Ismail telah dipenjarakan oleh Israel sebanyak tiga kali. Setelah dibebaskan pada tahun 1992, Ismail dihantar ke Lubnan bersama-sama ratusan orang lagi rakyat Palestin yang pernah dipenjarakan. Antaranya, beberapa orang pemimpin kanan Hamas, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mahmoud Zahhar.
Ismail kembali semula ke Gaza selepas termeterainya Perjanjian Oslo (1993). Sejak itu Ismail mula rapat dengan Syeikh Ahmad Yssin, pemimpin kerohanian dan pengasas Hamas. Selepas Israel membebaskan Syeikh Ahmad Yassin pada tahun 1997, Ismail dilantik sebaga pembantu Syeikh Ahmad Yassin.
Setelah Israel berjaya membunuh Syeikh Ahmad Yassin pada tahun 2004, al-Ratisi dilantik sebagai pemimpin Hamas.
Sebelumnya, Ismail dan Syeikh Ahmad Yassin terselamat daripada beberapa percubaan bunuh oleh tentera Israel, termasuk tragedi pada bulan September 2003 setelah berjaya bersembunyi di sebuah bangunan di Gaza City.
Sebelumnya, Israel melakukan serangan udara ke kawasan tersebut.
Beberapa bulan kemudian, tepatnya pada 22 Mac 2004, Syeikh Ahmad Yassin berjaya dibunuh oleh tentera Israel setelah pemimpin Hamas mula bergerak meninggalkan masjid apabila selesai sholat subuh berjemaah.
Ia kemudiannya disusuli dengan pembunuhan al-Rantisi menerusi serangan helikopter di Gaza City, dalam tempoh hampir sebulan (17 April 2004). Al-Rantisi merupakan pengasas bersama Syeikh Ahmad Yassin menubuhkan Hamas
Apabila al-Rantisis terbunuh, pemimpin Hamas diketuai oleh Nizar Awadallah. Setelah Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, Nizar kekal sebagai pemimpin Hamas sehingga tahun 2012.
Jawatan itu kemudiannya dipertanggungjawabkan kepada Ismail Haniyeh.
Sejak tahun 2003, Ismail meraih populariti yang cukup melonjak dalam kalangan aktivis Hamas. Popularitinya cukup memberikan harapan oleh pengamal media kerana peribadinya yang mudah mesra dan penampilannya setiap kali bertemu dengan mereka.
Hassan Barrari, seorang penganalisis politik dan professor di University Qatar menyifatkan Ismail Haniyeh kekal sebagai ‘prominent figure’ sehingga terbunuh oleh serangan peluru berpandu Israel.
Selepas kemenangan Hamas di Gaza, Ismail dilantik sebagai PM di bawah pentadbiran PNA. Atas populariti dan karisma kepimpinannya, Ismail akhirnya dikemukakan oleh Hamas sebagai Perdana Menteri dalam kabinet PNA.
Bagaimanapun, oleh kerana kemenangan Hamas tidak boleh diterima oleh Israel dan Amerika Syarikat, memaksa Mahmoud Abas memansuhkan kabinet dan pembentukan kerajaan di bawah pimpinannya (2007).
Ia menjadikan Hamas membentuk kerajaan berasingan untuk kepentingan Gaza dan berpisah dengan PNA. Fatah menjadi kerajaan di Tebing Barat.
Selepas itu, Israel dan Amerika Syarikat mula menyusun serangan ke atas Gaza, dengan harapan dapat mematikan perjuangan Hamas.
Mengenai ‘kesilapan diadakan pilihan raya Palestin’, Senator New York, Hillary Rodham Clinton (bekas wanita pertama, isteri Bill Clinton dan calon presiden yang tewas kepada Donald Trump pada tahun 2016) dalam rakaman percakapannya yang bocor berkata:
“I do not think we should have pushed for an election in the Palestinian territories. I think that was a big mistake. And if we were going to push for an election, then we should have made sure that we did something to determine who was going to win.”
Kesan daripada kemenangan Hamas, Israel dan Amerika Syarikat mengisytiharkan Hamas sebagai ‘kumpulan pengganas’ manakala beberapa negara yang sekutu yang menyokong dan membantu untuk Fatah meraih kemenangan merasa kesal dengan apa yang berlaku.
Akhirnya, mereka mula berusaha agar Fatah dan Hamas berseteru, kerana dengan perseteruan itu akan membolehkan Israel terus melancarkan provokasi dan penjarahan ke atas rakyat Palestin.
Sebaik sahaja Hamas berjaya membentuk kerajaan, Israel bekerjasama dengan Mesir untuk menguatkuasakan kawalan ketat terhadap mana-mana enklaf (enclave), berlanjutan sehingga kini (17 tahun, 2007-2024).
Enklaf, menurut kamus: sebahagian daripada wilayah sesebuah negara yang dikelilingi oleh wilayah negara asing, mengikut perspektif orang yang di luar wilayah tersebut. (Kamus Dewan, edisi keempat, cetakan ke-2, 2007, hal. 396)
Menurut Ismail Haniyeh (dalam satu sidang pada tahun 2006): “This siege should not break our will and should not turn this conflict into an internal Palestinian conflict, and that conflict should be against the parties that imposed the siege against the Palestinian people.”
Pada tahun 2017, Ismail Haniyeh dilantik sebagai Ketua Biro Politik Hamas menggantikan Khaled Meshal. Khaled Meshal merupakan pengasas dan ketua kumpulan bersenjata Hamas.
Khaled pernah menjadi sasaran Mossad yang mendapat arahan Benjamin Neetanyahu untuk dibunuh pada 25 September 1997. Agen Mossad berjaya memasuki Jordan dengan menggunakan passport Kanada dan menyamar sebagai pelancong.
Dua daripada mereka (agen Mossad) bertindak menunggu di pintu masuk pejabat Hamas di Amman, Jordan. Ketika Khaled memasuki pejabat, salah seorang daripadanya mendekarinya dan seorang lagi menyerang daripada belakang dengan menutupi wajahnya sambil menyembur sejenis racun.
Bagaimanapun serangan itu berjaya dipatahkan oleh orang-orang Khaled dan akhirnya agen-agen Mossad berjaya ditangkap. Pada mulanya, Khaled hanya terasa salah satu telinganya mengalami gangguan yang sangat hebat kerana salah seorang agen Mossad berjaya memasukkan ‘peranti beracun’.
Namun keesokannya, Khaled mulai alami muntah-muntah yang teruk (kesan daripada racun) dan dikejarkan ke hospital. Insiden itu membangkitkan kemarahan Raja Jordan.
Raja Jordan kemudiannya mengarahkan Benjamin Neetanyahu menyerahkan ‘antidote’ bagi menawarkan racun yang sudah menyelinapi masuk ke pembuluh darah Khaled, dan merasa bimbang dengan Khaled yang mungkin akan meninggal dunia.
Neetanyahu enggan membekalkan ‘antidote’ dan ia mula menyebabkan situasi tegang antara Israel dan Jordan mula berlaku. Raja Hussein kemudian mengancam akan menamatkan perjanjian damai dengan Israel yang ditandatangani pada tahun 1994.
Ketegangan itu menyebabkan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton memaksa Neetanyahu menyerahkan ‘antidote’ dan ia kemudiannya disampaikan oleh Ketua Mossad, Danny Yatom, sebagaimana diarahkan oleh Benjamin Neetanyahu.
Nyawa Khaled kemudiannya dapat diselamatkan.
Dalam satu wawancara pada tahun 2008, Khaled menjelaskan: [it] made me more positive about life. I became more courages stronger that an man does not die until his time comes. That is. I will die when God decides, not when Mossad decides. It also made me more resolute in fulfilling my responsibilities.”
Namun setelah menerima jawatan itu, Ismail Haniyeh terpaksa tinggal di luar Gaza bagi mengurangkan tekanan dan buruan serangan tentera Israel, kerana sebelumnya, mereka sudah beberapa kali cuba melakukannya.
Ismail memilih Qatar sebagai tempat tinggalnya, manakala anak-anak dan saudaranya kekal tinggal di Gaza. Ismail kekal sebagai politikus yang hidup ‘dalam buangan’ di Qatar sehingga kematiannya, dan jasadnya akan disemadikan di Doha, Qatar pada Jumaat, 2 Ogos 2024.
Palestin akan berkabung selama tiga hari, manakala rakyat Iran hadir beramai-ramai memberikan penghormatan terakhir.
Menurut kenyataan Ismail, sejak serangan balas Israel ke atas Gaza, sejumlah 60 orang ahli keluarganya berjaya dibunuh. Paling menyayat hati ialah pembunuhan ke atas tiga orang anak lelakinya – Hazen Haniyeh, Amir Haniyeh dan Muhammad Haniyeh – bersama empat orang cucu – Amal (anak kepada Hazem), Khaled dan Razan (anak-anak Amir), dan – sempena sambutan Aidilfitri dalam serangan udara yang ganas pada 10 April 2024, di Kem Pelarian al-Shati.
Seorang lagi cucu Ismail yang terkorban selepas beberapa hari cedera parah dalam serangan itu ialah Malak Haniyeh, cucu perempuan.
Walaupun tiga orang anak lelaki dan empat orang cucu Ismail terkorban, Ismail Haniyeh tidak berganjak dengan perjuangannya untuk membebaskan Palestin.
Biarpun sedih dan berduka di atas kematian orang-orang paling dekat dengannya, Ismail Haniyeh berkata: Ini tidak akan melemahkan kedudukan Hamas di meja rundingan mahupun menggugat perang kita melawan Israel.
“Musuh sedang berkhayal jika mereka fikir dengan membunuh anak-anak saya, kami akan menukar kedudukan kami. Kami tidak akan mengalah, tidak kira berapa ramai yang terkorban.
“Semua anggota keluarga besar rakyat Palestin terutama penduduk Gaza, melakukan pengorbanan. Perjuangan mendapatkan kebebasan kami dibayar dengan darah dan nyawa anak-anak kami.”
Walaupun tinggal dalam buangan di Qatar, Ismail adalah pemimpin paling kanan dalam pergerakan Hamas dan sentiasa menjadi sasaran bunuh oleh tentera Israel dan agen-agen Mossad.
Setelah Ismail Haniyeh disahkan oleh Iran terbunuh dalam serangan peluru berpandu itu, seluruh masyarakat antarabangsa mula mengecam Israel, bukan sahaja melakukan genosid di Palestin, bahkan menceroboh kedaulatan negara lain.
Dalam hal ini, Istael telah menceroboh Iran secara kecil-kecilan, yang akan mengakibatkan pemimpin Iran mengambil tindakan balas.
Dalam perbahasan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1 Ogos 2024, wakil tetap Iran percaya dalam serangan ganas yang membabitkan terbunuhnya Ismail Haniyeh, Amerika Syarikat didakwa ikut terlibat sama.
Ini kerana kemungkinan agen-agen Mossad mengetahui dengan jelas di mana Ismail Haniyeh menginap dan seterusnya melancarkan serangan ketika pemimpin Hamas itu berada di penginapannya.
Atas keyakinan itu, wakil Iran tersebut mendesak agar Amerika Syarikat dan Israel sama-sama bertanggungjawab melancarkan serangan peluru berpandu menuju ke kawasan kediaman Ismail Haniyeh, rumah tetamu yang diperuntukan oleh kerajaan Iran.
Ismail Haniyeh akan dikebumikan di Doha, Qatar selepas sholat Jumaat, 2 Ogos 2024. Apa yang pasti, walaupun Ismail Haniyeh telah tiada, semangat dan motivasi perjuangan Palestin akan tetap kental.
Palestin akan meneruskan usahanya menuntut kemerdekaan dan semakin menampakkan lebih banyak halangan dalam merintis perdamaian di atas konflik itu.
Menurut Nour Odeh, penganalisis politik Palestin, Ismail Haniyah sentiasa menampakkan sikap positif untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Palestin yang berlainan pertubuhan demi sebuah Palestin yang merdeka.
Justeru, semangat itu akan terus hidup dan perjanjian yang dimeterai pada 23 Julai 2024 di Beijing akan terus menjadi kerangka perjuangan yang kuat untuk berhadapan dengan kekejaman Israel.
Setakat ini, belum ada nama-nama pemimpin Hamas yang akan menggantikan Ismail Haniyeh, namun menurut beberapa orang penganalisis, setelah hilang satu Ismail Haniyeh, akan muncul beratus (bahkan beribu) lagi Ismail Haniyeh yang akan membawa semangat dan iktikad perjuangan yang tidak mungkin mudah dipatahkan oleh Israel.
Bagaimanapun, perang antara Hamas dan Israel mungkin mengheret ke tempoh yang lebih panjang, apatah lagi dalam keadaan Israel yang sudah menyerang Lubnan dan berjaya membunuh salah seorang pemimpin kanan Hizbullah, Fuad Shukr di Tanah Tinggi Golan sehari sebelum berjaya membunuh Ismail Haniyeh.
Kali ini, perang akan menjadi lebih besar, jika tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak, kerana Iran telah pun membuat kenyataan, sedang bersiap sedia untuk menyerang balas dan menuntut bela di atas kematian ‘sahabat yang baik dan paling dekat’ manakala Hizbullah tidak akan berdiam diri setelah komander kanannya berjaya dibunuh.
Dan tentunya, Palestin (khususnya Hamas, atau kali ini akan bangkit bersama Fatah) akan muncul dengan semangat yang lebih kuat untuk memastikan Israel diberikan pengajaran yang teruk. Usaha damai akan menjadi lebih sukar, namun Israel akan menjadi lebih terkucil di peringkat antarabangsa.
Ertinya, kali ini Israel akan benar-benar terkepung dan bantuan daripada Amerika Syarikat akan menjadi semakin sukar sekiranya Iran bertindak menghalangi armada perang yang dihantar oleh Amerika Syarikat menggunakan Selat Hormuz, sebelum boleh sampai ke pelabuhan di Israel.
Houthi akan mengawal dengan lebih keras dan penuh kesedaran di Laut Merah mana-mana kapal yang ada kaitannya dengan Israel, jika mungkin turut menghalangi kapal-kapal yang didaftarkan di Amerika Syarikat melintasi perairan kawalannya.
Tentunya, secara tidak langsung China akan menghulurkan bantuan kepada Iran. Rusia awalnya sudah berjanji akan membantu Iran apabila Iran memohon bantuannya, termasuk memudahkan proses mendapatkan bekalan senjata bagi menyerang atau berperang dengan Israel.
Ia sedikit sebanyak akan membolehkan beberapa buah negara lagi memikirkan semula hubungan diplomatiknya dengan Israel, dan tidak bermakna hanya tiga negara Eropah sahaja yang bersimpati dengan Palestin – Sepanyol. Ireland dan Norway – akan ada beberapa buah lagi yang akan menghulurkan sokongan setelah Israel membunuh Ismail Haniyeh di Iran, bukan di Gaza.
Ismail Haniyeh meninggal dalam usia 62 tahun, dan dirinya sendiri merupakan mangsa ke-61 dalam keluarga yang dibunuh oleh Israel.
Namun, Ismail Haniyeh akan terus dikenang sebagai seorang ahli politik yang pragmatik, berfikiran terbuka dan paling diingati oleh pengamal media ialah seorang yang mesra, perwatakan menarik dan cukup bekerjasama dengan media.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ismail Haniyeh semoga ‘perjuangan selama lebih tiga dekad bersama Hamas akan terus menyemarakkan anak-anak muda Palestin berjuang dan terus berjuang mencari kemenangan buat tanah air mereka.
Semangat syuhada Ismail Haniyeh akan terus mekar dan mengalir dalam setiap pembuluh darah anak-anak Palestin untuk bangkit dan berjuang melawan penjarah, penjajah dan pelaku genosid yang paling kejam pada Abad ke-21 ini.
Benjamin Neetanyahu akan dianggap lebih teruk dan kejam daripada Adolf Hitler yang dibenci oleh masyarakat barat di atas ideologi Nazi. Israel dibenci kerana Zionisme yang membolehkan mereka berbuat apa sahaja, tanpa peduli undang-undang dan batas kemanusiaan. Tetapi, sejauhmanakah Israel akan berada dalam ‘sistem kekebalannya’, tidak dapat dipastik, tetapi setiap umat Islam memanjat doa agar mereka segera dihapuskan.
Masyarakat dunia mengharapkan, suatu hari Israel akan menjadi sekelompok bangsa yang tewas dan dibalas dengan karma yang mengerikan. Atau mengulangi apa yang pernah berlaku ke atas Pompei II yang membelakangkan nilai-nilai moral dan agama, juga hancurnya tentera bergajah dalam sejarah Islam akibat diserang oleh segerombolan burung-burung dengan hanya menjatuhkan batu-batu.
MAHANOR SALEHA
Recent Comments