3 juta pengguna diikuti 39,2 peratus (6.3 juta orang menggunakan instagram juga di bawah pengrusan meta), 23.2 peratus (3.7 juta orang) menggunakan Telegram, X (twitter, dengan 11.7 peratus tau 1.9 juta orang) dan Linkedln (4.8 peratus atau 0.8 juta). (Kosmo, 22 September 2023). Secara umumnya, peratusan itu menunjukkan berlaku pertindihan dalam menggunakan aplikasi, ia bukan peratusan pembahagian secara mutlak berjumlah keseluruhannya 100 peratus.
Kini, kita telah banyak didedahkan oleh kemasukan pelbagai maklumat mengenai konflik Palestin-Israel, yang sangat berbeza dengan apa yang ditulis oleh media barat, yang masih memperlihatkan pandangan serongnya terhadap perjuangan Palestin. Kemunculan media sosial telah berjaya menjadikan peranan media konvensional yang dikawal oleh konglomerat media keturunan Yahudi semakin hilang pelanggannya. Media sosial berjaya melangkaui teknik propaganda yang digunakan selama ini.
Orang lebih percaya mengenai apa yang dimuatnaikkan di media sosial, terutama Tiktok biarpun platform itu ditekan oleh Amerika Syarikat, kerana pemiliknya enggan menjual saham atau kepemilikannya kepada firma Amerika Syarikat (pihak barat). Ia seperti satu bentuk ‘perang perdagangan’ antara Barat dan China. Syarikat pengendali Tiktok dibenarkan beroperasi di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi meta tidak dibenarkan di China sehingga kini.
Ia merupakan kegagalan moghul media kedua milik barat selepas Rupert Murdock tidak berjaya dalam industri televisyen di China, walaupun berkahwin dengan seorang wanita keturunan China (Wendy Deng, perkahwinan itu hanya kekal selama empat tahun, 1999 hingga 2003). Wendy lahir di Jinan, Shandong dan dibesarkan di Zuzhou, Jiangsu tahun 1968
Mark Zukerberg juga berkahwin dengan seorang wanita keturunan China-Amerika. Priscila Chan (anak imigran China yang berhijrah ke Amerika Syarikat dari Vietnam dengan menggunakan kapal laut). Priscilia lahirkan di Braintree, Masschusset pada tahun 1985).
(BERSAMBUNG)
KAMARUN KH
Recent Comments