Al-Khazin adalah salah seorang ilmuwan muslim terkemuka dalam bidang fizik, mekanik, dan astronomi. Catatan sejarah menyebut Al-Khazin merupakan seorang ilmuwan yang telah lama dilupakan oleh kaum muslimin. Hanya pada masa kebelakangan ini dia mendapat perhatian dari sebahagian kau muslimin.
Nama sebenar beliau ialah Abu Al-Fath Abdurrahman Al-Khazini. Dia lebih dikenal dengan panggilan Al-Khazin. Di dunia Barat dia dikenali dengan nama Alkhazen. Kesamaan ejaan dalam bahasa-bahasa yang terdapat di Eropah antara nama Al-Khazin dengan nama popular dari Hasan bin Ibnu Haitsam telah menyebabkan adanya ketidakjelasan dan tertukarnya identiti kedua ilmuwan terkemuka ini. Ini harus diperhatikan bahawa nama Al-Khazin banyak disebutkan dalam rujukan dan kitab-kitab Arab. Dr Jamaluddin Al Fandi di dalam satu kajiannya yang diterbitkan bersama kumpuln kajian-kajian tentang peradaban Islam yang terbit sempena lima belas abad hijriyah menyebutkan bahawa nama Al-Khazin adalah Abdurrahman Abu Jafar Al-Khazin. Sedangkan Dr Karam Ghanim di dalam bukunya Malamith Min Hdharatin Al Ilmiah Wa Alamuha Al-Muslimin menyebutkan bahawa nama lengkap Al-Khazin adalah Abu Manshur Abu Al-Fath Abdurrahman Al-Khazini.
Tentang tempat kelahiran dan kehidupan Al-Khazin boleh dikatakan tidak banyak diketahui. Namun menurut pendapat majorit ahli sejarah, dia dilahirkan pada pada pertengahan pertama dari abad keenam hijriyah, di kota Marwu di kawasan Khurasan Persia. Dia menimba ilmu ditempat kelahirannya. Imam Baihaqi menyebutkan bahawa Al-Khazin adalah seorang budak Romawi milik Ali Al-Khazin Al Maruzi, lalu dia memakai nama tuannya.
Al-khazin adalah seorang yang zuhud, dia rela menerima segala bentuk kesederhanaan, baik dalam makanan, pakaian, mahupun kehidupan. Oleh kerana itu dia selalu berupaya menolak hadiah para penguasa dan pejbat dengan mengatakan, Bagiku tiga dinar sudah cukup untuk biaya hidup selama setahun. Aku tidak memiliki apa-apa di rumah selain seekor kucing.”
Al-Khazin berhasil menciptakan sebuah alat yang berfungsi untuk mengukur ketebalan udara dan gas (alat tersebut sejenis aerometer). Ketika nilai ketebalan tergantung kepada suhu udara, maka alat yang dia temukan merupakan langkah awal yang amat penting dalam mengukur suhu udara. Penemuan Al-Khazin ini telah memberi jalan bagi ilmuwan Italia yang bernama Galileo Galilei (1564 1642 M) untuk menciptakan thermometer.
Dalam bidang imu astronomi, Al-Khazin melakukan pemantauan yang amat lengkap yang pada akhirnya menjadi rujukan dan acuan bagi ilmuwan astronomi dalam waktu yang cukup lama, diantaranya pemantauan terhadap posisi beberapa bintang.
Mizan Al-Hikmah. Buku ini merupakan salah satu buku ilmu pengetahuan alam terpenting yang ditulis oleh ilmuwan muslim. Buku ini dianggap penting kerana mencakup banyak riset baru dan pembahasannya yang banyak menghuraikan hal-hal baru yang tidak dikenal dan diketahui sebelumnya. Misalnya perluasan ruang lingkup kaedah Archimedes sehingga kaedah tersebut juga mencakup prinsip tentng gas, riset tentang ketebalan udara dan riset-riset lain yang baru saja kita sebutkan dalam karya-karya ilmiah Al-Khazin.
Az-Zaij Al-Mutabar As-Sanjari. Buku ini berbicara tentang ilmu astronomi.Al-Khazin menamai bukunya ini dengan nama Sultan Sanjar. Hal terpenting yang dimuat dalam buku ini adalah hasil pemantauan yang dilakukan oleh Al-Khazin terhadap posisi beberapa bintang pada tahun 509 H, disamping tu juga terdapat beberapa pemantauan penting yang dimuat dalam buku ini.
Susunan: Zaleha Abd Samat
Recent Comments