Dalam melaksanakan syariat Islam, Rasulullah SAW tidak pernah membezakan di antara sesama manusia samada ahli keluarganya, kaum kerabatnya, sahabat-sahabatnya mahupun golongan yang berpengaruh atau sebaliknya.
Baginda senantiasa berlaku adil di dalam semua perkara. Dalam kitab suci salah satu bahagian takwa ialah menegakan keadilan. Firman Allah yang bermaksud “Tegakkan keadilan itulah yang mendekati takwa (Alquran 5:8). Didalam menegakan keadilan kita tergoda oleh rasa benci kepada satu kumpulan manusia sehingga kita menyimpang dari keadilan. Memang godaan dalam menegakan keadilan ialah ketika hubungan kita dengan orang lain diliputi oleh rasa senang atau benci. Ini merupakan satu peringatan agar kalau kita terlibat dengan orang lain dalam suasana tidak senang janganlah sampai menyimpangkan kita dari keadilan sehingga merugikan orang lain. Kepada mereka yang kita suka Allah juga berpesan jangan sampai kita tidak berlaku adil.
Penegakan keadilan itulah misi sosial para nabi, Nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad. Al-Quran banyak sekali membincangkan soal keadilan dengan bahasa-bahasa yang keras. Keadilan itu adalah sunnatullah iaitu hukum Allah yang menjamin tegaknya sebuah masyarakat. Keadilan adalah hukum Allah yang menjamin kelestarian masyarakat. Sedangkan kezaliman adalah jaminan bahawa masyarakat itu akan hancur.
Pesan Allah kepada Nabi Daud sebagai penguasa adalah menetapkan hukum secara hak dan tidak mengikut hawa nafsu. Keadialan tersebut harus diterapkan keatas diri, keluarga, kelompoknya sebelum terhadap masyarakatnya baik masyarakat yang mendukung pemerintahannya mahupun yang tidak mendukungnya. Firman Allah yang bermaksud: “jangan sampai kebencian kepada satu kaum mendorong kamu tidak berlaku adil” (Al-Maidah ayat 8)
Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 49; “Dan hendaklah menjalankan hukum antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.”
Kunci keberhasilan reformasi hukum yang dilakukan oleh khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah keteguhannya yang konsisten dalam menegakkan keadilan dan melaksanakan hukum Islam sesuai dengan ketentuan Al-Qur’an dan Sunnah. Keteguhannya tersebut dimulai dari diri dan keluarganya. Dengan pendekatan ini, eksistensi penegakan hukum dapat ditegakkannya secara baik. Bahkan, ia tak segan-segan campur tangan dalam mencari bukti-bukti agar keputusan hukum yang diambil tidak keliru dan merugikan orang yang tidak bersalah.
Disitulah letak keberhasilan Umar bin Abdul Aziz yang memulai peradilan dari diri sendiri, kemudian ia mengembalikan hak-hak rakyat yang dirampas oleh Bani Umayah. Ia melakukannya dengan cara bertahap dan sistematis sehingga tidak menimbulkan gejolak yang sangat besar dari kalangan Bani Umayah serta para pejabat negara yang diberhentikan olehnya.
Tidak hanya sampai disitu, Umar bin Abdul Aziz hanya mengangkat para pejabat yang sudah ia yakini keshalihannya dengan mata kepala sendiri, ia tidak suka mengangkat seseorang yang terbenam dalam kezhaliman atau bekerjasama dengan orang-orang zhalim. Dalam diri Umar bin Abdul Aziz tidak ada fanatisme kekerabatan serta kronisme. Jabatan hakim dan gubernur diserahkan oleh Umar bin Abdul Aziz kepada para ulama yang adil.
Sebagaimana diriwayatkan Bukhari bahawa seorang wanita telah mencuri. Orang-orang kampung datang kepda Usamah bin Zaid agar ia meminta keringanan hukuman kepada Rasulullah. Maka Usamah pun menyampaikan hal itu kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi ia sangat marah dengan permintaan itu sambil bertanya kepada Usamah. “Apakah engkau mengajakku untuk berunding tentang salah satu hukum Allah?” Melihat kemarahan Rasulullah, Usamah dengan penuh penyesalan memohon maaf kepada Nabi. Sesudah solat isyak Nabi berpidato dihadapan para sahabat, “Pernah suatu kelompok orang mengalami kerosakan, sebabnya apabila orang terhormat diantara mereka mencuri mereka membiarkannya namun apabila orang lemah diantara mereka mencuri mereka menghukumnya. Andai anakku Fatimah mencuri akan aku potong tangannya.” Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan unuk memotong tangannya.
Seorang pemimpin sangat besar kedudukannya dalam usaha menegakkan keadilan kerana pemimpin jangan sampai terpengaruh oleh rayuan dan godaan dunia yang menghambat penegakkan keadilan.
Dalam konteks negara kita pendakwaan keatas konglemerat Tun Daim Zainuddin adalah sesuatu perlu dihalusi melalui penegakkan keadilan yang benar-benar adil dapat diwujudkan bukan atas dasar kebencian atau kumpulan atau lebih jauh lagi untuk menbalas dendam. Pembuktian kebenaran sejati memerlukan waktu. Menegakkan keadilan juga perlu waktu. Apa lagi kebenaran itu menyangkut masyarakat besar. Dan yang penting masyarakat jangan cepat menghukum orang apatah lagi berprasangka buruk, mencaci dan menghina kalau kebetulan berbeza.
Al-Quran menegaskan betapa kedudukan adil itu yang tinggi, sehingga berada di langit merangkumi seluruh kejadian alam semesta. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ٧ أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ٨ وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ -٩
“Dan Allah telah menjadikan langit yang tinggi, serta Dia mengadakan neraca keadilan (undang-undang). (7); Supaya kalian tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8); Dan betulkanlah timbangan itu dengan adil, dan janganlah kalian mengurangi neraca timbangan. (9).” (Surah al-Rahman: 7-9)
Apa pun ingat bahawa hari akhir adalah hari pertanggunjawaban peribadi secara mutlak diakhirat. Semua orang akan tampil secara peribadi dihadapan Allah SWT.
Catatan: Ibnu Majid
Recent Comments